Bismillahirrahmanirrahim....
Agak lama juga pencarian dan penantian saya selama ni....
Tak sangka akhirnya saya temui apa yang dicari-cari..
Bagai nak dikhabarkan kepada satu dunia..hehe.
Kebetulan je masa jalan-jalan cuci mata kat karnival usahawan tadi tersinggah sekejap kat gerai buku.. eh, tersinggah?? Ada ke ayat macam tu? hehe.. tak kisah la.
Selepas khatam baca buku ' Aku Terima Nikahnya ' saya pun mula atur strategi nak cari sambungannya..
Tu yang nak kongsi ni yang saya dah jumpa buku tu.. hehe. Tapi tadi ada satu je tinggal tau.. saya pun dengan begitu excitednye tempah kat akak tu.
Bukan calang-calang tempah, sampai tiga sekali..hehe.
Satu nak buat simpanan peribadi, dua lagi nak bagi kat my roomate dan...ehm,hehe.
Tapi rasa kasihan juga kat diri ni, setelah sekian lama buku tu keluar kat pasaran baru sekarang saya berpeluang nak memilikinya.. Tapi walau apa-apa pun, yang penting saya dah dapat 'Bercinta Sampai Ke Syurga'..


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.