24 July 2012

Bahan Bantu Dakwah


Bismillahirrahmanirrahim…


Siapa sangka nak berdakwah pun kena ada bahan bantu. Asalkan kena cara, apa-apa benda maujud pun boleh jadi bahan bantu. Mulanya saya tak sangka koleksi suka-suka yang comel ni berguna sebagai medan dakwah. Namun Alhamdulillah bila dah guna ianya sangat membantu.. bukan saja comel, menarik tapi sealiran dengan fesyen.. hehe.




 Betulkan comel.. hehe





 Saya kumpul mereka dalam bekas yang comel juga..





 Mudah dibawa ke mana-mana..


 
Setiap kali keluar rumah memang saya akan kenakan pin-pin ni.. ikut kesesuaian warna baju dan tudung. Selalu juga ditegur teman-teman bila nampak saya dan pin bunga-bunga serta reben ni. Ramai yang tanya mana saya beli.. 



Bila ke sekolah pula, si kecil di prasekolah sangat suka bila lihat saya bertukar bunga dan pin setiap hari.. seorang-seorang datang tengok dekat-dekat dan pegang. Sampailah satu hari seorang dari murid saya pun dah pakai pin bunga macam ni juga.. secara tak langsung saya dah mengajaknya untuk bertudung. Betul-betul dia ikut macam saya buat, pin kat bahu. Mak si kecil ni cerita yang anaknya dah tak mau pakai tudung saiz budak-budak tu sebab kecil.. dia nak juga pakai yang besar. Katanya nak macam ustazah, pakai tudung lubuh.. hehe. Pernah si kecil itu datang dekat pada saya dan tanya, 'ustazah, ni tudung lubuh kah..'. Sambil menahan geli hati dengar sebutan lubuhnya saya cuma iyakan saja sambil betulkan sebutannya.



Subhanallah.. si kecil saja sudah mengerti tentang tudung lubuh dan fesyen. Apatah lagi kita si dewasa yang mampu membaca isi al-Quran dan maksudnya kan.. pasti tahu dan maklum tentang hukum mengenainya. Secara tak langsung saya juga muhasabah diri..



Syukur ya Rabb kerana hikmah yang telah disediakan di sebalik semua ini.. Alhamdulillah. 


p/s: Berfesyen tak salah asalkan bertepatan dengan syariat. Comel di mata, comel pada agama:)






1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...