Bismillahirrahmanirrahim…
Masa zaman sekolah dulu sangat suka bila tiba hari kepulangan
asrama..seminggu sebelum tu lagi mula tanya kawan-kawan balik ke tak, balik
rumah atau ikut kawan. Lepas tu bila kawan yang satu kata nak balik rumah kawan
satu, diri sendiri yang tak tau malu pun sengih-sengih nak ikut sama.. siap
ajak kawan lain lagi dan lebih teruk boleh pula pakat kawan yang balik rumah
supaya balik rumah kawan. Konon-konon nak keluar ramai-ramai ke bandar hujung
minggu ni.. tu kalau jujur. Kalau ayat nak pancing, konon nak study group
ramai-ramai.. hehe, bijak kan.
Oleh kerana pengalaman-pengalaman itu,saya berpeluang lihat suasana dan
keadaan setiap rumah yang saya pergi. Saya dapat kesimpulan, seorang ibu yang
bekerjaya dan ada anak kecil keadaan rumahnya agak kurang kemas sedikit
berbanding rumah seorang suri rumah dan anak-anak yang sudah besar semuanya.
Tapi akhirnya pandangan saya berubah bila saya mengenali keluarga angkat masa
belajar kat IPT dulu.
Hampir setahun mengenali mereka baru saya tahu mak seorang guru..
betul-betul ingat mak suri rumah sebelum ni. Melihat keadaan rumah yang kemas,
tersusun dan terjaga sangat membuatkan saya kagum. Melihat rutin mereka
sekeluarga di samping kerjaya masing-masing buatkan saya jadikan mak idola
sebagai ibu dan isteri bekerjaya. Dalam hati beria-ia nak contohi mak..
Kini melangkah ke alam kerjaya saya sering berlawan dengan perasaan. Balik
dari sekolah saja bantal sudah menunggu. Kadang qailulah diutamakan dari solat
zuhur. Kadang pula usai solat zuhur hati meronta-ronta mahu membaca kalamullah
tapi sering tewas dengan kehendak zahir yang merindui bantal.. wawawa. Siapa
kata mudah bergelar wanita bekerjaya.. saya terpaksa berperang dan bersilat
bagai dalam mengutamakan kehendak diri dan tanggungjawab. Risau juga hadapi
fenomena ni.. esok-esok dah jadi isteri dan ibu entah bagaimana pula. Sampai
kadang terfikir nak buat jadual la untuk rutin harian.. hehe.

Andai esok saya sudah tiada tertanya-tanya juga apa yang telah saya
tinggalkan untuk orang-orang tersayang. Tak tau mampukah saya dikenang sebagai
anak yang baik dan berguna kepada keluarga, kakak yang baik kepada adik-adik,
teman yang baik kepada kawan-kawan, guru yang baik kepada anak-anak yang masih
suci fikiran itu, isteri dan ibu yang baik (kalau sempat bergelar isteri dan
ibu)..apatah lagi hambaNya yang baik dan solehah.. wallahualam. Saya takut
tidak dikenang dalam banyak-banyak itu.
Semoga pengalaman hidup yang telah, sedang dan bakal saya tempuhi
menjadi 'ibrah terbaik buat diri ini.
~Cebisan-cebisan penuh sentimental~