08 June 2012

Terimaku Seadanya

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelah hati saya melonjak-lonjak ingin cepat manamatkan zaman bujang (amboi..) dan sebelah hati pula melonjak-lonjak belum mahu kahwin lagi dan mahu sepuasnya menikmati bujang life.. macam tu pula.


Ada sebabnya kenapa hati saya jadi begitu. Kehidupan seorang dara dan seorang isteri itu sangat berbeza walaupun masih ada persamaan. Lebih 20 tahun tinggal bersama ibu bapa, diri terdidik dengan cara masak macam ni dan macam tu.. juga resepi-resepi masakan ini dan itu. Namun tiba-tiba setelah menjadi zaujah, zauj menegur bukan macam ni cara masak dan bukan macam tu. Zauj juga merungut resepi ni takkan tak tau.. resepi tu tak pernah masak ke? *Telan air liur membayangkan*


Tinggal bersama keluarga juga diri terdidik macam ni cara mengemas dan macam tu cara membasuh.. tiba-tiba setelah menjadi zaujah, zauj merungut macam ni ke cara sayang mengemas dan membasuh?? Langsung tak kena di mata abang.. wawawa, boleh nangis kan kalau kena macam ni.


Ketahuilah wahai rijal, wanitamu itu baru sahaja meninggalkan dunia yang dihuni selama lebih 20 tahun dan baru sahaja memulakan dunia bersamamu belum pun sampai 20 tahun.. banyak perkara baru yang perlu dipelajarinya perlahan-lahan. Bimbinglah dirinya dengan cermat dan teratur, bukan dengan rungutan atau bebelan yang tidak sudah.


Wanitamu itu bukannya tidak tahu memasak, mengemas atau membasuh tapi teknik dan kaedah yang dia gunakan itu yang berbeza.. jangan menyalahkannya kerana mungkin itu yang dia pelajari dan telah sekian lama amalkan turun temurun dari keluarganya.. bersabarlah dengan wanitamu itu kalau mahu dia memulakan sesuatu yang baru.


  ........ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab kepada kaum wanita.."
( An-Nisa' 4:34)



 "
(

Kuncinya mudah sahaja.. terima dengan seadanya. 
Renung-renungkanlah..


1 comment:

  1. sbg isteri,mmg kena belajar sedikit demi sedikit...sama2x la slg membantu dlm rumahtangga...gd luck dik..yg ptg tolak ansur & fhm memahami dlmproses awal ini

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...