06 February 2011

Kenapa Perlu Jujur??

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengar tajuk entri ni macam nak dengar ceramah pula kan... hehe. Jangan bimbang, usah risau entri biasa-biasa saja. Sekadar renungan dan pedoman untuk kita bersama. Sebelum tu nak tunjuk gambar-gambar ni dulu supaya kalian semakin faham tajuk entri yang macam tajuk ceramah ni.. hehe.











































Hakikatnya gambar-gambar itu nampak biasa saja kan. Tapi kesemuanya menggunakan prinsip yang sama iaitu KEJUJURAN. Tuan punya jualan hanya tinggalkan di lorong jalan kaki dan atas meja sahaja serta menyediakan bekas duit. Kalau berlaku ketidakjujuran, sudah pasti fenomena seperti di atas tidak boleh diaplikasikan kan..


Dalam setiap gambar seperti yang kita lihat telah disediakan bekasnya beserta nota sekali bagi memudahkan pembeli. Moral yang dapat disimpulkan melaluinya, seandainya semua manusia di muka bumi ini jujur dan amanah mudah kehidupan kita kan.. nak tinggalkan kedai sekejap untuk mengerjakan solat pun tidak mengapa. Tidaklah berlaku situasi tinggalkan solat atau qada solat semata-mata kerana risaukan jualan dicuri orang. Urusan seharian pun jadi mudah kan..


Apa-apa pun, renung-renungkanlah:)


JIHAD???

Bismillahirrahmanirrahim...

Hm.. mengantuknya. Sekejap lagilah bangun Solat Subuh. Tidur qailullah dulu.. [6.45 pagi]- Mengantuknya... lepas subuh ni tidur semulalah. [9.26 pagi]- Arggh..!! Dah terlambat pergi kuliah jam9 pagi. Macam mana ni.. wawawa.


Hehe.. pernah tak alami situasi seperti itu. Tidak dinafikan bila berada dalam situasi sebegitu, hati yang cintakan ilmu akan merasa amat tertekan. Tapi bagi yang kurang mencintai ilmu pula- 'Ah.. tidur semulalah. Nak pergi kelas pun dah lambat. Nanti ulangkaji sendiri je lah..'


Sama ada kita sedar atau tidak, melawan nafsu tidur itu sebenarnya adalah jihad. Boleh dikatakan setiap hari kita kena berjihad melawan mata yang ingin terus lelap, melawan keselesaan beradu atas tilam yang empuk, melawan keinginan menyambung mimpi yang indah, melawan rasa malas dan macam-macam lagi.


Lebih-lebih lagi kalau kita berjihad untuk bangun pagi kerana ingin menunaikan solat fardhu subuh, mengerjakan qiyamulail, bersahur, menuntut ilmu, keluar mencari rezeki dan menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Antara sedar atau tidak, bangun pagi setelah mendapat rehat yang panjang di malam hari sahaja kiraan pahala kitra sudah bermula.. subhanallah. Tapi.. mestilah diiringi dengan niat yang betul.


Berbalik kepada kisah terlepas kuliah pagi itu, sewajarnya perasaan malu + tidak berani untuk ke kuliah itu ada. Lebihlah lagi kalau pensyarah kita itu syadid orangnya.. hehe. Tapi, apa kata kita set mind dengan positive thinking. Kalau rasa sempat, cepat-cepat mandi dan bersiap ke kuliah. Tapi kalau rasa tidak sempat, bersiaplah sekadarnya dan segera ke kuliah. InsyaAllah akan jadi 'perhatian' bila sampai di muka pintu dan kemungkinan besar perlu berdepan dengan peluru soalan yang bertubi-tubi dari pensyarah.. hehe. Tapi percayalah, perasaan malu + berdebar itu hanya singgah sementara sahaja. Bila sudah bertenang, insyaAllah akan terselit perasaan bangga kerana berani datang ke kuliah biarpun lewat. Ya, itulah jihad kita yang sebenarnya. Tidak perlu ke medan perang kan.. keberanian untuk perkara kebaikan sahaja sudah memadai.


Saya teringat pensyarah saya pernah berkata, keberkatan ilmu itu terletak pada gurunya. Kalau belajar tapi tidak menghormati guru = sia-sia. Begitu juga kalau ada kelas agama yang dikendalikan oleh seorang guru agama tapi kita tidak hadir. Berbeza katanya belajar dengan intenet atau kitab berbanding belajar dengan seorang guru. Kerana itu, seorang guru perlu dihormati.


Makanya, jika kita terlewat bangun untuk ke kuliah segeralah ingatkan hati bahawa rugi besar jika kita terlepas kuliah kerana keberkatan ilmu itu sedang melimpah ruah.


Kata guru saya semasa di sekolah menengah dahulu pula, malu itu biar bertempat. Maka, tidak wajar kan malu untuk ke kelas kerana ianya perkara kebaikan sebaliknya malulah untuk berbuat maksiat kepada Allah s.w.t.


Tapi, betulkan niat tau. Pergi ke kelas bukan semata-mata kerana exam atau attandance tapi kerana ILMU. Itu sahaja suatu perkongsian dari saya sebagai seorang pelajar.. hehe.


P/s: Nasihat dan peringatan buat diri sendiri juga sebenarnya.. :) Semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai ilmu.. insyaAllah.

05 February 2011

Dengar Ni Oh Hati..

Bismillahirrahmanirrahim...


~[Redup mood]~

Cuti sudah hampir menuju ke penghujungnya.. perlahan-lahan mula rasa digamit rindu akan saat-saat keriangan bercuti bersama insan-insan tersayang. Entah bagaimana nak mengharungi hari esok jika diri terus begini. Kata dia diri mengada-ngada.. sama ada betul atau tidak itu bukan soalnya. Cuma inginkan perhatian dan difahami..


Agaknya ini fenomena nak meningkat umur tak.. hehe. Taulah beberapa hari lagi umur nak bertambah tapi tolonglah... tolong kawal emosi ya. Maaflah kalau entri kali ini tidak difahami, cuma nukilan biasa dari tuan rumah. Tak mahu singgah tidak mengapa.. hehe.


Oleh kerana mood agak redup namun tidak sampai ke tahap mendung, tidak seronok rasanya memanjangkan entri ini.. bimbang redup bertukar mendung dan kemudian bertukar hujan. Kalau hujan renyai-renyai atau hujan singgah tidak mengapa tapi kalau hujan lebat?? Jangan salahkan awan yang berarak okey.


[Nasihat untuk hati]
Apa pun yang terjadi, hati kena istiqamah.. ingat kepada orang lain yang mungkin situasinya lebih sadis @ menyedihkan. Nun.... di Bumi Kinanah, situasi mereka lebih genting kan. Apa sangatlah dirimu. Jangan cengeng lagi.. minggu depan kan mau tambah umur lagi..


Terima kasih monolog jiwa.. lalala. Saya sudah dapat semangat baru.. sudah boleh senyum pun :)
Chayok-chayok!!

03 February 2011

Picnic oh Picnic..

Bismillahirrahmanirrahim...


Seusai solat subuh pagi tadi ayah mula melancarkan 'kerahan tenaga'.. semua kena bersiap-siap sebab nak pergi jogging.. waa, kalau hari-hari
ada 'kerahan tenaga' macam ni insyaAllah dapat amalkan gaya hidup sihat.. hehe.


Meriah dan gamat tau suasana kat pantai dibuatnya.. sampai sahaja terus 'timbus' separuh siti dalam pasir sebagai salah satu rawatan terapi. Bibi pula bersemangat yang amat ajak jogging. Alih-alih cuma jalan susuri pantai sambil sembang dengan kak aida. Sempat jugalah berpeluh-peluh bila patah balik kat tempat makan-makan.




Konon jogging.. hehe




Jejak kami tinggalkan..



Gadis terapi pasir.. semoga cepat sembuh!


Seronok bila dapat tengok matahari naik.. rasa macam tengok matahari nak terbenam pun ada. Tenang yang amat...... alhamdulillah.













Penat bersembang dan berjalan, mamam la jawabnya.... nyam-nyam.
























Sedapnya nasi lemak.. nyam-nyam








Bye pantai.. InsyaAllah nanti saya datang lagi ek :)


Apabila matahari mula beransur naik, kami pun beredar meninggalkan pantai dan menuju ke pasar. Kalau kat Sabah boleh dikatakan tamu.. macam-macam ada.




Jalan-jalan cari makan.. aik, bukan sudah kenyangkah kamuuu.

















Sampai di rumah, request kat nadia nak try pakai shawl.. buang tabiat sikit, hehe. Tapi tak bolehlah nak tunjuk gambar.. private ya. Apa-apa pun rasa amat seronok.. Syukur alhamdulillah. Semakin mengagumi kebesaranNya.


~Cuti-cuti Story~

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah cuti pertengahan semester + raya cina ni dihabiskan di rumah ayah.. agak meriah juga sebabnya anak-anak ayah (kandung + tidak kandung) semua ada.. keluarga siti dari Sarawak pun ada juga.



Apa yang best kali ini, saya dapat online dengan sepuasnya apatah lagi internetnya laju sangat.. hehe. Sampai timbul perasaan boring untuk online sebab tidak tahu nak online apa lagi.. sampai begitu sekali kan. Soal makan usah cakaplah sebabnya bukan sahaja cukup makan malah terlebih makan lagi rasanya.. alhamdulillah. Menunya saja sejak saya berada di sini antaranya seafood bakar (buat bbq hari tu), nasi kerabu, nasi dagang, yong tau fu, mi kari, nasi goreng, nasi ayam dan kek coklat kukus (lepas ni saya cerita). Hm.. memang terbaja badan sepanjang cuti ni, hehe.


Petang tadi sebelum bertolak pergi kenduri kahwin, mak sempat tinggal pes
an dekat farah dan mira suruh try buat kek coklat kukus. Saya pun tolong-tolong la apa yang patut sebab sudah ada pengalaman buat beberapa kali sebelum ini.. hehe. Cara-cara buat pula senang saja. Saya tunjuk melalui gambar-gambar saja ya.. syukran kepada jurugambar tidak berapa profesional saya, ayu.. hehe.


Mula-mula gaul segelas gula bersama air panas sehingga seba
ti, kemudian kami masukkan 4 biji telur dan digaul lagi. Bila sudah beres bab itu, masuk pula tepung gandum 2gelas. Setelah itu..





Serbuk koko & minyak sayuran





Gaul sebati




1 tin susu pekat manis (tin lagi 1 abaikan je sebab watak dia dah keluar tadi, hehe)









okey.. sekarang sudah sebati.




Tuang ke dalam bekas seperti ini.. letak dalam loyang saja pun boleh.








Kemudian kukus dalam lebih kurang 20 minit




20 minit kemudian.... gebu kan, hehe.





Supaya lebih cantik boleh la touch up dengan manik urai.. nyam-nyam.



Mudah kan disediakan.. selamat mencuba, hehe. Hari pun sudah jauh malam, kena tidur awal pula. Esok plan nak jogging kat pantai pula.. tata :)


29 January 2011

~Berjalan-jalan Melihat Alam~

Bismillahirahmanirrahim...


Alhamdulillah semalam sempat meluangkan masa yang agak 'banyak' bersama teman-teman.. mula-mula cadang nak mandi air terjun sekayu tapi rancangan terpaksa ditunda ke hari dan waktu yang lain sebab nak pergi ramai-ramai dengan teman-teman lain.. lalala.




Jom, siapa lagi nak ikut..

Untuk tidak menghampakan rancangan bersama itu, maka misi tetap diteruskan tapi ke Pulau Wan Man.. hehe. Sempat Solat Asar di Masjid Kristal lagi.. mujur semuanya berjalan lancar walaupun 1st time drive ke sana..







Keretapi ni akan bawa kita round Taman Tamadun Islam..















































Ini Muzium Negeri Terengganu..




Waterfront.. lalala

Saya nak sangat naik bot kat tepi Masjid Kristal tu tapi tidak mengapalah.. cuaca agak menyeramkan kerana angin yang bertiup terlebih-lebih sepoi bahasa. Tak pasal-pasal nanti ada yang terjun dalam air.. yew.. tak nak.


Lepas itu, perjalanan diteruska
n lagi ke tapak ekspo Dataran Shahbandar.. hm, yang ini memang agak menggugat keimanan. Kena jihad sungguh-sungguh tahan diri supaya tak beli apa-apa.. tengok-tengok saja pun jadilah.. hehe.




Konon nak beli tapi tengok-tengok saja.. hehe




Yang ini memang saya sangat geram.. grr!


Berjalan sudah, penat pun ada.. maka perut menjerit-jerit minta diisi. Dalam topik cari makan ni sempat jugalah pusing 1 bandar, nak cari kedai makan punya pasal.. alih-alih kedai yang dicari-cari tutup belaka. Tidak mengapalah.. Solat Maghrib
dululah kat Masjid Putih. Menyelinap sedikit perasaan bahagia dan kagum melihat betapa ramainya muslimat di masjid. Memang secara kebetulan masing-masing naik bas malam itu untuk pulang ke kampung kerana bermulanya cuti pertengahan semester dan singgah solat di sana tapi yang mengkagumkan itu adalah melihat umat Islam bersatu walau di mana berada.. alhamdulillah. Ketidakselesaan berbaris menunggu giliran tandas dan mengerjakan solat bagai tenggelam begitu sahaja.


Akhirnya.. perut diisi di food court mydin.. kemudian terus balik.


Jauh berjalan luas pemandangan.. walaupun letih tapi seronok. Alhamdulillah atas nikmat sihat dan cergas yang dikurniakan..


Waa.... sebelum sempat publish entri ini dapat pula mesej dari ibunda tercinta. Sedang berada di Beverly Hotel Kota Kinabalu katanya. Ada
family day.... saya nak ikut juga, wawawawa. Abah siap send gambar lagi by email.. waaaaaaaa. Rindunya dekat kalian semua :)



Rinduuuuuuuuu...


P/s: Kredit untuk sahabat tersayang suel sebab sudi susah payah share photos kat YM walaupun wireless slow.. syukran jazilan sahabati hakiki :)

26 January 2011

Aduhai Adikku Sayang...

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah segarnya menghirup udara Negeri Darul Iman yang dilanda musim berangin sekarang ini. Hari-hari macam rasa duduk kat tepi pantai. Cuacanya redup sahaja.. tidak panas. Maka tidur pun semakin lena, kena jihad habis-habisan nak bangun subuh dan pergi kelas.. hehe.


Semua orang yang ada adik sangat sayangkan adiknya kan.. tapi macam mana kalau kita sebagai kakak atau abang tidak mampu untuk menasihati si adik tersayang.. kadang kita jenis yang lembut hati manakala si adik pula keras hatinya dan nakal sedikit. Adakala cakap kita pun tidak didengar.. ramai yang ada masalah macam ni kan.


Macam mana pula kalau tiba-tiba kita dapat tahu
dari seorang yang 'jauh' bahawa adik kita terjebak dengan masalah sosial. Kakak atau abang bagai nak rak cuba menyedarkan masyarakat di luar tapi rupanya adik sendiri tercicir.. sedih kan.


Barangkali juga masalahnya tidak sebesar itu, kita tiba-tiba dapat tahu adik yang disayang mula berjinak-jinak dengan rokok.. ya, rokok itu bukan isunya. Sebagai orang yang menyayangi pastinya kita mahu adik tersayang menjauhi perkara-perkara yang boleh memburukkan kesihatan kan.


Apa yang kita bakal lakukan..


mungkin bagi si abang yang garang : " siap dia bila balik nanti, aku belasah cukup-cukup."


Si kakak yang tidak cuba untuk memahami pula barangkali : " bertuah punya budak.. @#$%&*."


Macam mana pula dengan kakak dan abang yang punya keimanan yang tinggi?


Itu yang sedang saya fikirkan.. mungkinkah akan dinasihati dulu, atau mungkinkah akan cuba diselami hati dan perasaannya, ataukah dibawa bertemu orang-orang yang sepatutnya (kaunselor/ustaz/orang berpengalaman)..


Di rumah si adik tersayang nampak baik-baik saja. Tup-tup orang lain yang bawa cerita yang tidak enak didengar. Perasaan kakak atau si abang saja sudah tentu sedikit tercalar, bagaimana pula dengan ayah dan ibu. Tidakkah difikirkan hati tua mereka..


Mungkin juga bagi pihak si adik dia menyalahkan abang atau kakak atau sesiapa sahaja yang menyebabkannya jadi begitu tapi tidak ada salahnya kan kalau kita berkongsi masalah, segala suka dan duka. Percuma saja berkecimpung dalam dunia merunsingkan hati orang-orang tersayang kalau semuanya dibuat secara sembunyi-sembunyi dek bimbang ketahuan.. sungguh tidak seronok berada dalam kepura-puraan bukan.





Oleh itu..
Wahai syabab.. usahlah buat kakak atau abang atau mak atau ayah dan sesiapa sahaja yang menyayangimu bersusah hati. Mungkin juga jiwa muda kata orang tapi kerana muda itulah yang akan membawa ke tua pada hari esok.


Hargailah masa mudamu wahai syabab.. usah sia-siakan dengan perkara yang merunsingkan hati yang tersayang. Banyak perkara lagi yang boleh dilakukan berbanding yang telah kau lakukan itu. Macam tagline jalan raya itulah juga, ingatlah orang yang tersayang..


Maka yang demikian katakan tidak kepada gejala sosial dan tak nak kepada rokok!

18 January 2011

Semoga Cepat Sembuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang semalam lebih kurang pukul 6 tidak ingat berapa minit saya telah menerima mesej dari sahabat saya bibi.


"Salam.. siti masuk hospital. Tapi tak pasti lagi sebab apa, doktor tak cakap apa-apa lagi."


Erk..tiada khabar menyatakan sakit, tiada khabar buruk tiba-tiba sahaja masuk hospital. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. hati segera diburu kerisauan dan susah hati. Lama tidak bertemu tiba-tiba dikhabarkan dengan berita masuk wad. Segera saya menelefon bibi semula untuk kepastian. Awalnya cuma berpunca daripada batuk-batuk biasa tetapi keadaannya sangat lemah. Hati bermonolog, "takkanlah batuk saja sampai kena masuk wad.." tidak sedap hati rasanya. Cepat-cepat atur janji nak lawat siti kat hospital esok hari bersama mak dan ayah angkat (kebetulan siti juga anak angkat mak dan ayah).


Sebelum tidur, bibi hantar mesej lagi katanya doktor buat ct scan kat siti dan mungkin akan diambil air tulang belakangnya.. bertambah risau + tidak sedap hati + sedih + tidak sabar nak ziarah bila dengar demikian.


Selepas Asar petang tadi, alhamdulillah dapat sampaikan hajat nak ziarah siti. Tidak sabar-sabar nak sampai di hospital. Melihat keadaan siti hati diserang kesayuan yang amat..pilu rasanya lihat keadaannya yang terlantar tidak berdaya. Rasa semuanya tiba-tiba sahaja..puncanya demam.


Badan yang lemah, mata kiri bengkak, penglihatan semuanya double katanya, seluruh badan kebas dan sukar untuk bercakap cukup membuatkan hati ini pilu.. nak nangis sangat tapi tahan je. Cool la kononnya.. hehe. Berhadapan dengan pesakit kenalah kuat kan, barulah si pesakit merasa ada kekuatan dan tidak bersedih dengan nasibnya. Teman-teman sekuliah siti agak ramai juga memenuhi wad, kebetulan memang masa melawat. Terharu rasanya melihat teman-teman siti.. tidak kira muslimin dan muslimat masing-masing meluangkan masa bersama memberi semangat dan mendoakan yang terbaik untuknya. Itulah yang dinamakan kawan, susah senang sentiasa bersama...


Daripada Abu Darda' r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada di dekatnya malaikat muwakkal (pesuruh) setiap yang ia doakan untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama.
(Hadis Riwayat Muslim)


Dalam kesakitannya itu, sempat siti bergurau nak main buai kat bawah.. insyaAllah nanti saya dan teman-teman lain temankan siti ya.. lepas itu, siti request nak makan jagung parut bila sudah sembuh. InsyaAllah sahabatku, kamu sentiasa dalam jagaan Illahi.. nanti kita sama-sama tunaikan keinginan siti.


Kasih ibu membawa ke syurga... mak siti yang berada di kuching, Sarawak akan tiba esok untuk melihat siti yang terlantar di hospital. Simpati dengan si ibu.. betapa kuatnya kasihnya biarpun terpisah dek Laut China Selatan. Tak terbayang perasaan ibunya saat tahu si anak sakit.. belum jadi ibu sudah dapat bayangkan, tak tahulah macam mana bila jadi ibu esok kan.


Masa kat hospital sempat bawa siti ke tandas, masa tolak kerusi roda asyik langgar benda je.. hehe (saya belum ambil lesen kerusi roda lagi okey..). Masa lalu kaunter sempat nampak penimbang berat.. hehe. Kak aida cepat-cepat ajak naik benda tu, waa.. saya sangat excited. Lupa pula masa tu ada kat hospital.. dan saya sekali lagi teruja bila berat tinggal 44 kg, lalala. Ni entri pasal siti la, nak juga cerita pasal dia kan.


Okey lets back to the point.. sebelum balik dan tinggalkan siti tadi terharu sangat bila teman-teman siti semua bagi kata-kata semangat. Mujur sempat tahan airmata.. semoga kamu terus tabah dan mendapat kekuatan. InsyaAllah kita akan kembali seperti dulu kan. Siti bertuah sebab Allah memilihnya untuk mendapat ujian sebegini.. ingatlah Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dilaluinya. Kamu pasti boleh.. ramai yang sayang siti dan doa teman-teman sentiasa mengiringi. Pasti ada hikmah yang tersirat. Setiap penyakit itu ada penawarnya.. yang penting harus sabar. Ujian itu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan rahmat yang diberikan..


Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya".
(Hadis Riwayat Bukhari)


InsyaAllah esok nak ziarah siti lagi.. semoga cepat sembuh sahabati. Saya sayang kamu sangat. Sudah sembuh nanti kita pergi makan jagung parut ya.. nyam-nyam.


P/s: Muhasabah diri bila pergi hospital dan lawat orang sakit..mendidik diri bersyukur dengan nikmat sihat yang telah dikurniakan..alhamdulillah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...