Sekadar perkongsian buat sahabi wa sahabiah yang mungkin kurang tahu atau tahu tapi tidak memahami. Saya sekadar berkongsi sesuatu yang telah saya pelajari yang saya rasakan menjadi tanggungjawab untuk saling menyampaikan.
Maksud Hadis Nabi SAW:
Diriwayatkan dari Abu Mas'ud al-Ansari, Nabi SAW telah melarang mengambil harga jualan anjing, bayaran pelacuran dan upah perdukunan. ( Muttafaq Alaih )
Hadis di atas adalah diambil darikitab Buyu' ( jual beli )dan daribab Syarat dan Larangan Dalam Jual Beli.Darjat Hadis ini sahih kerana rawinya ialah Bukhari dan Muslim.
Hadis ini antara lain menjelaskan tentang tegahan nabi dalam 3 perkara iaitu yang pertamajual beli anjing.Namun sekiranya anjing itu adalah anjing buruan, adalah diharuskan dan dihalalkan.
Tegahan kedua adalah mengenai upah pelacuran.Perkara ini jelas dilarang kerana pekerjaan zina itu sendiri jelas haram hukumnya dalam Islam. Maka duit hasil perzinaan itu adalah haram hukumnya.
Tegahan yang ketiga pula adalah mengambilupah perdukunan. Perkara ini haram kerana jelas-jelas perbuatan tersebut mensyirikkan Allah SWT.
Rasa nak gelak je bila teringat-ingat apa yang dipelajari kat kelas hari ni..hehe. Gelak sampai tak dapat nak tulis nota. Tergoyang-goyang je bahu ni menahan gelak. Tergoyang-goyang?? Sah dah salah tatabahasa ni..hehe. Tak kisahlah..
~ Situasi Pertama ~
' Awak dengar je apa saya cakap, tak payah salin. '
' Mana boleh ustaz....'
' Kalau awak dengar berita, awak salin tak apa pemberita cakap? Awak bayangkanlah saya tengah baca berita, dengar je tak payah salin.. '
~ Situasi Kedua ~
' Sekarang ni banyak pertandingan memancing kan..tak kurang juga ada yang memancing sekadar melepaskan hajat je. Bila dah dapat ikan kemudian dilepaskan kembali.. kasihan sungguh kat ikan-ikan. Habis bengkak-bengkak bibir, pipi dan mulut diorang.. '
~ Situasi Ketiga ~
' Kalau kamu nak pilih ketua, pilih yang sempurna dan tak cacat. Tak boleh la pilih ketua yang lubang hidung ada tiga, tak pun yang patah hidung ke.. yang muka buruk pun tak boleh juga. '
' Kenapa ustaz? '
' Sebab nanti akan jadi bahan ejekan dan merendahkan martabat ketua tu. Tapi kalau kecacatan dia tak menghalang untuk jadi ketua tak mengapalah ataupun kecacatan tu berlaku selepas dia dah menjadi ketua.. '
Hehe.. memang best je belajar sambil gelak sikit-sikit. Tapi rasanya saya over gelak juga..hehe. Sampaikan roomate yang sporting pun tegur..' apa yang gelak sorang-sorang tu? ' Tapidalam lawak-lawak macam tu sebenarnya besar mesej yang cuba disampaikan. Dalam situasi pertama tu sebenarnya ustaz nak suruh kita bagi tumpuan dengan apa yang cuba disampaikan. Jadi lepas ni masuk je kuliah kenalah buat macam kita tengah dengar berita..hehe.
Situasi kedua pula mengajar kita memahami dan menghormati makhluk lain.. Kot ye pun nak memancing, biarlah untuk tujuan dimasak dan kemudian dimakan kan..hehe.
Situasi ketiga pula adalah mengenai pemilihan ketua. Rupa dan kesempurnaan agak penting juga demi menjaga maruah dan melindungi keaiban seorang yang bergelar pemimpin..
p/s : Ayat dan cara penyampaian setiap situasi mengalami proses edit sikit-sikit demi menjaga kemaslahatan umum, hehe.
Agak lama juga pencarian dan penantian saya selama ni.... Tak sangka akhirnya saya temui apa yang dicari-cari.. Bagai nak dikhabarkan kepada satu dunia..hehe.
Kebetulanje masa jalan-jalan cuci mata kat karnival usahawan tadi tersinggah sekejap kat gerai buku.. eh, tersinggah?? Ada ke ayat macam tu? hehe.. tak kisah la. Selepas khatam baca buku' Aku Terima Nikahnya 'saya pun mula atur strategi nak cari sambungannya.. Tu yang nak kongsi ni yang saya dah jumpa buku tu.. hehe.
Tapi tadi ada satu je tinggal tau.. saya pun dengan begitu excitednye tempah kat akak tu. Bukan calang-calang tempah, sampai tiga sekali..hehe. Satu nak buat simpanan peribadi, dua lagi nak bagi kat my roomate dan...ehm,hehe. Tapi rasa kasihan juga kat diri ni, setelah sekian lama buku tu keluar kat pasaran baru sekarang saya berpeluang nak memilikinya..Tapi walau apa-apa pun, yang penting saya dah dapat 'Bercinta Sampai Ke Syurga'..
Kepada sesiapa yang tak pernah lagi baca buku ni, jom kita baca ramai-ramai. Best sangat-sangat tau.. hehe.
Tak tahu rasanya macam mana nak describe perasaan rindu ni.. huhuhu. Tapi kat siapa ye.. hehe. Jeng-jeng.. Rindu sangat-sangat kat para buah hati kat kampung tu.. Aik?? Bunyi lain macam je tulang rusuk yang bengkok ni kan.. haha.
Selalu je perasaan handsome.. haa, akhirnya dapat view muka dia kat blog ni.. hehe. Lepas ni akak tak tahu kalau saham adik makin naik.. haha. Tak dapat den nak menolong..
Ni lagi seorang yang juga boleh dikatakan amat kuat perasaan.. hehe. Minta maaf ye adik-adikku sebab upload gambar tak minta izin dulu.. hehe. Tak pasal-pasal gambar seksi korang keluar kat sini kan.. Jealous sebenarnya tengok diorang tengah berkubang tapi apakan daya diriku tak mampu nak buat macam tu.. huhu.
Buatiyangjangan kecil hati.. your pic next time la ye..:) Makdanabahmiss you all so much.. Tak lupa juga nak bagi credit untuksomeone specialyang hampir berkecil hati sebab tak disebut dalam entry sebelum ini.. haha.
Kalau tanya kat setiap wanita apa yang mereka inginkan, jawapannya mesti sama .. masing-masing nak suami soleh. Tapi sedarkah kita hakikat yang sebenarnya?? Kat sini saya nak kongsi sikit tentang perkara ni..
Apakah doa kamu?"
"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"
Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukansuami soleh.Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.
Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.
"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh,tetapi selepas dapat lelaki solehyang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.
Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!
Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara programlelaki soleh.Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.
Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.
Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??
Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah- mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukansuami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.
Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?
Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri- isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.
Begitulah sebagaimana fitrah yang harus kita cuba nak ubah, renung-renungkan dan selamat beramal ( ala-ala prof izi sikit ) hehe..