Bismillahirrahmanirrahim...
Interaksi hari ketiga semalam ada subjek Bahasa Melayu Komunikasi dan dapat pula tugasan buat laras-laras bahasa. Salah satunya laras bahasa kreatif macam pantun, seloka, puisi, syair dan cerpen.. sebab dah ramai yang buat pantun, saya pun memilih untuk menulis cerpen. 3 perenggan aje pun yang cikgu nak.. hehe. Tapi tepu juga nak cukupkan 3 perenggan tu.
Konon-konon letaklah tajuk 'Kisah Suatu Malam'..
Malam sudah semakin larut namun mataku masih belum mahu lelap. Ku pusing kiri dan pusing kanan namun mata masih juga mahu berjaga. Lalu aku mengambil keputusan untuk melihat bintang-bintang di langit. Aku bingkas bangun menuju ke tingkap.
Mataku tertancap pada satu kerlipan di langit. Agak luarbiasa kelihatannya. Ku gosok mata berulang kali namun ternyata aku tidak bermimpi. Tidak cukup dengan itu, ku cubit pipi kanan pula. Ish.. sakit! Nyata benarlah apa yang ku lihat itu.
Perlukah aku kejutkan adik untuk sama-sama melihat kerlipan itu? Ah.. pasti adik tidak percaya padaku. Aku belum puas lagi melihat kerlipan itu namun tiba-tiba...." kakak, bangunlah.. dah masuk waktu subuh". Rupa-rupanya aku cuma bermimpi..
Tak sempat pun nak baca cerpen ni di hadapan cikgu tapi tak mengapa.. sekurang-kurangnya saya telah berjaya menghasilkannya walaupun 3 perenggan je.. hehe. Sudah lama tidak mengarang, begitulah jadinya.. apa-apa pun syukran buat cikgu. Saya banyak belajar sesuatu yang baru:)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.