Alhamdulillah cuti pertengahan semester + raya cina ni dihabiskan di rumah ayah.. agak meriah juga sebabnya anak-anak ayah (kandung + tidak kandung) semua ada.. keluarga siti dari Sarawak pun ada juga.
Apa yang best kali ini, saya dapat online dengan sepuasnya apatah lagi internetnya laju sangat.. hehe. Sampai timbul perasaan boring untuk online sebab tidak tahu nak online apa lagi.. sampai begitu sekali kan. Soal makan usah cakaplah sebabnya bukan sahaja cukup makan malah terlebih makan lagi rasanya.. alhamdulillah. Menunya saja sejak saya berada di sini antaranya seafood bakar (buat bbq hari tu), nasi kerabu, nasi dagang, yong tau fu, mi kari, nasi goreng, nasi ayam dan kek coklat kukus (lepas ni saya cerita). Hm.. memang terbaja badan sepanjang cuti ni, hehe.
Petang tadi sebelum bertolak pergi kenduri kahwin, mak sempat tinggal pesan dekat farah dan mira suruh try buat kek coklat kukus. Saya pun tolong-tolong la apa yang patut sebab sudah ada pengalaman buat beberapa kali sebelum ini.. hehe. Cara-cara buat pula senang saja. Saya tunjuk melalui gambar-gambar saja ya.. syukran kepada jurugambar tidak berapa profesional saya, ayu.. hehe.
Mula-mula gaul segelas gula bersama air panas sehingga sebati, kemudian kami masukkan 4 biji telur dan digaul lagi. Bila sudah beres bab itu, masuk pula tepung gandum 2gelas. Setelah itu..
Serbuk koko & minyak sayuran
Gaul sebati
1 tin susu pekat manis (tin lagi 1 abaikan je sebab watak dia dah keluar tadi, hehe)
okey.. sekarang sudah sebati.
Tuang ke dalam bekas seperti ini.. letak dalam loyang saja pun boleh.
Kemudian kukus dalam lebih kurang 20 minit
20 minit kemudian.... gebu kan, hehe.
Supaya lebih cantik boleh la touch up dengan manik urai.. nyam-nyam.
Mudah kan disediakan.. selamat mencuba, hehe. Hari pun sudah jauh malam, kena tidur awal pula. Esok plan nak jogging kat pantai pula.. tata :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.