18 January 2010

Suatu Kisah

Bismillahirrahmanirrahim....

Rasa nak gelak je bila teringat-ingat apa yang dipelajari kat kelas hari ni..hehe.
Gelak sampai tak dapat nak tulis nota. Tergoyang-goyang je bahu ni menahan gelak.
Tergoyang-goyang?? Sah dah salah tatabahasa ni..hehe. Tak kisahlah..


~ Situasi Pertama ~

' Awak dengar je apa saya cakap, tak payah salin. '

' Mana boleh ustaz....'

' Kalau awak dengar berita, awak salin tak apa pemberita cakap? Awak bayangkanlah saya tengah baca berita, dengar je tak payah salin.. '


~
Situasi Kedua ~

' Sekarang ni banyak pertandingan memancing kan..tak kurang juga ada yang memancing sekadar melepaskan hajat je. Bila dah dapat ikan kemudian dilepaskan kembali..
kasihan sungguh kat ikan-ikan. Habis bengkak-bengkak bibir, pipi dan mulut diorang.. '

~
Situasi Ketiga ~

' Kalau kamu nak pilih ketua, pilih yang sempurna dan tak cacat. Tak boleh la pilih ketua yang lubang hidung ada tiga, tak pun yang patah hidung ke.. yang muka buruk pun tak boleh juga. '

' Kenapa ustaz? '

' Sebab nanti akan jadi bahan ejekan dan merendahkan martabat ketua tu. Tapi kalau kecacatan dia tak menghalang untuk jadi ketua tak mengapalah ataupun kecacatan tu berlaku selepas dia dah menjadi ketua.. '

Hehe.. memang best je belajar sambil gelak sikit-sikit. Tapi rasanya saya over gelak juga..hehe.
Sampaikan roomate yang sporting pun tegur.. ' apa yang gelak sorang-sorang tu? '
Tapi dalam lawak-lawak macam tu sebenarnya besar mesej yang cuba disampaikan.
Dalam situasi pertama tu sebenarnya ustaz nak suruh kita bagi tumpuan dengan apa yang cuba disampaikan. Jadi lepas ni masuk je kuliah kenalah buat macam kita tengah dengar berita..hehe.

Situasi kedua pula mengajar kita memahami dan menghormati makhluk lain..
Kot ye pun nak memancing, biarlah untuk tujuan dimasak dan kemudian dimakan kan..hehe.

Situasi ketiga pula adalah mengenai pemilihan ketua. Rupa dan kesempurnaan agak penting juga demi menjaga maruah dan melindungi keaiban seorang yang bergelar pemimpin..

p/s : Ayat dan cara penyampaian setiap situasi mengalami proses edit sikit-sikit demi menjaga kemaslahatan umum, hehe.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...