20 January 2010

Jual Beli

Bismillahirrahminarrahim....

Sekadar perkongsian buat sahabi wa sahabiah yang mungkin kurang tahu atau tahu tapi tidak memahami. Saya sekadar berkongsi sesuatu yang telah saya pelajari yang saya rasakan menjadi tanggungjawab untuk saling menyampaikan.

Maksud Hadis Nabi SAW:

Diriwayatkan dari Abu Mas'ud al-Ansari, Nabi SAW telah melarang mengambil harga
jualan anjing, bayaran pelacuran dan upah perdukunan.
( Muttafaq Alaih )

Hadis di atas adalah diambil dari kitab Buyu' ( jual beli ) dan dari bab Syarat dan Larangan Dalam Jual Beli. Darjat Hadis ini sahih kerana rawinya ialah Bukhari dan Muslim.

Hadis ini antara lain menjelaskan tentang tegahan nabi dalam 3 perkara iaitu yang pertama jual beli anjing. Namun sekiranya anjing itu adalah anjing buruan, adalah diharuskan dan dihalalkan.

Tegahan kedua adalah mengenai upah pelacuran. Perkara ini jelas dilarang kerana pekerjaan zina itu sendiri jelas haram hukumnya dalam Islam. Maka duit hasil perzinaan itu adalah haram hukumnya.

Tegahan yang ketiga pula adalah mengambil upah perdukunan. Perkara ini haram kerana jelas-jelas perbuatan tersebut mensyirikkan Allah SWT.

Wallahualam,
Innallaha ma'ana...




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...