14 September 2011

Ke Mana Saya Selama Ini??

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih dapat meluangkan masa menjenguk sangkar sepi ini.. wawawa, agak sedikit janggal sebab boleh tahan lama juga la menyepikan diri.. hehe. Saya masih di sini, di sisi abah dan mak namun agak sedikit sibuk dengan pelbagai tugasan di klinik. Oops, sudah bergelar nurse kini.. wawawawa.


Kala hujung minggu pula masa dicuri oleh si adik untuk ambil pulang dari kerja.. memang sangat jarang dapat menatap wajah blogger.com, wajah en. google malahan en. yahoo juga kini. Sabarlah.. nak buat macam mana kan.


Best ke kerja klinik???
Beeeeeeeeeest! Sebab boleh jumpa ramai baby yang amat comel + petah + gebu.. geram yang amat. Selain tu juga dapat belajar banyak perkara macam cek group darah patient, sediakan peralatan cucuk2, belajar jahit luka yang mengerikan, paling takut bila kena assist patient yang buat pap smear.. ngeri tau.


Ada banyak lagi kisah saya dan klinik, insyaAllah akan datang saya kongsikan lagi.. cukuplah dulu kot setakat ini sebab Im on the way to Terengganu.. hehe. Membuak-buak rindu nak ke sana.. Sedikit masa lagi akan update gambar-gambar yang comel lote.. hehe.

16 August 2011

.:Kisah Qalbi:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa belajar kat universiti, selalu tak dengar makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat kampung kata kat mak ayah kita macam ni.. ' untunglah kamu, anak kamu si polan tu tak lama lagi boleh kerja elok pakai kereta besar'.. ---->Sangat selalu dengar.. teramat sangat. Maka si anak yang mendengar pun berusaha mengawal hidung yang semakin kembang dan kempis, hehe.


Tapi sebenarnya perkara itu tidak semestinya.. wawawa. Hari ini saya sudah mengalaminya, mendapatkan pekerjaan itu tersangatlah susah. Rasa nak nangis selalu bila fikir pasal kerja. Tapi, usah fikirkan sangat nanti stress pula.


Tahu tak apa hikmah di sebaliknya.. selain boleh tengok tv puas-puas kat rumah sampai dah boleh ingat intisari rancangan semua chanel kat astro, boleh juga mempraktikkan bakat memasak yang terpendam dek kerana tak dapat memasak kat hostel kampus dulu-dulu. Selain itu juga boleh berbakti dengan jayanya kepada kedua orang tua.. bila lagi nak tolong ringankan beban kan. Esok-esok dah kerja kena tinggalkan mereka lagi seperti masa lalu kita di universiti yang sangat jarang lekat kat rumah..


Maka dengan itu, janganlah cepat melatah dengan rezeki yang belum tiba itu.. masih ada banyak perkara bermanfaat kita boleh lakukan sambil duduk di bawak ketiak mak ayah.. hehe. ( Kata-kata ikhlas untuk diri sendiri). Melihat adik yang sudah 2 kali menghadiri temuduga membuatkan saya benar-benar sedar bahawa rezeki Allah itu ada di mana-mana dan untuk siapa sahaja. Darjat dan kelulusan bukan jaminan yang tetap untuk mendapat kerja. Buktinya sangat ramai bukan yang berkelulusan tinggi menganggur.


Oleh itu, sesuai dengan pepatah arab 'siapa yang menanam maka dia yang mendapat hasilnya'.. jangan putus asa ya menghadapi cabaran hari esok. Selamat bersabar dan teruskan perjuangan buat saya sendiri dan yang seangkatan :)


13 August 2011

Ahhhhhh....... Saya Trauma!


Bismillahirrahmanirrahim...

Waa.. sekian lama tidak menulis blog apa sudah jadi dengan Hana Farhana? Sebenarnya bukan saja-saja menyepikan diri tapi ada perkara lain yang lebih aula untuk dibereskan. Tersangat rindu mahu menulis dan menulis tapi idea-idea dan perkongsian hanya terlekat di minda sahaja.


Memang saya masih dalam keadaan sedikit trauma. Sedikit saja okey.. hehe. Alkisahnya seperti biasa setiap malam hujung minggu asalah menjadi rutin saya untuk ambil adik balik dari kerja. Tiba-tiba semalam yang telah malang tidak berbau, saya secara tidak sengaja terlanggar anjing yang kebetulan melintas jalan.


Pertama kali setelah menjadi pemandu saya terlanggar objek yang bernyawa.. Saya sangat terkejut dan agak blur sedikit setelah kejadian. Tapi, serius memang ianya tidak disengajakan. Anjing tu tiba-tiba saja muncul dari tepi jalan dan terus melintas jalan dan sangatlah hampir dengan tayar kereta. Saya memang tidak sempat untuk brek.


Hmm.. mengingati kejadian itu memang cukup membuatkan saya sedih mengenang nasib anjing malang tu. Masih terdengar-dengar lagi raungan anjing tu selepas dilanggar. Sangat sayu.. wawawawa.


Mujurlah saya dan adik-adik selamat, cuma no flat kereta yang patah teruk. Syukur juga kereta tidak remuk.. Peristiwa itu benar-benar membuat saya sedikit trauma setiap kali melihat ada anjing atau binatang-binatang lain di jalan. Kalau nampak binatang dalam jarak 1km lagi saya dah slow kan kereta.. hehe. Tipulah tu, dah lah rabun jauh mana nak nampak objek dalam jarak 1km di hadapan.. lalalala.


Pengajarannya, pandu cermat jiwa selamat. Biar lambat asal selamat. Ingatlah orang yang tersayang.. lalalala.

P/s: Semoga trauma ini akan segera pergi.. fuhhhhh!

09 July 2011

..Selamat Bertambah Umur Abah..

Bismillahirrahmanirrahim..




Semalam yang telah berlalu bersamaan dengan 8 Julai adalah hari lahir abah.. mulanya buat biasa aje macam tahun-tahun sebelumnya, tak pernah pun sambut. Tapi bila adik ajak buat suprise untuk abah, maka saya dan adik-adik yang lain terus setuju. Pastilah adik kedua jadi mangsa sebab ada duit gaji.. lalala.





Hampir saja plan itu tidak menjadi bila abah tiba-tiba pergi memancing dengan teman-teman. Tapi nasib baik abah balik awal.. maka mak yang tidak tahu menahu mengenai plan itu pun tersuprise sama.. hehe. Apa pun, saya dan adik-adik puas sebab dapat meraikan hari lahir abah tahun ini. Selamat hari lahir abah yang ke 46 tahun..:) - Tua sudahlah la abah.. hehe.















Tak rancang pun sebenarnya nak bergambar segala.. tapi abah sendiri yang mahu diambil gambarnya dengan kek, kami menurut saja.. hehe. Terima kasih buat adik-adikku atas kerjasama kamu semua. Bulan depan kita plan lagi untuk birthday mak pula.. mak tunggu ya:)


06 July 2011

..Saat Terakhir..

Bismillahirrahmanirrahim...

Lewat waktu ini agak sering memikirkan soal kematian.. entah macam manalah keadaan saat terakhir itu nanti. Sama ada dalam keadaan mudah dan baik atau sebaliknya. Semoga pada saat itu nanti semuanya dipermudahkan.. insyaAllah.



'Setiap yang benyawa akan merasakan mati..'
(Ali Imran : 185)


Namun yang pasti walau siapa pun kita, tidak akan dapat lari dari hakikat kematian.. Walau ke mana pun cuba nak lari atau bersembunyi ajal tetap akan datang menjemput apabila tiba masanya. Semoga ajal kita datang jemput dengan penuh kesopanan..


'Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi dan kukuh..'
( An-Nisa : 78 )


Mengingati kematian, saya teringat suatu kisah antara Sufian as-Sauri dengan seorang lelaki.

Pada suatu hari beliau sedang melakukan tawaf di Kaabah. Tiba-tiba beliau terlihat seorang lelaki yang berkelakuan agak pelik. Setiap kali orang itu mengangkat kaki dan meletakkan kaki dia nenbaca selawat kepada Rasulullah s.a.w.


Sufian as-Sauri menegur lelaki tersebut: 'Wahai saudara, engkau telah meninggalkan tasbih dan tahlil dan hanya berselawat sahaja. Adakah engkau mempunyai alasan tentang perbuatanmu itu?'

Lelaki itu menjawab: 'Siapakah engkau? Semoga Allah menyelamatkan engkau.'
'Aku adalah Sufian as-Sauri.'

Lelaki itu berkata lagi: 'Kalau kamu tidak termasuk dalam orang yang istimewa, nescaya aku tidak akan memberitahu keadaan dan rahsiaku ini. Ketika aku pergi mengerjakan haji bersama ayahku, tiba-tiba ayahku sakit di pertengahan jalan. Akupun membawanya pulang. Pada suatu malamketika aku menjaga di hujung kepala ayahku, lalu dia pun meninggal dunia. Aku amat terkejut bila mendapati mukanya berubah menjadi sangat hitam. Aku mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun dan segera menutup mukanya dengan kain.

Dalam kesedihan itu aku tertidur dan bermimpi seorang lelaki yang sangat elok parasnya, pakaian yang bersih serta harum baunya telah datang mendekati jenazah ayahku lalu membuka tutup mukanya.

Lelaki itu mengusap muka ayahku, secara tidak semena-mena muka ayahku berubah menjadi cerah kembali. Sebelum sempat lelaki itu pergi aku segera memegang bajunya dan bertanya: 'Siapakah engkau? Apakah yang menyebabkan ayahku dikurniakan Allah s.w.t dengan kedatanganmu ke tempat yang jauh ini?' Jawabnya: 'Adakah engkau tidak mengenaliku? Aku Muhammad bin Abdullah yang membawa Al-Quran. Adapun ayahmu ini seorang yang selalu melampaui batas, banyak dosa dan hanya menurut hawa nafsunya sahaja. Tetapi ia sangat suka membaca selawat kepadaku dan ketika ditimpa kesusahan ia meminta bantuan kepadaku dan aku segera membantunya. Aku suka membantu orang yang banyak selawat kepadaku.'

Kemudian aku tersedar dan segera membuka kain yang menutupi muka ayahku. Aku amat terkejut bila mendapati muka ayahku benar-benar kembali cerah.'


Mengingati kisah tersebut, saya insaf sendiri mengenangkan amalan selawat selama ini.. namun sama-samalah kita menyeimbangkan antara amalan selawat dan lain-lain agar seimbang semuanya. Semoga kita menjadi umatnya yang berguna.. insyaAllah. Sedangkan lagu-lagu boleh bermain di bibir, tentu berselawat juga boleh kan.. renung-renungkanlah.


26 June 2011

Solat Saya Tak Sah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup ni ada yang kedudukannya di atas dan ada juga yang di bawah, suatu kelaziman dan perkara adat apabila yang berada di bawah berasa segan atau tidak berani menegur yang lebih atasan sekalipun terdapat kesilapan dan kesalahan yang nyata.


Bila perkara macam ni berlaku dalam perkara agama, tersangatlah menyedihkan dan dikesali. Terutama dalam perkara solat. Antara makmum dan imam, sekalipun imam itu lebih atas kedudukannya berbanding makmum tidak ada salahnya kalau makmum menegur imam bila terdapat sebarang khilaf atau kealpaan berlaku. Supaya perkara ni lebih jelas lagi, saya datangkan kisah-kisah berikut sebagai pedoman dan iktibar.


~Kisah 1~

Ahli jemaah di masjid sebuah kampung sedang menunaikan Solat Isyak.. semasa berada dalam rakaat kedua, imam tiba-tiba berhenti solat dan keluar daripada jemaah. Rupanya wudhunya telah terbatal. Lantas para makmum juga turut berhenti solat tanpa ada yang bertindak mengganti imam yang terbatal wudhunya tadi. Masing-masing kemudiannya menunggu imam tadi untuk memimpin solat buat kali kedua.


~Kisah 2~

Di sebuah masjid kampung lain yang juga sedang menunaikan solat isyak berjemaah, apabila sampai pada rakaat ketiga imam lantas duduk tahiyat akhir dan memberi salam mengakhiri solat kerana difikirnya sudah sempurna 4 rakaat. Sementara para makmum yang turut ikut duduk tahiyat akhir, masing-masing tidak senang duduk dan serba salah samada ingin terus mengikut imam atau meneruskan sahaja rakaat yang keempat bersendirian. Namun akhirnya kesemua makmum menuruti imam menamatkan solat isyak pada rakaat ketiga. Setelah solat juga masing-masing berdiam diri sahaja dan tidak berani membincangkan perkara itu kerana bimbang ada yang terasa hati atau malu.



Berdasarkan kedua-dua kisah, malu masih menjadi punca permasalahan di samping kejahilan yang tidak cuba diatasi. Andai rasa malu atau rendah diri tiada, pasti solat pada kisah pertama tidak terbatal kesemuanya. Andai juga sifat saling menegur dan menyuarakan kesilapan itu ada pasti kisah kedua tidak berakhir sedemikian.


Semoga sifat-sifat ini dijauhi dari diri kita, lebih-lebih lagi dalam perkara sepenting solat ini. Solat itu tiang agama, bersamalah kita mendirikan tiang agama sekukuh yang mungkin.. wallahualam.


Renung-renungkanlah..

Ish.. Malunya!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis sesuatu yang boleh dijadikan santapan rohani. Kiranya kali ini nak bercerita suatu kisah yang boleh diambil iktibar dari sebaliknya, insyaAllah. Sekiranya ada kaitannya dengan sesiapa, anggap sahaja ianya suatu kebetulan. Asif jiddan..


Seperti hari-hari sebelumnya, Pak Salim datang ke rumahku menyiapkan kaki lima rumah. Namun petang itu, agak awal sedikit beliau pulang. Ah, sudah penat barangkali. Namun agak mengejutkan aku apabila mak bercerita perihal Pak Salim yang pulang awal itu. Rupanya ingin berehat sekejap di rumah. Kira-kira pukul 7 malam nanti dia akan bekerja di rumah Ah Seng pula, satu-satunya non-muslim di kampungku ini. Ku tanya pada mak apa kerjanya di rumah Ah Seng itu, kata mak dia disuruh menyiapkan ruang sembahyang di rumahnya Ah Seng. Sengaja Pak Salim bekerja pada pukul 7 malam kerana tidak mahu ketahuan dengan orang-orang kampung.. malu! Lagi pula takut dikata apa pula nanti kerana menolong membangunkan tempat ibadat itu. Aku tanyakan lagi pada mak kenapa Pak Salim menerima tawaran bekerja itu.. katanya mak, “kerana duit”..


Rasanya tidak perlu saya ulas dengan panjang lebar kisah di atas kan.. sewajarnya sebagai muslim kita maklum rezaki yang halal itu bagaimana. Tidak ada salahnya membantu selain muslim, malahan tolong-menolong itu sangat digalakkan dalam Islam. Namun yang sepatutnya diperhatikan adalah bentuk bantuan yang dihulurkan itu. Umpama ingin anak berjaya dalam pelajaran tapi anak orang lain yang dihantar ke sekolah. Rezeki ada di mana-mana, bersabarlah untuk memilikinya.


Malu itu biarlah bertempat.. malu pada insan tapi masih ada Yang Maha Melihat kan. Semoga kita semua dijauhi dari memiliki sifat malu yang tidak bertempat ini. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya itu zalim namanya.


Renung-renungkanlah...

14 June 2011

..Kebun Kasih Sayang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Jiwang betullah tajuk entri tu kan.. hehe. Sempena boring-boring duduk di rumah, sempatlah juga tangkap gambar pokok-pokok di kebun mak.. tu lah yang dinamakan kebun kasih sayang. Mak dan abah tanam, sementara saya dan adik-adik merasa hasilnya.. lalala. Jom terjah..




Tak lama lagi buah itu pasti mak buat kerepek pisang..




Pokok sayur manis.. setengah jam sebelum makan, petik je..




Ubi kayu.. pelanggan utama pastilah sang monyet.




Ini pula pokok limau kasturi.. selalu buat cicah ikan goreng.




Pokok Mengkudu..



Serai..



Daun kunyit



Pokok lada.. tengah-tengah makan pun kadang sempat lagi petik.



Yang ini kalau kat kampung dipanggil sayur ubi.. lupalah nama standardnya, hehe.






Pokok mangga



Pokok durian.. baby lagi.



Pokok limau nipis.. saya selalu guna untuk ganti syampu.


Entah apa-apa entri kali ini kan, tapi apa salahnya berkongsi sesuatu yang berharga dari salah satu sudut kawasan rumah saya kan.. hehe. Berbudi pada tanah itulah hasilnya.. sangat sedap! Ini hanya sebahagian saja sebenarnya dari yang ada..

07 June 2011

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit..

Bismillahirrahmanirrahim..

Adik.. malam itu abangmu mesej kakak minta datang ambilnya selepas balik dari kerja. Kakak nak pergi tapi mak yang selalu teman kakak drive tak nak teman kakak malam itu. Adik dapat tahu dan tawarkan diri nak teman kakak.. adik kata boring, nak isi masa berjalan-jalan.


Adik bersiap-siap.. sebelum keluar, adik pesan kat kakak suruh tunggu adik balik dari masjid, jangan pergi dulu sebelum adik balik. Pukul 8.20pm kakak dah siap-siap nak pergi tapi adik tak balik lagi.. kakak ingat adik tunggu kakak dekat bustop. Tak lama selepas tu adik balik.. kakak tunggu adik makan dulu lepas tu baru kita pergi ambil abangmu.


Sepanjang perjalanan pergi semuanya baik-baik saja.. adik tanya pendapat kakak tentang aliran yang adik ambil sekarang dan kita berbual tentang masa depan. Adik ceritakan impian adik.. kakak suka dengar, nampak adik percayakan kakak untuk dengar semua tu. Kakak tau, adik tak cerita pasal tu kat adik beradik yang lain kan..


Dalam perjalanan balik, kita singgah beli barang.. kebetulan hujan masa tu. Sewaktu nak bertolak balik, adik minta dengan kakak untuk bawa kereta. Berkali-kali adik minta nak tukar ke tempat duduk driver tapi kakak tak nak.. kakak kata nantilah dah jauh sikit dari pekan baru tukar tempat. Adik akur tapi kakak tau adik tak seronok.. adik pendam rasa.


Kakak memang dah niat nak bagi kat adik tapi entah kenapa hati kakak berat nak bagi. Kakak ingat pesan abah dan mak supaya jangan biar adik bawa kereta. Maafkan kakak dik.. di pertengahan jalan entah macam mana adik persoalkan tentang janji kakak nak bagi drive lepas dah jauh sikit dari pekan. Kakak serba salah.. adik mula marah-marah kata kakak tak tepati janji. Adik kata kalau tak nak bagi tak payah berjanji dan bagi harapan. Maafkan kakak dik..


Tiba-tiba saja kakak pun naik marah dengan adik sebab tak faham kakak.. kakak lepas geram bawa laju-laju. Kakak tau adik-adik kakak sedikit takut.. kakak berhenti kat tepi jalan dan bagi adik bawa. Adik tak nak, adik berkeras tak nak keluar dari tempat duduk. Mujur abangmu ada selamatkan keadaan dan bawa kita balik ke rumah dengan selamat..


Sampai saja di rumah adik terus naik dan tidur.. Kakak tau adik marah dan terasa hati dengan kakak. Bila kakak naik ke bilik, kakak tengok adik dah tidur lena. Tersentuh hati kakak tengok adik.. Kakak nak nangis bila teringat semula pergaduhan kecil kita. Kakak menyesal tinggikan suara dekat adik.. maafkan kakak. Kakak sayang sangat kat adik..


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kita pula adik beradik. Kita ibarat air, biar dicincang tak akan putus. Maafkan kakak dik.. kakak sayang sangat kat adik.

06 June 2011

..Kutip-kutip Siput..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ahad yang lalu saya ke pantai lagi.. agaknya saya dan pantai memang tak boleh pisah kot, hehe. Kebetulan adik-adik sedang bercuti sekolah maka abah dan mak punya agenda tersendiri. Abah dan adik bersama seorang jiran seawal pukul 8 lebih pagi sudah bertolak untuk memancing.. sementara saya, mak dan adik bongsu pula menyiapkan bekal dan mengemas rumah terlebih dahulu. Kira-kira pukul 1 petang barulah kami tiba di tempat mereka memancing kemudian terus ke Tg. Purun (destinasi cari tuntul).


Tuntul?? Apakah bendanya itu.. hehe. Dalam bahasa tempatan dipanggil tuntul tapi bahasa standardnya siput sedut kot.. banyak juga hasil yang kami dapat, nak makan kenduri pun boleh.. hehe. Jom lihat hasilnya..




Tengok tu.. semangat sungguh mr. abah kutip tuntul..





Inilah tuntul..



Kasut yang berjasa.. comelkan beliau, hehe.



Ini sebahagian lagi tuntul..





Cantikkan mentari itu..



Si tuntul sedang malu.. hehe






Ini entah apa namanya..









Baby ketam yang jalan senget.. hehe



Macam robot.. lalala















Proses mencuci tuntul..












Adikku yang bongsu..









Yang dalam besen itu untuk makan malam kami.. hehe


Kalau nak tau, mencari tuntul memang aktiviti kami sekeluarga apabila tiba musim cuti atau hujung minggu.. seronok sebenarnya walaupun mak mengadu sakit-sakit peha dan terpaksa berjemur di bawah terik mentari. Hasilnya, hanya sedikit sahaja yang dimakan manakala bakinya dijual dan beri pada saudara mara.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...