Bismillahirrahmanirrahim...
Entri ini mungkin sedikit lewat tapi tak mengapa.. bukan kena bayar denda atau satu kesalahan pun.. lalala. Tahun pertama menjadi guru dan dirai dalam hari guru sangat mengujakan. Yup.. tak sangka boleh dapat banyak hadiah. Dalam hati fikir pasti tak dapat hadiah sebab baru lagi jadi guru, murid-murid pun tak rapat sangat lagi. Tapi nyata sangkaan sangat jauh tersasar dari landasan.
Ternyata menjadi guru sangat seronok walaupun perasaan kadangnya tertekan.. baru faham rasanya macam mana perasaan cikgu-cikgu dulu. Harapnya masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia..:)
Sangat comel hadiah ni.. mug angry bird dan cawan mini. Tau-tau aje ustazah diorang ni berjiwa kanak-kanak ribena..lalala
Sebagai seorang wanita.. haruslah dapat bunga, hehe. seronok dapat mug lagi.. kena selalu minum la macam ni.
Ini hadiah sempena bertukar-tukar hadiah guru-AKS..sangat sesuai hadiah ni dengan saya, hehe. Dapat hadiah ni dari PT.
Kad-kad yang saya dapat.. suka sangat!
Budak Yusry ni memang banyak bagi hadiah.. syukran dik.
Ni lah semua koleksi hadiah hari guru 2012 yang saya dapat..
Hadiah-hadiah yang saya perolehi mungkin hanya sedikit jika dibandingkan dengan guru-guru lain namun bukan itu yang menjadi soalnya.. walaupun baru beberapa bulan menjadi pendidik namun anak-anak murid sangat menghargai kehadiran saya di sisi mereka.. alhamdulillah.
Ada juga yang beri hadiah dan kad ni bukan murid yang saya ajar tapi tetap menghargai kehadiran saya sebagai seorang guru.. syukran semuanya. Semoga kalian menjadi anak-anak murid yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat..Aminnnn.
Akhir kalam saya, selamat hari guru buat semua yang pernah mendidik saya termasuk mak dan abah.. teman-teman yang banyak memberi tunjuk ajar juga adalah guru saya. Apatah lagi guru-guru serta pensyarah-pensyarah saya selama ini. Semoga mendapat rahmat Illahi dan beroleh keberkatan dari-Nya.. aminnnn.






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.