Bismillahirrahmanirrahim...
Hm.. mengantuknya. Sekejap lagilah bangun Solat Subuh. Tidur qailullah dulu.. [6.45 pagi]- Mengantuknya... lepas subuh ni tidur semulalah. [9.26 pagi]- Arggh..!! Dah terlambat pergi kuliah jam9 pagi. Macam mana ni.. wawawa.
Hehe.. pernah tak alami situasi seperti itu. Tidak dinafikan bila berada dalam situasi sebegitu, hati yang cintakan ilmu akan merasa amat tertekan. Tapi bagi yang kurang mencintai ilmu pula- 'Ah.. tidur semulalah. Nak pergi kelas pun dah lambat. Nanti ulangkaji sendiri je lah..'
Sama ada kita sedar atau tidak, melawan nafsu tidur itu sebenarnya adalah jihad. Boleh dikatakan setiap hari kita kena berjihad melawan mata yang ingin terus lelap, melawan keselesaan beradu atas tilam yang empuk, melawan keinginan menyambung mimpi yang indah, melawan rasa malas dan macam-macam lagi.
Lebih-lebih lagi kalau kita berjihad untuk bangun pagi kerana ingin menunaikan solat fardhu subuh, mengerjakan qiyamulail, bersahur, menuntut ilmu, keluar mencari rezeki dan menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Antara sedar atau tidak, bangun pagi setelah mendapat rehat yang panjang di malam hari sahaja kiraan pahala kitra sudah bermula.. subhanallah. Tapi.. mestilah diiringi dengan niat yang betul.
Berbalik kepada kisah terlepas kuliah pagi itu, sewajarnya perasaan malu + tidak berani untuk ke kuliah itu ada. Lebihlah lagi kalau pensyarah kita itu syadid orangnya.. hehe. Tapi, apa kata kita set mind dengan positive thinking. Kalau rasa sempat, cepat-cepat mandi dan bersiap ke kuliah. Tapi kalau rasa tidak sempat, bersiaplah sekadarnya dan segera ke kuliah. InsyaAllah akan jadi 'perhatian' bila sampai di muka pintu dan kemungkinan besar perlu berdepan dengan peluru soalan yang bertubi-tubi dari pensyarah.. hehe. Tapi percayalah, perasaan malu + berdebar itu hanya singgah sementara sahaja. Bila sudah bertenang, insyaAllah akan terselit perasaan bangga kerana berani datang ke kuliah biarpun lewat. Ya, itulah jihad kita yang sebenarnya. Tidak perlu ke medan perang kan.. keberanian untuk perkara kebaikan sahaja sudah memadai.
Saya teringat pensyarah saya pernah berkata, keberkatan ilmu itu terletak pada gurunya. Kalau belajar tapi tidak menghormati guru = sia-sia. Begitu juga kalau ada kelas agama yang dikendalikan oleh seorang guru agama tapi kita tidak hadir. Berbeza katanya belajar dengan intenet atau kitab berbanding belajar dengan seorang guru. Kerana itu, seorang guru perlu dihormati.
Makanya, jika kita terlewat bangun untuk ke kuliah segeralah ingatkan hati bahawa rugi besar jika kita terlepas kuliah kerana keberkatan ilmu itu sedang melimpah ruah.
Kata guru saya semasa di sekolah menengah dahulu pula, malu itu biar bertempat. Maka, tidak wajar kan malu untuk ke kelas kerana ianya perkara kebaikan sebaliknya malulah untuk berbuat maksiat kepada Allah s.w.t.
Tapi, betulkan niat tau. Pergi ke kelas bukan semata-mata kerana exam atau attandance tapi kerana ILMU. Itu sahaja suatu perkongsian dari saya sebagai seorang pelajar.. hehe.
P/s: Nasihat dan peringatan buat diri sendiri juga sebenarnya.. :) Semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai ilmu.. insyaAllah.
setuju dgn hana..niat yg menggerakkan hati kite utk terus bangun menuntut ilmu ...selagi bernafas di dunia..tua @muda, ilmu hrs dituntut seadanya
ReplyDelete