25 February 2010

Muhasabah Diri..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah atas segala nikmat, kesihatan dan kecergasan yang dikurniakan.
Betapa Yang Maha Esa amat mengasihi para hambaNya,
seribu kesyukuran dipanjatkan.
Semoga segala kesulitan, cabaran dan rintangan tersimpan hikmah yang tiada tandingnya.
Hmm.. mungkin agak pelik sedikit entry kali ini.
Akhir-akhir ini kesibukan seakan bertambah dua kali ganda daripada biasa.
Terkadang terfikir juga sebagai insan biasa, tabahkah diri ini untuk mengharungi segalanya..
Namun, hati nekad meneruskan jalan yang dipilih disamping mengharap redha Illahi agar dipermudahkan menghadapi semuanya dan semoga ada sinar hikmah yang terucap pada akhirnya nanti..
Mungkin ramai yang tidak mengerti maksud di sebalik entry kali ini tapi tidak mengapa lah,
anggap sahaja bicara dari hati yang mengharap redha Illahi.
Semoga hati diberi ketabahan untuk mengharungi segalanya dan dijauhkan dari rasa putus asa.


" Ya Allah! Aku berlindung padaMu daripada rasa sedih dan gelisah
dan aku berlindung padaMu daripada sifat
lemah dan malas
dan aku berlindung padaMu daripada
sifat pengecut dan bakhil
dan aku berlindung padaMu
daripada cengkaman hutang dan penindasan orang.."


Teringat bicara sms si adik pada malam tadi:

" Esok ustaz ajak keluar, ingat nak join tapi mak tak bagi. Macam mana? "

" Keluar dengan ustaz mana? Ke mana? Kenapa mak tak bagi? "

Saya menjawab sms si adik dengan persoalan dan si adik membalas ringkas juga diikuti jawapan ringkas saya..

" Nak jadi tabligh.. "

" Dengarlah cakap mak.. "

Termenung saya sebentar memuhasabahkan diri mendengar jawapan si adik yang baru berusia 15 tahun..
Semoga jawapan yang saya berikan adalah yang terbaik untuknya..


" Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakal
dan Dia adalah Tuhan yang
Memiliki 'Arasy yang agung. "

[ At- Taubah : 129 ]

Renung-renungkan...

23 February 2010

Mari Kenali Kekasih Kita..

Bismillahirrahmanirrahim...

Atas nikmat sihat dan kelapangan masa yang dikurniakan, apa kata kita berkongsi sesuatu mengenai kekasih hati kita ini..
Agak-agaknya siapa ya... hehe.
Bulan ini merupakan bulan kelahiran DIA..
Benarkah kita mengasihi DIA..
Cukupkah jika sekadar kita katakan kita kasihi tapi kita tidak mengenal DIA??
Selawat serta salam buat junjungan besar SAW..
Baginda lah kekasih hati yang disebut-sebut..
semoga kita mendapat manfaat atas sedikit perkongsian ini.. InsyaAllah.

Nabi Muhammad SAW mempunyai keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT dalam hal perkahwinan yang mana kita sebagai hamba tidak layak memilikinya.
Antara keistimewaan itu:

  • Baginda boleh menikahkan umatnya tanpa wali atau tanpa saksi atau tanpa kedua-duanya kerana baginda seorang yang diamankan.
  • Baginda boleh akad tanpa mahar.
  • Baginda boleh akad dengan tanpa persetujuan dari yang dinikahkan walaupun walinya tidak bersetuju.
  • Baginda tidak boleh menikahi hamba.
  • Baginda tidak boleh menikahi perempuan kafir.
  • Perempuan yang dipinang nabi wajib menerimanya.
  • Haram bagi orang lain meminang perempuan yang telah dipinang oleh nabi.
( Halaman 221-224, Kitab Hashya al-Syarqawi ala Tuhfah al-Tulab
bi syarah Tahrir Tanqih al-Lubab Oleh Abi Zakaria al-Ansari )


Demikian antara beberapa keistimewaan baginda dalam hal perkahwinan yang saya sebutkan secara ringkas. Semoga kita memanfaatkan segala yang telah kita ketahui.. Sekiranya terdapat kekurangan atau khilaf haraplah dapat dikongsi bersama. Semoga selawat atas baginda tidak hanya terlafaz tika menunaikan solat bahkan menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita.
Renung-renungkanlah...

22 February 2010

Feel Fresh..!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Rindunya nak menabur idea dalam sangkar yang lama ditinggalkan ni..
Baru balik dari bercuti so i feel fresh.. hehe. ( ye ke fresh?? )
Ala-ala jus oren twister gitu.. hehe.
Lama cuti, banyak yang nak dikongsi.. tengah sarat 9 bulan ni dengan cerita-cerita hangat.. hehe.

Rasa rindu sangat saat tertekan dan keseronokan dalam kem interaksi tempoh hari..
Rasa nak join lagi.. ( aik, bukan dah serik ke.. )
Hari
pertama kat sana bermula dengan pembahagian ahli-ahli kumpulan. Sangat best sebab ahli-ahli kumpulan hampir semuanya muka agak pelik yang tidak dikenali.. hehe.
I like to tambah sahabat.. walaupun malam pertama kat sana dapat tidur agak lewat tapi berbaloi juga sebab dapat hafal hampir kesemua nama hampir 100 orang peserta..

Hari kedua dimulakan dengan wajah yang sembap, mata yang bengkak badan yang letih akibat tak cukup rehat.. ( padan muka.. hehe ).
Tapi letih-letih pun tetap maintain ayu masa riadah pagi.. hehe.
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, lepas sahaja habis aktiviti riadah kena pula mendengar ceramah. Ceramah yang memang agak best tapi really mengantuk..
Terasa rugi di situ.. Selepas solat zuhur agak enjoy sedikit dengan explorace yang dianjurkan.
Teruji kecergasan diriku.. hehe. Pada malamnya pula diadakan perarakan tanglung dan roket terbang.. mula-mula dengar agak blur juga sedikit sebab tak dapat bayangkan rupa roket terbang tu. Bahan-bahannya cuma 5 helai kertas surat khabar dan sekotak mancis. Hmm.. pening kan. Tapi rupa-rupanya hanya perlu bentukkan sehelai kertas itu hingga terhasil 4 bucu. Biasanya kanak-kanak mahir buat sebab roket terbang ni adalah permainan kanak-kanak. Bila dah siap buat macam tu, bakar secara serentak keempat bucu dan automatik kertas tadi akan naik ke atas dan terbakar sampai habis kat udara. Spontan fikiran melayang kat kampung terkenang adik-adik dan zaman comot saya dahulu.. hehe.

Hari ketiga yang juga merupakan hari terakhir adalah amat ditunggu-tunggu sebab dah tak sabar nak balik kampus dan sambung cuti yang berbaki.. hehe. Selepas riadah dan bersarapan, kesemua yang telah berkampung dalam kem interaksi memulakan jungle tracking dengan semangat yang begitu berkobar-kobar.. cewah. Sungguh best perasaan yang dialami biarpun agaklah sangat penat + letih kerana geografi dalam hutan yang memaksa kami turun naik bukit, meredah sungai, semak samun dan yang agak extreme ( bagi saya la ) melawan pacat yang memang tidak tahu duduk diam.. hehe. Namun yang palinglah best sekali segala kepenatan itu terbayar apabila kami semua tiba di air terjun.. subhanallah, Maha Suci Allah.. Indah sekali perasaan ketika itu. Terbang segala kekusutan..
Selesai menunaikan solat zuhur, peserta kem pun beransur-ansur pulang meninggalkan tapak kem dengan seribu macam perasaan..

**********

Teringat akan teguran seorang guru terhadap murid-muridnya yang belajar sambil lewa hingga menyebabkan guru tersebut merasa kecewa..
Guru memanggil kesemua muridnya duduk menghadapnya..

" Kamu tak mahu belajar sungguh-sungguh ke.. kenapa bila saya bercakap kamu pun bercakap sesama kamu? "

" Kamu tahu kenapa tuhan ciptakan telinga kita terbuka macam ni, mulut dan mata boleh ditutup, hidung pula macam ni.."

Murid-murid hanya terdiam mendengar pertanyaan guru..

" Tuhan ciptakan telinga terbuka macam ni supaya kita boleh mendengar. Tiada sesiapa dapat menutup telinganya. Biarpun ditutup tetap masih boleh mendengar. Mata pula diciptakan boleh ditutup sebab kalau ada perkara yang tidak elok, kita wajib tutup mata. Kita kena jaga pandangan. Mulut juga seperti itu, diciptakan boleh ditutup agar tidak bercakap perkara sia-sia dan kurangkan bercakap kerana bercakap banyak itu tidak elok. Manusia diciptakan dengan akal supaya boleh berfikir dan membezakan baik dan buruk. Semoga kamu semua memanfaatkan nikmat pancaindera yang dikurniakan.."


Renung-renungkanlah..
Sedikit sebanyak dalam hati saya terkesan juga dengan kata-kata guru itu.
Semoga kita mengambil manfaat darinya.. InsyaAllah.
Agak panjang sedikit celoteh pada kali ini..
Memang bersih juga la sawang yang telah bersarang setelah lama tak jenguk Sangkar Mustika ni.. hehe.



09 February 2010

Selamat Hari Lahir..

Bismillahirrahmanirrahim..




Happy Birthday To Me...

Wah.. da tua la, hehe.
Terharu sangat-sangat dengan suprise by kawan-kawan.

Especially thanks to Suel, Saly, Azie, Ema dan Nisa..

Suka sangat-sangat dengan suprise party kamu semua..

Rentetan peristiwa Birthday..

~ seawal jam11 malam bakal birthday girl sudah pun tidur.. apa tidaknya, mengantuk sangat selepas telan ubat.. mulanya roomate tersayang pun agak terkejut melihat saya tidur awal sangat.. hehe.

~ Jam12 tengah malam, sahabi suel datang mengejutkan birthday girl.. agak mamai juga pada awalnya.. hehe. Sudahlah dikejutkan dari tidur yang lena, dipaksa pula naik ke aras atas untuk bertemu sahabat lain.. Ni kira mendera ni, adakah patut birthday girl kena naik. Sepatutnya mereka kena turun kan.. tapi tidak mengapa lah, atas persahabatan yang dibina saya pun menuruti suel..

~ Setibanya di bilik suel, saya merasa amat pelik.. selipar kat luar dah la sikit lepas tu bila masuk kat dalam gelap pula. Eh, ada apa sebenarnya ni.. tadaa.. semua orang tengah sembunyi kat belakang pintu rupanya.. hehe. Terkejut saya.. tak sangka pula ada something kat belakang pintu tu.

~ Dalam rasa terkejut + terharu, masing-masing ambil tempat duduk atas katil. Sembang-sembang sekejap, lepas tu.... eh, cuba tengok tu.. tadaaa.. kek yang comel la. Menggunung terus rasa terharu ni.. comel sangat-sangat kek tu, siap ada spongebob lagi tau.. hehe. Rupanya mereka semua dah hidang siap-siap kek, air soya, biskut coklat bentuk teddy bear ( biskut pun teddy, hehe.. ), kacang dan manisan.

~ Sudahlah naik ke bilik tersebut cuma berbaju tidur, ada sesi fotografi la pula.. hehe. Hasilnya, tu yang tak banyak gambar sangat. Yang ada pun semua berbaju tidur. Rembat je tudung sahabi kat bilik tu.. hehe.

~ Seronok sungguh hari lahir pada tahun ni.. disambut sederhana tapi meriah dengan gurau senda. Sebelum potong kek, sempat lagi dera mereka semua.. siap ugut tak nak potong kalau tak semua yang nyanyi.. hehe.

~ Nyam-nyam.. sedap hingga menjilat jari kek comel tu. Masing-masing berebut nak rumput la, pokok la, spongebob la.. tak kisahlah kan yang penting semua bahagia.. hehe.

~ Pada sebelah malam pula, biarpun tengah berperang dengan assignment yang bakal dihantar esok hari, saya tetap meluangkan masa menyertai keluarga angkat yang ajak keluar kiranya nak celebrate birthday la..cewah. Best sangat-sangat..

Tak dilupakan kepada semua insan tersayang sama ada jauh mahupun dekat yang telah meng'wish'.. hehe.

semoga ukhuwah ini kekal sehingga ke akhirnya..
Berpuluh mesej juga turut memenuhi inbox hp.. syukran.
Jazakumullah khairan kathira..

P/s: Buat Saly dan Suel syukran sebab telah bersusah payah keluar beli kek.. sanggup bahayakan diri naik motor round KT.. terharu sangat. Buat abang Asrul.. syukran atas lagu nyanyianmu dan hadiah yang diberikan..

~SELAMAT HARI LAHIR KE 22 NURUL FARHANA~


07 February 2010

Kaffarah Kah itu??

Bismillahirrahmanirrahim..

Lewat beberapa hari ni saya asyik memikirkan apa yang terjadi sebenarnya..
Segalanya serba tidak kena namun syukur yang amat kerana
dalam kecelaruan itu segalanya dapat ditangani dengan baik.
Bermula dengan episod sakit gigi, masalah peribadi yang tiada hentinya
sehinggalah sakit lain datang menjelma.
Terfikir sejenak adakah ini kaffarah namanya..

Namun apa yang pasti problem itu sebenarnya mentarbiah diri..
Sabar yang tinggi perlu mengiringi
perjalanan kehidupan harus diteruskan..
Ya.. masalah-masalah itu harus menjadi pembakar semangat diri..
Yeah !!
( Excitednya..hehe )

Oh.. mungkinkah segala-segalanya itu penutup bagi tirai usia diriku yang bakal bertambah
dalam hanya beberapa jam sahaja lagi??
Hehe.. ye kot.
Rasa sungguh tidak sabarnya memulakan cuti dan menyertai kem dan segera sembuh dan apa lagi ye.. hehe.

Apa-apa pun entry kali ini hanya sekadar cetusan rasa
yang agak mengarut mungkin..hehe.
Ada unsur sentimental sedikit ya..
Life must go on..









05 February 2010

Penghias Bibir..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tatkala membaca tajuk di atas mesti antum terpikir tentang lipstick atau lip gloss atau apa-apa la kan..hehe. Tambahan pula blog Sangkar Mustika ini dimiliki oleh si gadis comel..gulph! ( perasannya.. ) credit untuk diri sendiri atas keperasanan itu ye.. hehe.

Baru 2 hari yang lepas saya telah pun selamat berpisah dengan pacar baru saya iaitu si gigi geraham yang sakit..hehe. Nak dijadikan cerita klinik gigi yang saya kunjungi itu memang best. Rasa seronok je cabut gigi, hilang segala rasa takut, gementar, sedih akan kehilangan gigi.. doktor gigi di klinik tersebut merupakan seorang muslimah dan saya amatlah kagum dengannya. Wajahnya tampak tenang, penuh sifat-sifat keibuan. membuat saya terbayang berada di ribaan ibu yang jauh. Bicaranya juga lembut dan tersusun, diselitkan lagi dengan beberapa gurauan. Apa yang lagi menenangkan saya ialah setiap perbuatan doktor itu dimulai dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim.. dari mula saya mengangakan mulut sehingga playar nak cabut gigi itu dikeluarkan dari mulut saya. Kalimah itu bermain di bibirnya.. Subhanallah, rasa nak berlama-lamaan pula dengan doktor tu, hehe. ( selingan je ye.. ).

Sebenarnya nak cakap tentang penghias bibir Muslim.. lipstick yang ni takkan tanggal bila dipakai malahan auranya menyerbu ke seluruh anggota dan keperibadian. Tak percaya, jom check it out..!!
( ayat macam nak promosi barang baik je.. hehe ).

  • Bismillahirrahmanirrahim- Diucapkan bagi memulai setiap perbuatan agar apa jua yang dikerjakan mendapat berkat daripadaNya.
  • Ahamdulillah- Diucapkan setelah selesai melakukan sebarang pekerjaan juga sebagai tanda kesyukuran atas apa jua yang dikurniakan.
  • Astaghfirullah- Tatkala bibir tersilap kata, anggota melakukan salah dan silap maka ucapkanlah kalimah ini bagi memohon keampunan atas dosa yang telah dilakukan.
  • InsyaAllah- Diucapkan ketika berniat hendak melakukan sesuatu pada masa akan datang kerana lumrah kita sebagai hamba tidak mengetahui apa jua yang bakal terjadi pada masa hadapan.
  • La Haula Wala Quwwata Illa Billah- Diucapkan tatkala menghadapi sesuatu perkara yang tidak disukai atau tidak diingini.
  • La Ilaha Illa Allah- Amalkan menyebut kalimah ini agar mendapat manfaat yang tidak ternilai.
  • Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun- Diucapkan ketika menghadapi musibah atau malapetaka.
Semoga tujuh kalimah ini menjadi amalan yang sempurna dalam kehidupan kita sebagai muslim sejati, agar bibir sentiasa basah dek penghias bibir ini.

Renung-renungkan..

31 January 2010

Pacar Baru..

Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu yang baru bermula ni dapat saya rasakan kehadiran 'seseorang' dalam diri saya.
Secara tak langsung ketenangan peribadi mula terhakis dek kehadiran 'seseorang' itu..
Jika sebelum ini letak kepala atas tilam dah boleh lelap.
Kini nak tidur tak lena, mandi tak selesa, makan tak kenyang..
Segala-gala serba tak kena..argh...tidak!!
Beberapa kelas juga terpaksa ditinggalkan dengan penuh penyesalan kerana penangan pacar baruku ini..huahua..

Kehadirannya benar-benar merubah separuh dari kehidupanku..
Itulah pacarku yang baru..jeng..jeng..diperkenalkan..

~SAKIT GIGI~

Amat teruk sekali kehidupan di samping sakit gigi..
Nak buat apa pun asyik tak kena je..
Tapi yang peliknya, yang sakit bukan tang yang berlubang..
Sakitnya pula sekejap atas, bawah, kiri dan kanan..
Memang pelik tapi itulah kebenarannya..
Selain dari berjumpa doktor gigi apa yang harus saya lakukan ya sahabi wa sahabiah..
Agaknya gigi ni nak merajuk kot sebab dah letih didera kunyah dan gigit any types of food..hehe.

Tapi dalam melayan pacar baru ni, saya akhirnya dapat beberapa pengajaran..
  • Kalau dah tau ada gigi yang berlubang, sila lah berhubung dengan dentist seberapa segera yang mungkin ( ni dah terhantuk baru terngadah..hehe. padan muka mu.. ).
  • Dah tau makan manis tak elok, buat juga.. ( lepas ni kena lah berehat atau bersara kot dari makan waffle..oh, tidak!! ) .
  • Kesakitan tu menyedarkan setiap hamba akan nikmat yang perlu disyukuri. Mungkin sebelum ni saya tak pernah hargai kesihatan gigi yang dikurniakan kepada saya.. Kiranya sakit ni adalah ruang untuk menginsafi diri..
P/s: Buat teman-teman, jaga kesihatan diri dengan sebaiknya. Hargai dengan sebaiknya nikmat sihat yang dikurniakan buat kita. Kesihatan yang dikurniakan adalah sekadar ujian tahap kesabaran kita sebagai hambaNya.. Bersyukur dengan setiap rahmatNya.. bersamalah kita menjadi muslimin wa muslimat yang sentiasa berada di bawah redhaNya..InsyaAllah Taala...

Innallaha ma'as sobirin...


30 January 2010

B.U.S.Y

Bismillahirrahmanirrahim...

Title di atas adalah dirujuk..hehe.
Kasihan sungguh kat tangan, kaki, seluruh badan ni lah kiranya..
Semua mengadu letih, tak cukup rehat..
Jangan sampai merajuk dah la ye wahai kaki dan tanganku sekalian..hehe.

Sepanjang minggu ni memang teramatlah sibuknya..
Seiring dengan sibuk dan letih, dalam kelas asyik pancing ikan paus je..hehe.
Memang amat menggeramkan la.

Ahad~ kelas bermula jam9 pagi dan berakhir jam5 petang..huhu. Malamnya pula kuteruskan
dengan kelas silat sehinggalah jam11 malam baru dapat berehat kat bilik.

Isnin~ Dapatlah rehat sikit bila jadual berakhir jam11 pagi..tapi minggu ni je lah sebab kelas
petang dah dianjak ke pagi..

Selasa~ Kelas bermula seawal 8 pagi dan berakhir jam4 petang..rutin hidupku.

Rabu~ Kelas bermula jam8 pagi dan berakhir jam 1 petang. Hari ni awal-awal pagi da pancing
paus..hehe. Memang nak kena sekeh ni.. Jam2 petang pula terus ke kelas teori
motor.. ( padan muka kan, hehe ).

Khamis~ Kelas ada 2jam je sepatutnya hari ni yang bermula jam9 pagi tapi disebabkan ada test
yang perlu dilangsaikan, ditambah lah lagi sejam pada waktu petang. Lepas test,
bergegas pula ke perjumpaan silat. Sebelah malamnya pula, ada perbincangan sikit
tentang study group yang mana telah mencapai kata sepakat yakni setiap malam isnin,
rabu dan khamis akan diadakan study group..wawawaaa..

Jumaat~ Pagi yang cerah merupakan saatnya ku membasuh dan mengemas bilik ( tu pun nak
bagitau ke.. ). petangnya pula sehingga ke malam adalah time berada kat rumah ayah..
Lama tak balik rumah ayah..nak buat macam mana kan, huhu. Selewat jam12.30
tengah malam baru dapat berada di bilik merehatkan diri. Fuh, memang letih amat.

Sabtu~ Nasib baik minggu ni kokurikulum bermula jam9.30 pagi.. dapat la rehat banyak sikit,
hehe. Jam2 petang pula bergegas ke kelas teori kereta pula ( padan muka lagi..hehe ).
Jam6 baru jejakkan kaki ke bilik tau.. terus bergegas siapkan kerja Bahasa Arab untuk
present esok.. hehe. Selesai je kerja tu terus ambil peluang post entry.. hehe.
Jam 9 malam pula terus ke kelas silat lagi..

Demikianlah rutinku seminggu ini..
Tu tak tersenarai lagi masa menyiapkan assignment yang berlambak.
Sesekali terasa juga, tak jadi artis pun boleh merasa sibuk.. hehe.
Apa-apa pun, life must go on..
Biar sibuk macam mana sekali pun, tanggungjawab sebagai muslimah tidak harus dipinggirkan..
Renung-renungkan...

28 January 2010

Sekadar Bercerita..

Bismillahirrahmanirrahim....

' Awak anak sulung ye..mesti rapat dengan mak kan.'
' Tak rapat sangat, biasa-biasa aje...'
Agak pelik sedikit tapi yang pelik tu ada benarnya. Apatah lagi jika si anak adalah seorang gadis. Agak pelik sekiranya tidak rapat dengan si ibu.. di manakah silapnya??

' Mak awak umur berapa?'
' 43 tahun..'
' mudanya..ni mesti rapat dengan mak kan.'
Indah sekali tanggapan insan-insan sekeliling..namun hakikatnya tidaklah seperti yang disangkakan. di manakah silapnya??

Mungkin pada individu yang mengalami ianya agak biasa kerana sudah terbiasa sejak dari kecil lagi. Maka betulkanlah yang biasa itu kerana sudah sepatutnya kita merasa yang luar biasa..
Mungkin individu ini seorang yang egois tapi tidak salah mencuba kan..

1. Sekiranya ada masalah peribadi luahkanlah pada ayah atau ibu..biarpun pahit tapi hasilnya pasti manis.

2. Jangan segan bercerita apa sahaja..jadikan mereka sebagai teman baik.

3. Tegur ibu bapa kita secara berhemah jika ada yang kurang berkenan di mata kita sebagai anak..berani kerana benar, takut kerana salah.

4. Buang rasa segan untuk peluk cium ibu bapa.

5. Jadikan senda gurauan dalam keluarga sebagai agenda penting setiap hari.

6. Biar berjauhan hubungi lah mereka selalu..jauh di mata dekat di hati. Kalau rasa kedekut, sms je lah..( terasa pula, hehe ).

Itu je lah kot setakat yang terlintas di fikiran..
Nak bagi tips untuk ibu bapa, tak layak lagi setakat ni..hehe.
Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa..( eh, betul ke? hehe..jangan marah my cikgu BM ye ).
Mula-mula memang lah agak susah tapi lama kelamaan pasti jadi habit..
Mak ayah kita tengok kita mesra semacam pun mereka mesti rasa nak bermesra je dengan kita..
Mungkin janggal pada awalnya tapi jika diamalkan selalu insyallah berhasil..

Melentur buluh memang dari rebungnya tapi kalau rebung tu direbus, dimasak elok-elok pasti akan jadi lembut juga..( ada kena mengena kah?hehe.. )
Renung-renungkan...

24 January 2010

Santai..

Bismillahirrahmanirrahim....

Saja je nak tunjuk gambar-gambar..hehe.
Nak tau gambar apa..tak nak bebel panjang-panjang, jom terjah..!!





Jeng..jeng..jeng..nak tunjuk gambar-gambar sekitar majlis penerangan dan demonstrasi PSSCM tempoh hari sebenarnya.. ( fuh, suspen je kan.. ).







Demonstrasi Silat Cekak Malaysia...

Selain demonstrasi, kaunter jualan turut dibuka.. jom serbu ( serbu dalam gambar je lah ye.. hehe ).




Wajah-wajah gadis penjaga gerai..















Hehe..menyibuk je kan kat meja pendaftaran tu..




Promote air mangga tu..





Ala-ala pendekar ayu..hehe


Apa-apa pun, memang happening sekali majlis malam tu.. rasa best sangat walaupun ada penat sikit. Sikit je tau, hehe.
Kepada yang berminat nak join PSSCM, kedatangan anda amatlah dialu-alukan ( macam skema je ayat tu.. ).
Bersamalah kita memartabatkan seni warisan melayu..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...