29 June 2012

Sampai Menutup Mata


Bismillahirrahmanirrahim…


Masa zaman sekolah dulu sangat suka bila tiba hari kepulangan asrama..seminggu sebelum tu lagi mula tanya kawan-kawan balik ke tak, balik rumah atau ikut kawan. Lepas tu bila kawan yang satu kata nak balik rumah kawan satu, diri sendiri yang tak tau malu pun sengih-sengih nak ikut sama.. siap ajak kawan lain lagi dan lebih teruk boleh pula pakat kawan yang balik rumah supaya balik rumah kawan. Konon-konon nak keluar ramai-ramai ke bandar hujung minggu ni.. tu kalau jujur. Kalau ayat nak pancing, konon nak study group ramai-ramai.. hehe, bijak kan.


Oleh kerana pengalaman-pengalaman itu,saya berpeluang lihat suasana dan keadaan setiap rumah yang saya pergi. Saya dapat kesimpulan, seorang ibu yang bekerjaya dan ada anak kecil keadaan rumahnya agak kurang kemas sedikit berbanding rumah seorang suri rumah dan anak-anak yang sudah besar semuanya. Tapi akhirnya pandangan saya berubah bila saya mengenali keluarga angkat masa belajar kat IPT dulu.

 

Hampir setahun mengenali mereka baru saya tahu mak seorang guru.. betul-betul ingat mak suri rumah sebelum ni. Melihat keadaan rumah yang kemas, tersusun dan terjaga sangat membuatkan saya kagum. Melihat rutin mereka sekeluarga di samping kerjaya masing-masing buatkan saya jadikan mak idola sebagai ibu dan isteri bekerjaya. Dalam hati beria-ia nak contohi mak..



Kini melangkah ke alam kerjaya saya sering berlawan dengan perasaan. Balik dari sekolah saja bantal sudah menunggu. Kadang qailulah diutamakan dari solat zuhur. Kadang pula usai solat zuhur hati meronta-ronta mahu membaca kalamullah tapi sering tewas dengan kehendak zahir yang merindui bantal.. wawawa. Siapa kata mudah bergelar wanita bekerjaya.. saya terpaksa berperang dan bersilat bagai dalam mengutamakan kehendak diri dan tanggungjawab. Risau juga hadapi fenomena ni.. esok-esok dah jadi isteri dan ibu entah bagaimana pula. Sampai kadang terfikir nak buat jadual la untuk rutin harian.. hehe. 





 
Andai esok saya sudah tiada tertanya-tanya juga apa yang telah saya tinggalkan untuk orang-orang tersayang. Tak tau mampukah saya dikenang sebagai anak yang baik dan berguna kepada keluarga, kakak yang baik kepada adik-adik, teman yang baik kepada kawan-kawan, guru yang baik kepada anak-anak yang masih suci fikiran itu, isteri dan ibu yang baik (kalau sempat bergelar isteri dan ibu)..apatah lagi hambaNya yang baik dan solehah.. wallahualam. Saya takut tidak dikenang dalam banyak-banyak itu.



Semoga pengalaman hidup yang telah, sedang dan bakal saya tempuhi menjadi 'ibrah terbaik buat diri ini.



~Cebisan-cebisan penuh sentimental~


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...