30 May 2012

Jelajah Kundasang-Ranau


 Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah lebih sebulan kami terjah ke kundasang dan ranau ni tapi baru dapat masukkan dalam entri ni.. syukurlah, ada kenangan bersama teman-teman yang dapat dinukilkan..ceh, ayat layu je cik hana ni. Walaupun dah pergi beberapa kali beberapa tempat ni, perasaan macam baru pertama kali pergi. Seronok yang tak tergambar dengan kata-kata dapat berjalan dengan kawan-kawan.. InsyaAllah nak pergi dengan family pula nanti.








 Kami ex UniSZA- Ladang lembu dairy farm kundasang










 
posing depan motel pagi-pagi yang buta



Ladang Teh Ranau














 Ikan kelah di Tagal Luanti


 seronok + takut kaki digigit ikan..:)


 Kaki gunung kinabalu..




laluan ke lutut gunung..












 Rumah terbalik di Tamparuli


 Kereta pun terbalik juga







 Fuh.. serius kami seronok dan penat. Tapi dalam hati masing-masing nak jalan lagi.. hehe. Ciptaan tuhan tak terkata indahnya, jelas nyata bila selalu melihat keindahannya. Tak tau nak cakap apa la kalau dah selalu tengok keindahan macam ni tapi masih tak mensyukuri nikmat Allah. Wallahualam..



29 May 2012

Cerpen 3 Perenggan

Bismillahirrahmanirrahim...


Interaksi hari  ketiga semalam ada subjek Bahasa Melayu Komunikasi dan dapat pula tugasan buat laras-laras bahasa. Salah satunya laras bahasa kreatif macam pantun, seloka, puisi, syair dan cerpen.. sebab dah ramai yang buat pantun, saya pun memilih untuk menulis cerpen. 3 perenggan aje pun yang cikgu nak.. hehe. Tapi tepu juga nak cukupkan 3 perenggan tu.


Konon-konon letaklah tajuk 'Kisah Suatu Malam'..

          Malam sudah semakin larut namun mataku masih belum mahu lelap. Ku pusing kiri dan pusing kanan namun mata masih juga mahu berjaga. Lalu aku mengambil keputusan untuk melihat bintang-bintang di langit. Aku bingkas bangun menuju ke tingkap.


          Mataku tertancap pada satu kerlipan di langit. Agak luarbiasa kelihatannya. Ku gosok mata berulang kali namun ternyata aku tidak bermimpi. Tidak cukup dengan itu, ku cubit pipi kanan pula. Ish.. sakit! Nyata benarlah apa yang ku lihat itu.


           Perlukah aku kejutkan adik untuk sama-sama melihat kerlipan itu? Ah.. pasti adik tidak percaya padaku. Aku belum puas lagi melihat kerlipan itu namun tiba-tiba...." kakak, bangunlah.. dah masuk waktu subuh". Rupa-rupanya aku cuma bermimpi..




Tak sempat pun nak baca cerpen ni di hadapan cikgu tapi tak mengapa.. sekurang-kurangnya saya telah berjaya menghasilkannya walaupun 3 perenggan je.. hehe. Sudah lama tidak mengarang, begitulah jadinya.. apa-apa pun syukran buat cikgu. Saya banyak belajar sesuatu yang baru:)
 

28 May 2012

Entri Yang Terlewat


Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ini mungkin sedikit lewat tapi tak mengapa.. bukan kena bayar denda atau satu kesalahan pun.. lalala. Tahun pertama menjadi guru dan dirai dalam hari guru sangat mengujakan. Yup.. tak sangka boleh dapat banyak hadiah. Dalam hati fikir pasti tak dapat hadiah sebab baru lagi jadi guru, murid-murid pun tak rapat sangat lagi. Tapi nyata sangkaan sangat jauh tersasar dari landasan. 


Ternyata menjadi guru sangat seronok walaupun perasaan kadangnya tertekan.. baru faham rasanya macam mana perasaan cikgu-cikgu dulu. Harapnya masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia..:)


Sempena sambutan hari guru peringkat sekolah hari tu agak banyak juga dapat hadiah walaupun baru beberapa bulan jadi guru.. syukran anak-anak didikku.





 Sangat comel hadiah ni.. mug angry bird dan cawan mini. Tau-tau aje ustazah diorang ni berjiwa kanak-kanak ribena..lalala


 Sebagai seorang wanita.. haruslah dapat bunga, hehe. seronok dapat mug lagi.. kena selalu minum la macam ni.



 Ini hadiah sempena bertukar-tukar hadiah guru-AKS..sangat sesuai hadiah ni dengan saya, hehe. Dapat hadiah ni dari PT.




 Kad-kad yang saya dapat.. suka sangat!


 Budak Yusry ni memang banyak bagi hadiah.. syukran dik.



Ni lah semua koleksi hadiah hari guru 2012 yang saya dapat..




Hadiah-hadiah yang saya perolehi mungkin hanya sedikit jika dibandingkan dengan guru-guru lain namun bukan itu yang menjadi soalnya.. walaupun baru beberapa bulan menjadi pendidik namun anak-anak murid sangat menghargai kehadiran saya di sisi mereka.. alhamdulillah.


Ada juga yang beri hadiah  dan kad ni bukan murid yang saya ajar tapi tetap menghargai kehadiran saya sebagai seorang guru.. syukran semuanya. Semoga kalian menjadi anak-anak murid yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat..Aminnnn.

Akhir kalam saya, selamat hari guru buat semua yang pernah mendidik saya termasuk mak dan abah.. teman-teman yang banyak memberi tunjuk ajar juga adalah guru saya. Apatah lagi guru-guru serta pensyarah-pensyarah saya selama ini. Semoga mendapat rahmat Illahi dan beroleh keberkatan dari-Nya.. aminnnn.





26 May 2012

Travel Is a Friend

Bismillahirrahmanirrahim...


Sungguh lama rasanya tidak buat entri seperti ini dan kali ni saya kembali dengan kisah berjalan-jalan yang penuh suka tanpa sebarang duka.. ceh! Kali ni saya bersama rombongan kanak-kanak ribena telah melawat ke Taman Pertanian Sabah di Tenom.. rugi woo siapa yang belum pergi atau tak teringin nak pergi.. hehe. Ini dah kali kedua saya ke sini. Tak nak bebel panjang..jom cuci mata.




Perjalanan pergi kami menaiki keretapi dari Beaufort - Tenom



Rombongan kanak-kanak ribena di dalam train



View yang indah sepanjang perjalanan ke tenom.. sungguh tak puas menikmati!



Ini ialah Sungai Padas yang terkenal dengan aktiviti rafting para pelancong (ayat promo).. insyaAllah nak try juga nanti. Siapa yang tak tau tentang sungai ni & aktiviti ni sila google sekarang..lalala.




kanak-kanak ribena yang tidak pernah bosan bergambar.. hehe


sampai di TPS, kami naik trem untuk jimat tenaga dan masa..sila abaikan pemandu trem di atas.





Buah pelik yang tidak dikenali ramai..


Di taman Orkid kacukan

 


 










Sangat suka gambar ni..like!

















Kami jumpa dinosour.. lalala





Cikgu syam sedang tilik nasib dinosour..hehe




Cili purple..1st time jumpa ni.


Ini teratai giant..kononnya asal dari amazon & kena ada lesen untuk memiliki teratai ni. Memang besar pun saiznya.. kalau baby diletak atas tu kemudian dihanyutkan ke sungai pun boleh. Terbayang pula kisah Nabi Musa a.s dengan Firaun..



Kat TPS ni bukan sekadar taman tapi boleh juga nak camping.. hostel pun ada disediakan. Sesiapa yang sangat mencintai alam sekitar sangatlah sesuai ke mari. Sekian entri promosi dari saya:)

p/s: Indahnya alam ciptaan tuhan..masyaAllah.. Subhanallah.

25 May 2012

Si Bulat Yang Rangup + Sedap


 Bismillahirrahmanirrahim...


Ada resepi yang ingin saya kongsikan kali ni.. setiap kali pergi kundasang mesti tak lupa beli kerepek ni. Sekarang dah boleh buat sendiri tak payahlah nak pergi jauh-jauh kat kundasang sana.. resepinya pun mudah saja. pejam celik boleh terus siap tapi saya tipu..lalalala.

Masa duduk Terengganu hari tu pernah juga beli kerepek ni versi mentah tapi yang tu tebal sikit. Kira yang saya buat ni ala-ala yang tu juga la sebab saiznya yang bulat. Kalau yang selalu saya beli kat kundasang tu saiznya 4 segi & besar sikit.

Tapi yang pasti biar apa pun saiznya dan di mana pun saya beli, persamaannya tetap sama iaitu SEDAP!

Agaknya apalah kerepek si hana merepek ni kan.. kita tengok je lah gambar-gambar ni supaya lebih jelas..hehe.


Ni dia rupa kerepek yang selalu saya beli kat kundasang tu..



Minta gambar dari google..:)


Ni pula proses pembuatan versi Hana Farhana:)

 
Bahan utama iaitu si ubi kayu.. saja tunjuk yang dah tak ada kulit.


 si ubi kayu tadi telah diparut sehingga menjadi sebegini rupa..



 sediakan daun pisang sebagai acuannya..ikutlah nak buat bentuk apa pun. kemudian sapu dengan sedikit minyak masak supaya tak melekat.




ubi yang telah diparut tadi setelah digaul dengan sedikit garam, soda bikarbonat, dilenyek sehingga nipis di atas acuannya si daun pisang yang bulat.



Kemudian dijemur di bawah sang mentari dan daun pisang dibuka..beginilah rupa parasnya setelah kering dan siap untuk digoreng.



setelah digoreng..rupa mungkin tidak begitu menawan namun rasanya tetap mengancam.. hehe.



 Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.. sekian resepi mudah dari Hana Farhana:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...