Alhamdulillah masih berkesempatan bernafas dan menghirup udara di bumi Allah ini.. syukran ya Rabb atas nikmat sihat dan umur panjang ini.. insyaAllah. Abah dan mak, lihatlah anak gadismu kini.. kian meningkat dewasa. Ibarat mawar yang sedang berkembang mekar di taman larangan. Semoga kematangan akal fikiran dan kesolehaan mengiringi kedewasaan.. insyaAllah.
9 Februari 2011.. hari lahir yang ke berapa ya agaknya, hehe. Saya bagi pembayang dan silalah selesaikan ya.. hehe. Mak menjadi isteri abah pada usia 19 tahun dan ketika usianya mencecah 21 tahun, saya telah dilahirkan. Semasa umur saya 2 tahun, itulah umur mak yang sama dengan saya kini. Macam pening je kan baca pembayang ni.. lalala. Cuma beza yang nyata ialah saya belum ada anak berumur 2 tahun pada ketika ini.. hehe. Mak, abah.. lagi 2 tahun ya ke arah itu..:)
Bila sudah bertambah umur ni, teringat pula kenangan-kenangan hari tambah umur yang lalu.. saya tidak pernah celebrate birthday, hanya sesekali itupun diraikan teman-teman dan keluarga. Namun dalam berbanyak kenangan itu, ada satu yang paling menusuk kalbu sehingga ke hari ini.. hehe.
Al-kisahnya ketika itu saya berada di tingkatan 6 atas.. kebetulan adalah hari sukan sekolah. Kira-kira pukul 10.30 pagi saya bersama teman hendak pulang ke asrama. Tiba-tiba saya terlihat kereta kerja abah.. saya pun cepat-cepatlah bertemu abah. Rupa-rupanya abah bawa kek birthday yang beeesar untuk saya. Beserta dengan kad sekali.. hehe. Perasaan saya sudah dan amat tentu sangat terharu. Abah sanggup tunggu berjam di situ semata-mata ingin beri kejutan kepada saya. Menangis terharu juga saya dibuatnya. Abah pesan, ' kek ni nanti makan dengan kawan-kawan'. Terima kasih abah dan mak atas kejutan itu.. Itulah kenangan hari tambah umur yang amat meninggalkan kesan di hati saya.
Inilah kad itu..
Siapa sangka kan anak abah yang dulunya ampus ini kini sudah besar rendah.. hehe. Tak boleh kata besar panjang sebab saya tak panjang pun, 145cm je.. lalala. Doa dan harapan buat diri sendiri semoga terus berusaha menjadi anak yang solehah + bersungguh-sungguh dalam pelajaran + menjadi muslimah yang sejati dan... terus menulis dan menulis lillahi taala..
Nak ucap selamat hari lahir juga buat ukhti Ummu Hani.. seronok kan berkongsi tarikh lahir, ada saja yang mengingati setiap tahun. Semoga terus menjadi muslimah solehah dan semoga redha Allah sentiasa mengiringimu.. insyaAllah.
P/s: Selangkah umur meningkat, makin hampir jualah langkah menuju ke alam sana.. subhanallah. Syukran kepada sahabat-sahabat yang tidak putus mengirimkan sms mendoakan saya ..:)




hepi besday wat hana..semoga betambah bahgia dgn kelangsungan umur...
ReplyDeletesyukran kak mia..
ReplyDeleteeh, btul ke akak..
klu hana slap btulkan ye..hehe