17 April 2011

..Gila Besi..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mesti tak faham kan tajuk entri tu.. orang kelate kata orang yang minat dekat kereta atau motor tu gila besi.. hehe. Saya tidak tahu, saya cuma cedok kata-kata kak B, classmate saya.. lalala.


Why tajuk kali ni gila besi??


Sebab saya nak kongsi jenis kereta idaman hati saya.. hehe. Jangan risau bakal suami saya, kalau saya bersungguh nak beli pun saya usahakan guna titik peluh saya sendiri ya. Jangan risau tau:)


Jom lihat antara 'besi-besi' yang boleh buat saya jadi 'gila' sekejap kalau jumpa kat jalan..


1. Minicooper





2. Volkswagen






3. Suzuki Swift









'Mereka' sangat comel bukan.. hehe. 'Besi-besi' di atas adalah idaman hati saya bukan kerana faktor materialistik semata-mata. Tapi adalah kerana ianya sangat comel.. kecil-kecil cili padi, kalau rasa diri kuat macam badang nak kendong kereta tu pun mudah.. hehe. Serius kalau jumpa kat mana-mana pasti kepala pusing 90 darjah untuk melihatnya, hehe.


Lagi satu kereta secomel itu mudah nak cari parking.. hehe. Masuk parking pun senang.. Sangat sesuai untuk perempuan.. Tapi harganya pun sangatlah comel. Apakan daya diriku.. (berangan je tau)..:)

p/s: Sekadar meluahkan angan-angan di hati.. tapi ini adalah angan-angan Hana Farhana, bukan angan-angan pakcik mat jenin. Mana tau jadi kenyataan kan..kan.


14 April 2011

Kuliah Kita Yang Terakhir..

Bismillahirrahmanirrahim...

Teman-teman..
Alhamdulillah.. semalam yang bertarikh 14 April 2011 adalah tarikh di mana ianya adalah kuliah kita yang terakhir. Saya tak pasti antum sedar atau tidak.. seperti saya juga tidak sedar pada awalnya dek kerana ralit dengan persiapan tesis dan juga tuntutan tugas lain.


Namun petang itu setelah berakhir kuliah Fiqh Perbandingan kita, ya! saya tersedar bahawa itulah kuliah kita yang terakhir.. tak tahu lepas ni bila lagi dapat mengikuti kuliah agama seperti setiap hari yang kita lalui bermula seawal pukul 8 pagi sampailah ke petang.. Sedar tak sedar 3 tahun lamanya kita melalui kehidupan yang dipenuhi dengan kuliah agama dan pengisian yang bermanfaat.. alamak, sedih la pula.


Tak tahu selepas ini ke mana hala tuju kita, tak tahu sama ada kehidupan kita masih dipenuhi dengan pengisian-pengisian yang menjadi
makanan rohani lagi atau tidak. Risau memikirkan 3 hari yang berlalu tanpa pengisian bermanfaat boleh mematikan hati.. antum tahu kan itu.


Terasa bagaikan baru semalam kita memulakan sesi perkuliahan.. teringat lagi saat itu saya seolah-olah zero, bagaikan tiada asas ilmu yang saya bawa bersama ke universiti.. terasa kerdil jika dibandingkan dengan antum yang kelihatan warak dan bijak-bijak belaka. Lagi terasa kerdil kerana hampir 90% subjek kita pada ketika itu dalam Bahasa Arab.. saya dhaif dalam lughoh al-Quran itu. Namun alhamdulillah.. antum sentiasa bersama saya, membimbing jatuh bangun saya yang baru mula bertatih.. syukran jazilan 'ala kulli hal.


Buat antum, sungguh saya pasti akan rindu saat-saat kita bersama.. saat kita musyawarah, ber'alaqah, saat berselisih faham pun ada juga kan.. hehe. Namun yang pasti itu semua bakal menjadi kenangan kita yang terindah. InsyaAllah akan saya kenang semuanya..















Teman-teman.. Selamat menduduki imtihan akhir kita lagi seminggu.. Bersama kita mencipta yang terbaik buat yang terakhir ini.. Bitaufik wannajah:)


p/s: Awatlah entri minggu ni asyik tema touching ja.. hehe. Next time cek bagi yang ceria sikit noo..

13 April 2011

Naluri Si Ibu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Peringatan: Entri ini sedikit touching.

Sedang leka menyiapkan draf terakhir tesis, tiba-tiba terlihat skrin
handset menyala (silent mode). Rupanya mak tersayang mengirim sms.. wah, bagaikan mengerti tika ini sangat memerlukan gula-gula dan coklat (pembakar semangat-rasanya manis.. hehe).


Ratu hati: "Duit ada lagi?"

Si comot: "Ada lagi sikit.. insyaAllah duit biasiswa masuk minggu ni. Kalau nda masuk juga esok mau call bendahari balik."

Ratu hati: "Esok abah bank in duit.. nda payah risau, abah ada duit. Tadi dia kasi beli si Adik handset baru."

(Kalau perbualan di atas tidak difahami, boleh request empunya blog:))


Gulp! Bagaikan mengerti si comot ini sedang dalam kesempitan yang amat di saat-saat nak prepare 3 salinan tesis yang of course lah kan menelan belanja yang boleh membuatkan sesiapa sahaja pasti garu kepala di saat-saat hujung semester ni. Pelik bukan biasiswa yang sepatutnya masuk pada awal semester, tapi sehingga kini kurang dari 2 minggu lagi final exam bakal menjengah tetap juga tidak nampak barang sesen. Oh.. sangat bersyukur dengan ketabahan yang dikurniakan Illahi.


Tapi itu bukan soalnya.. betapa saya kagum dengan naluri seorang ibu. Tidak pernah sekalipun saya mengadu kepadanya mahupun ahli keluarga yang lain betapa susahnya nak survive without money.. nama pun student kan. Namun kerana naluri keibuannya yang begitu kuat biarpun anak ini terpisah beribu batu, tidak ditemui berbulan-bulan, beliau dapat merasa apa yang dilalui anaknya ini. Waa.. sungguh saya terharu.


Serius.. saya menangis seorang diri di hadapan laptop mengenangkan mereka. Merekalah segala-galanya melebihi duit biasiswa yang ditunggu-tunggu itu dan segala material lain di alam ini. Automatik semangat yang sedikit down kerana kepayahan kini berlumba-lumba mendaki tangga kekuatan semangat. Terus kata dalam hati macam ni, "cepat siapkan kerja, jangan hampakan mereka."




Sweet couple in my heart.. love them so much!

Buat teman-teman.. sesekali kalau terasa putus asa atau lemah semangat ingatlah kedua orang tua kita yang telah baaaanyak bersusah payah selama ini, yang tidak pernah bersifat putus asa dan lemah semangat mendewasakan kita. Makanya, kita mewarisi sifat putus asa itu dari siapa??- mestilah dari makhluk yang bertanduk tu.. hehe.


"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil.""
(Surah al-Isra': 24)


11 April 2011

..::Dinner Bersama Bff::..

Bismillahirrahmanirrahim...

Lihat betul-betul tajuk entri di atas... bersama bff tau, bukan bf.. hehe. Kalau dinner dengan bf, alamat bergegarlah satu Melaka tu nanti.. lalala.


Semalam saya keluar bersama teman-teman baik saya.. hajat awal nak ke Hock Kee Seng (orang Gong Badak mesti tau) tapi akhirnya menyimpang pula ke kopitim. Tiada was-was tau.. alhamdulillah, ada orang nak belanja makan maka on saja lah:)


Saya yang tiada perasaan lapar menurut sahaja, berani pula order menu yang tak pernah dimakan.. saja ingin mencuba. Pekena menu orang putih sikit malam-malam macam tu.




Tu dia..Omelette cheese + Vege + cendawan + Sosej + Roti Bakar




Nyam-nyam..

Alhamdulillah terlebih kenyang sebab 'terpaksa' habiskan menu tersebut

walaupun nampak sedikit sahaja (kami tidak mahu jadi bff syaitan okey.. hehe). Suel dan Saly juga tidak mampu habiskan itu. Memang kami amalkan konsep ta'awun sungguh malam itu.. masing-masing bersusah-payah habiskan menu, hehe.


Inilah mereka, rakan kongsi menghabiskan makanan malam itu:)





Syukran teman-teman untuk itu semua.. sangat kagum dengan diri kita yang mampu keluar lagi di saat genting mengejar dateline tesis hujung minggu ni.. hehe.

09 April 2011

Roti Vs Nasi

Bismillahirrahmanirrahim...

Kebelakangan ini saat kesibukan semakin menghimpit nafsu makan juga semakin berkurang-kurang.. tidak tahu di mana puncanya. Jika sebelum ini hanya roomate yang menegur, kini jumlah itu semakin bertambah..


Jika sebelum ini kekerapan makan nasi adalah sekerap sehari sekali, kini kekerapan itu menjadi 2 hari sekali.. ramai juga yang agak pelik bila dapat tahu. Soalan yang sama saya terima- "tak lapar ke?"


Tak makan nasi tidak bererti tidak makan langsung.. saya seorang yang amat menggemari roti okey, hehe. Asalkan ada roti, sudah cukup untuk tidak menyentuh nasi berapa lama sekalipun.. cuma terkadang bila rasa sudah lama tidak jumpa nasi, perasaan teringin nak makan nasi itu datang sendiri. Paling rasa nak gelak kuat-kuat bila ada yang tanya macam ni- "diet ke atau tengah jimat?"


Kedua-duanya salah belaka tau.. saya tidak pernah mengamalkan diet, cuma menjaga pemakanan agar tidak overweight. Kalau makan nasi, hanya separuh pinggan sahaja kuantitinya supaya saya boleh menikmati sayur dan lauk dengan seenaknya. Lalu tiadalah istilah nasi tidak habis kan.. Nak kata jimat pun salah juga sebabnya banding roti dengan nasi, nasi lebih jimat tau. Roti mahal juga.. Ikut jenisnya. Kena pula nak makan roti yang pelbagai rasa, duit pun mengalir pelbagai jugalah.. hehe.







Kenapa saya tak berapa suka makan nasi?

  • Lepas makan nasi mesti mengantuk dan nak tidur terus.. oh, macam mana nak hadam?
  • Kalau makan nasi kenyangnya tak sama dengan makan roti. Saya hanya kenyang sementara, sejam kemudian mulalah nak makan jajan segala.. hehe.
  • Makan nasi kena fikir banyak kali nak makan dengan lauk apa.. sayur apa. Kalau makan roti, simple sangat.. beli dan terus makan, hehe.
  • Lagi pula saya jenis yang menikmati makanan.. (lambat siap makan), hehe. Maka kalau makan roti, cepat sikit siap.. masa itu emas kan:)

Oleh itu, pandangan beberapa orang yang mengaitkan pemakanan saya dengan saiz tubuh saya adalah tidak betul kot.. hehe. Roti atau nasi sama sahaja, dua-dua ada kabohidrat. Cuma kena cari sumber lain untuk ganti khasiat lauk-lauk yang diambil dengan nasi. Tapi memang serius saya kenyang kalau makan roti. Kalau nak rasa pengalaman itu, boleh cuba.. Tapi untuk kesan yang lebih umph, boleh duetkan roti bersama segelas susu.. nyam-nyam.


Selamat mencuba menu simple jimat masa selamat perut.. hehe.


p/s: Hanya amalkan makan roti ketika di asrama.. Kalau kat rumah, tetap makan nasi 2 kali sehari seperti biasa:)

Seronok Bergelar Graduan??

Bismillahirrahmanirrahim...




Kurang dari sebulan lagi akan bergelar graduan.. hm, nampaknya title 'pelajar' itu akan saya tinggalkan. Jika dulu saat berada di bangku sekolah rendah, sentiasa rasa tidak sabar-sabar nak ke sekolah menengah. Jealous lah kononnya lihat sepupu-sepupu sudah besar-besar remaja.. rasa tak best je diri masih kanak-kanak masa tu.


Bila sudah berada di sekolah menengah, bu
kan main lagi nak cepat-cepat habis study. Apa tidaknya, terpengaruh lihat bekas-bekas senior nampak berjaya dan bergaya saja semuanya sedangkan diri sendiri masih dengan sepasang kurung putih dan kain biru.. tak bergaya langsung kan, hehe. Naluri wanita membuak-buaklah kiranya masa tu nak sentiasa kelihatan cantik.


Bila duduk di tingkatan 6 lagilah kuat perasaan nak cepat-cepat habis sekolah.. umur masa itu sudah mencecah 19 tahun tapi masih lagi dengan sepasang baju sekolah, sedangkan teman-teman yang belajar diploma dan matrikulasi semua nampak bergaya dengan fesyen masing-masing. Tambah pula bergelar pelajar sekolah tidak boleh bawa telefon bimbit ke sekolah. Rasa bagaikan terkongkong dalam kedewasaan.. itu semua naluri kan.


Tapi kini, alhamdulillah saya sudah menikmati sepenuhnya apa yang ingin dinikmati masa di bangku sekolah dulu.. malah saya semakin takut untuk meninggalkan alam pembelajaran ini. Rasa macam nak kembali pula pada zaman berbaju kurung putih dan berkain biru itu.. hehe. Itulah manusia kan, tidak pernah puas dengan apa yang dinikmati.. subhanallah. Kena muhasabah diri ni.


Jujur memang agak gusar dan bimbang untuk bergelar graduan.. bimbang tidak ketemu apa yang dicari, bimbang menjadi ahli kelab penganggur, bimbang penerimaan masyarakat dengan diri ini.. tambah lagi bila bergelar graduan Pengajian Islam yang umpama role model, menjadi rujukan masyarakat. Ooooh, serius saya bimbang..tanggungjawab itu berat. Namun saya tahu, Allah sentiasa di sisi membantu dan memberi petujuk pada hambanya. Usah risau ya wahai qalbi.. harus sentiasa muhasabah diri dan terus ke depan.





Tapi dalam takut dan bimbang itu, sebenarnya tidak sabar juga untuk menghabiskan study ni. Ingin sangat meneroka alam pekerjaan, berbakti pada agama dan masyarakat..insyaAllah.


So, kalau mahu itu semua maka buatlah yang terbaik untuk tesis yang tidak siap lagi itu + final exam..:)


p/s: Maaf buat teman-teman yang cuba untuk komen entri di blog ini.. terdapat sedikit kesulitan namun insyaAllah akan diperbaiki dalam sedikit masa lagi setelah menyelesaikan tugasan-tugasan yang utama. Asif jiddan ya..


07 April 2011

'Ibrah Buatmu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru sahaja menumpang sedikit perasaan si adik yang ditemuduga kerja untuk jawatan guru kafa ( semoga rezeki itu milikmu dik..:) ), tiba-tiba dikhabarkan pula dengan berita yang saya tidak suka dengar.. adik ketiga terjatuh masa bermain futsal. Hasilnya ialah patah tangan sebelah kiri.. risau juga dibuatnya, risaukan si adik yang menanggung sakit juga risaukan perasaan mak dan abah yang nyata tidak tenang. Sudahlah teramat jauh dari pandangan mata.. wawawa.


Ada-ada saja kamu ini adikku.. tabahlah, bukan mahumu jadi begini kan. Semoga insiden ini menjadi 'ibrah buatmu agar lebih berhati-hati dan menjaga diri pada masa akan datang.. jujur saya amat merindui mereka-mereka nun di sana. Baru beberapa hari yang lalu berbalas sms dengan adik, tup-tup hari ini sudah terlantar di hospital. Teringat pula nostalgia menjaga kamu di wad masa kamu diserang asma dulu.. hehe. Kecil lagi kan masa itu.. sekarang tak dapat nak teman kamu di sana, laut china selatan pisahkan kita..


Memang kamu sangat nakal.. mungkin itu kesan yang doktor pernah cakap dekat mak dan abah masa kamu diserang sawan ketika baby dolu-dolu. Saat tulang sum-sum kamu ditebuk untuk ambil airnya, doktor cuma beri dua pilihan sebagai kesan darinya. Sama ada kamu menjadi lumpuh atau sedikit nakal/keras kepala. Hm.. memang saya saksikan sendiri betapa runsing hati mak dan abah masa tu. Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa (betulkah pepatah tu? confuse tiba-tiba.. hehe). Beberapa orang doktor mereka temui untuk minta pendapat.. dan akhirnya kamu selamat daripada lumpuh tapi kesan yang satu lagi itulah yang lekat dekat kamu. syukur alhamdulillah adik saya tak lumpuh:)





Tadaa.. si nakal itu:)


Alhamdulillah kamu kini on the way menjadi seorang pemuda.. semoga soleh hendaknya seiring kehendak syariat. Semoga bersama kita menjadi anak yang menyenangkan hati + mithali + berguna buat mak dan abah..


p/s: Buat adik-adikku yang lain sila jangan jealous untuk entri yang bertemakan adik ketiga ini ya:) orang sakit kita kena layan 1st class.. hehe.

05 April 2011

.::Wajah Baru::.


Bismillahirrahmanirrahim...

Nampaknya terdapat perubahan yang berlaku pada Sangkar Mustika.. tidak berhajat sebenarnya untuk mengubah segala yang asal tapi terpaksa juga ubah akhirnya disebabkan faktor-faktor tertentu.


Alhamdulillah kerja-kerja renovation berlaku dengan pantas biarpun terdapat banyak yang perlu dikorbankan dan dimulakan sekali lagi.. hehe. Itu tidak mengapa..


Tidak berhasrat untuk memanjangkan entri ini memandangkan ada tuntutan lain yang perlu saya bereskan.. namun, buat teman-teman yang datang ziarah ke blog ini sudilah kiranya meninggalkan komen mengenai pembaharuan ini.. risau nampak serabut + semak sebenarnya. Juga bimbang warna yang digunakan nampak warna-warni sangat..


Apa pun, tahniah buat diri sendiri untuk pembaharuan yang tidak seberapa ini:)

~Brain wash At KL~


Bismillahirrahmanirrahim...



Maafkan saya kerana agak tergesa-gesa sedikit dalam menyiapkan entri-entri kali ini.. bebanan tugas lain sedang beratur menunggu. Oh, i dont like this.. namun dalam kesibukan itu, tetap meluangkan masa bersama teman-teman seperjuangan ronda-ronda Kuala Lumpur pada minggu lepas.. hehe. Kononnya release tension tapi ianya memang suatu perjalanan yang mengasyikkan. Ilmu + pengalaman pun banyak yang dikutip..









Sarapan pagi di DUN selangor..



Credit untuk suel for this..:)



Bangunan DUN Selangor



Serius pening naik tangga ini..







Persidangan berlangsung..



Input untuk kamu adik-adik tingkatan 6..hehe




Kami juga datang ke Parlimen..






Ada gaya ahli parlimen?



Lebih muatan..





Kediaman rasmi PM






Sebelum masuk kena pakai sarung kasut



Hehe..
















Lepas makan sate kajang




Paling penting-kami menginap di sini..


Syukran untuk segala pengalaman yang berharga itu.. sangat teruja dapat masuk ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta melihat persidangan.. juga bertuah dapat masuk kediaman rasmi PM. Syukran akhi Zamri untuk perjalanan yang penuh suka + penat itu..:)

Entri Yang Tertunggak

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini adalah salah satu dari entri saya yang tertunggak dek kerana kesibukan menyiapkan tesis.. aiyoo, minggu depan kena submit tau. Sangat menghadapi kesukaran dalam menyiapkan takhrij hadis.. sabar. Apa pun, ini adalah entri sempena mesyuarat agung cawangan PSSCMCT tempoh hari..


* Making Of MAC PSSCMCT *







Dewan mesyuarat..







Persiapan bunga manggar






Kami si pemakai bunga rozek.. hehe






* Real MAC PSSCMCT *




Hulubalang penjaga pintu..



Kaunter Pendaftaran



Bersama cik ema- orang kuat bunga manggar, hehe..


Alhamdulillah segalanya berlangsung dengan jayanya.. saya juga berjaya melaksanakan tugas sebagai pemakai bunga rozek + pencatat minit mesyuarat dengan baik. Alhamdulillah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...