06 June 2011

..Kutip-kutip Siput..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ahad yang lalu saya ke pantai lagi.. agaknya saya dan pantai memang tak boleh pisah kot, hehe. Kebetulan adik-adik sedang bercuti sekolah maka abah dan mak punya agenda tersendiri. Abah dan adik bersama seorang jiran seawal pukul 8 lebih pagi sudah bertolak untuk memancing.. sementara saya, mak dan adik bongsu pula menyiapkan bekal dan mengemas rumah terlebih dahulu. Kira-kira pukul 1 petang barulah kami tiba di tempat mereka memancing kemudian terus ke Tg. Purun (destinasi cari tuntul).


Tuntul?? Apakah bendanya itu.. hehe. Dalam bahasa tempatan dipanggil tuntul tapi bahasa standardnya siput sedut kot.. banyak juga hasil yang kami dapat, nak makan kenduri pun boleh.. hehe. Jom lihat hasilnya..




Tengok tu.. semangat sungguh mr. abah kutip tuntul..





Inilah tuntul..



Kasut yang berjasa.. comelkan beliau, hehe.



Ini sebahagian lagi tuntul..





Cantikkan mentari itu..



Si tuntul sedang malu.. hehe






Ini entah apa namanya..









Baby ketam yang jalan senget.. hehe



Macam robot.. lalala















Proses mencuci tuntul..












Adikku yang bongsu..









Yang dalam besen itu untuk makan malam kami.. hehe


Kalau nak tau, mencari tuntul memang aktiviti kami sekeluarga apabila tiba musim cuti atau hujung minggu.. seronok sebenarnya walaupun mak mengadu sakit-sakit peha dan terpaksa berjemur di bawah terik mentari. Hasilnya, hanya sedikit sahaja yang dimakan manakala bakinya dijual dan beri pada saudara mara.


21 May 2011

.:Alhamdulillah... Tapi Nak Buat Macam Mana, Redha Sajalah:.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. belum sampai sebulan imtihan berakhir saya telah dapat pekerjaan.. serius nak lompat tinggi-tinggi macam kanggaro masa baca emel, hehe. Sampai 4 emel yang sama pula tu sampai kepada saya. Saya kongsi sikit part yang menggumbirakan qalbi itu ya..:)


Tarikh : 21/5/2011

Dimaklumkan bahawa Permohonan tuan/puan untuk menjadi Peguam Syarie Negeri Sabah telah diterima pada 21/5/2011 . Sila hadir sendiri ke Kaunter Mahkamah Syariah Negeri Sabah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan di atas dengan membawa dokumen berikut :-


Itu sahaja yang saya sudi kongsi ya.. bukan sebab kedekut atau malas nak copy paste tapi sebab part yang seterusnya itu membuatkan saya redha untuk melepaskan peluang keemasan itu. Mulanya memang sangat excited tapi nak buat macam mana kan.. pasti ada hikmahnya!


Tapi insyaAllah saya akan cuba juga hadir ke kaunter yag dimaksudkan itu dengan doa dan tawakal sebagai persediaan. Confuse sejenak, bila saya apply job ni ya.. hmm. Apa-apa pun, semoga saya berhasil mendapat pekerjaannya agar tidak bergelar penganggur.. (sejak jumpa teman-teman indonesia terus slang turut berubah.. hehe). Serius suka + minat dengan job itu tapi apakan daya.. semoga tempoh bergelar penganggur ini tidak lama harapnya. Sudah tidak sabar mahu berbakti kepada agama.. ceh, semangatnya.




Sangat mahu menjadi sebahagian dari logo..


20 May 2011

..Sekejap tapi berharga..

Bismillahirrahmanirrahim..

Saat menunggu detik-detik meninggalkan bumi darul iman yang dicintai ini tidak berlalu begitu saja.. lagi beberapa hari akan pulang, alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu dan mengenali beberapa insan dari tanah seberang.


Cecen.. Deya.. bapak Indra dan bapak Iman. Ramai lagi yang lain tapi saya tak kenal sangat sebab mereka tinggal dengan keluarga lain. Hanya mereka berempat sahaja yang tinggal di homestay ayah makanya mereka sajalah yang dapat tempat istimewa di hati.. hehe.


Pagi jumaat itu berpeluang join mereka sarapan pagi di pantai beramai-ramai.. ada juga sesi jejak kasih. Sukaneka pun ada.. seronok lihat gelagat-gelagat mereka yang pelbagai tu.. mari lihat beberapa gambar mereka.




Sebahagian ahli rombongan mereka dari Sawahlonto, Indonesia.




Cendana & Deya..




Cen, Deya dan om Iman bersama mak & ayah..







Ciptaan tuhan yang comel-comel.. lalalaa







Mereka teruja makan nasi kerabu sebab tiada dekat sana..




Si comel ini anak malaysia ya, bukan dari sawahlonto.. hehe




Suka Deya dipeluk sama Umi..




Babai pantai yang indah..



p/s: Maaf pak Indra, gambar bapak tiada di sini.. tapi gambar tak penting kan, yang penting ingatan tulus ikhlas.. waa, macam hari raya pula.. hehe. Semoga bertemu lagi dengan kalian semua:)

18 May 2011

Tengok Dengan Mata, Bukan Dengan Tangan!

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-kisahnya lebih kurang seminggu lebih yang lalu saya bersama teman-teman menghantar kak Nida', kak N dan kak Lei' ke stesen bas.. elok sampai di bandar, kak Nida' ajak sekali shopping di sebuah tempat shopping yang agak terkenal juga di sini.. (tak perlu kot nyatakan di sini tu kat mana.. hehe).


Terlanjur berada di tempat shopping tu, ingat nak usha sekali makanan-makanan tradisi negeri untuk dibawa ke Melaka. Maka saya dan yang lain-lain pun pusing-pusing tengok mana yang berkenan. Nak dijadikan cerita, beberapa kali juga jurujual menegur, " nak beli apa dik?" Macam biasa sesiapa pun akan jawab camni kan, "tengok-tengok dulu ye kak.."


Namun bila tiba di satu.... gerai atau kedai kot, saya lama perhati dan pegang makanan yang ada. Yelah, nak baca bahan-bahan dan perhati bentuk makanan tu memang kena pegang kan.. Tiba-tiba jurujual tu bersuara-

"Nak beli ke yang tu?"

"Tengok dulu kak.."

"Tengok dengan mata, bukan dengan tangan!"


Gulp! Wajarkah berkata demikian dengan pelanggan? Automatik kami berenam segera beredar dari tempat tersebut sambil masing-masing tak puas hati dengan kata-kata jurujual tersebut. Mood untuk shopping makanan untuk bawa ke Melaka pun terus terpadam serta-merta. Serius saya sangat kesal dengan etika yang dipamerkan jurujual tu.. lain kali saya tak nak singgah dah kedai tu.. wawawa.


Moral dan pengajarannya di sini..
Apa salahnya bagi pelanggan pegang barang yang dipamerkan. Kalau jatuh atau rosak semasa di tangan customer kan boleh claim damage. Rasa macam nak bentangkan SOGA Act je masa terkono hari tu.. hehe. Jadilah jurujual yang bertimbang rasa dan berbudi bahasa. Budi bahasa budaya kita:)

07 May 2011

..Heroin di Hati Hero..

Bismillahirrahmanirrahim..

'Awak ni serupa la dengan mak'..

'Awak mewarisi muka mak ek..'

'Sebiji lah muka kamu dengan mak'


Dolu-dolu saya sangat tak puas hati bila teman-teman kata saya mewarisi wajah mak (haa.. tak bersyukur lah tu kan..) sebab saya sangat mengharapkan untuk ikut abah.. hehe. Tapi mujur juga tak ikut abah, kalau tidak..... hehe. Tapi saya sangat bangga dengan mak sebab setiap orang yang lihat mak saya akan kata, waa.. mudanya mak kamu.. syukur alhamdulillah. Berbunga-bungalah tu kan hati abah tu..


Dulu juga saya tak boleh terima bila teman-teman kata saya minat warna pink.. apa tidaknya, baju kurung majoriti berwarna pink atau merah.. barang-barang lain sama juga. Tapi kini walaupun saya akui saya sebenarnya tak minat tapi kalau pandang je mesti rasa pink atau merah itu cantik.. lalala. Sebenarnya saya nak cakap yang itu adalah pengaruh daripada mak. Mak sangat menyukai warna pink, makanya setiap barang yang dia beli mesti berasaskan warna pink atau merah termasuklah baju raya saya hampir setiap tahun.. dapat anda bayangkan??
Kalau tidak percaya boleh cuba belikan mak kain selain 2 warna tu, confirm mak tak berkenan. Tapi kalau bagi 2 warna tu, yang tak cantik pun akan dikatanya cantik.. hehe.


Paling tak tahan dengan heroin di hati abah ni, asal pulang ke kampung even anaknya ini berada pada tahap perlu diet mak akan kata, 'apasal kurus sangat ni, tak makan ke.. kurus kering nampak tulang je'.. hehe. Tapi jujur saya suka mak cakap macam tu, tak adalah rasa diri perlukan diet.. lalala.


'Jangan nak 'berkawan' selagi tak habis belajar dan dapat kerja!'
Aiyoo.. serius saya memberontak dalam hati bila dengar statement penuh penegasan dari mak tu dulu. Tapi semakin saya dewasa saya semakin faham kenapa mak kata macam itu.. tapi kesianlah dekat saya kan.. lalala.


Namun paling tak lupa.. dulu masa zaman sekolah saya rajin promote kat teman-teman siapa nak jahit baju kurung boleh buat dengan mak. Murah je mak minta untuk student, RM15 sepasang.. murah kan. Maka setiap kali teman-teman hantar kain kat mak, mak akan jahit free sahaja sebab RM15 itu mak bagi kat saya untuk buat belanja sekolah.. terharu kan dengan pengorbanan mak:)


Tidak sia-sia mak tak bagi saya pindah sekolah masa tingkatan 6 hari tu, alhamdulillah hasilnya dapat ambil pengajian agama kat universiti.. mak cuma bagi 2 pilihan masa nak pindah hari tu. Pindah SMKA lain atau berhenti sekolah.. wah, akhirnya saya redha meneruskan persekolahan di sekolah lama.. hehe.


Apa pun buat mak, anak mak kini sudah dewasa.. terima kasih banyak mak sebab mendidik saya sehingga menjadi sumandak apa adanya ini. Terima kasih juga kerana banyak bersusah payah melahirkan + membesarkan + hantar ke sekolah + melepaskan saya belajar sejauh ini.. terima kasih sangat-sangat mak.




Selamat hari ibu buat mak, Puan Janaliah. Juga tidak dilupakan kepada ibu angkat yang juga sangat banyak jasanya iaitu Puan Senah dan begitu juga kepada Puan parteyah.. Saya sangat sayangkan kalian semua, Love you all so much!

03 May 2011

Jeritan Batinku!

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru selesai madah yang ke-5 untuk imtihan nihaie ini.. serius saya tension juga tadi, hehe. Entah macam mana idea datang mencurah-curah masa menulis, seolah-olah menulis di blog pun ada juga. Agaknya ini penangan blogging kot.. hehe. Namun yang pasti saya tidak kecukupan masa.. wawawa. Sangat geram melihat teman-teman yang keluar awal.. fuh, macam nak cakap camni je kat mereka itu, " eh, nak minta baki masa awak tu boleh?" [ nasib baik tak boleh..].


Separuh masa kedua jari-jari, tangan semua naik kebas sebab menulis tanpa henti.. rasa nak nangis pun ada tengok jarum jam tak berhenti bergerak. Waa.. semoga hikmah yang tersirat di sebalik semua ini sangat tidak terhingga hendaknya.. aminnnnn.


Ada rasa sedikit kecewa juga sebenarnya sebab tak dapat buat yang terbaik kerana sangat kesuntukan masa.. waa, andai di depan meja saya terhidan
g selonggok emas percuma tadi pasti saya tak layan sebab masa menjawab saya tadi lagi berharga dari emas percuma itu.. begitulah perumpamaan untuk menggambarkan perasaan saya tadi. Tapi.. tidak mengapalah, pasti ada hikmahnya.. husnuzon saja:)




Haa.. untukku:)


Okey.. lupakan yang itu. Good luck bitaufik wa najah untuk paper ke-6 esok:)

p/s: Seronoknya teman-teman lain sudah balik kampung.. wawawa.

02 May 2011

Dinner Yang Terakhir Kot..


Bismillahirrahmanirrahim...


Memandangkan
exam berehat untuk beberapa hari, maka kesempatan diambil untuk bersama bff dinner di luar.. mungkin juga ini dinner kami yang terakhir.. sedihlah pula. Alhamdulillah hajat nak bawa mereka makan di NR Cafe menjadi nyata walaupun mungkin makanannya tidak begitu memuaskan hati namun yang penting kami puas dapat menukilkan kenangan bersama.. hehe.
















Ini sangat sedap..

















Alhamdulillah.. kenyang.












Lepas ni pasti rindu restoran ni sebab ada 'kenangan manis' di sini.. yang faham tu fahamlah:) Restoran ni juga saya suka gelarnya restoran hutan.. luar nampak macam pondok je tapi kat dalam macam muzium suel kata.. hehe. Ingat kenangan 'kita' makan sambil tampar nyamuk.. lalala.

Sekali sekala boleh lah datang sini sebab harga boleh tahan.. :)

26 April 2011

Pesan Ayah Kepadaku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Agak lama juga membiarkan rumah kedua ini sepi.. apa tidaknya, demam final exam sedang berlangsung. Lagi pula sedang memikirkan perihal barang-barang yang sangat banyak untuk dihantar pulang ke kampung beserta tuan empunya barangnya sekali.. hehe.


Sehari sebelum menghadapi paper pertama tempoh hari, berpeluang duduk bersama ayah dan mendengar kata-kata penuh hikmah darinya.. mulanya cuma bercerita pasal durian yang dijual di tepi jalan agak mahal harganya. Namun kata ayah kalau sudah teringin nak makan, beli saja.. tak payah berkira sangat dengan harga. Duit bukan boleh bawa ke alam sana kelak..


Saya yang mendengar hanya sekadar mengiakan kata-kata ayah. Benar juga katanya.. kemudian ayah menyambung lagi. Lebih kurang begini maksud katanya, selagi mampu kita berbelanjalah dengan penuh hikmah.. hulur dan berkongsi dengan sesiapa sahaja. Itu prinsip yang dipegang ayah dan mak selama ini katanya. Hari ini keluarkan duit untuk bantu orang lain, esok lusa siapa tahu duit itu berganti dan masuk ikut cabang lain pula.. Allah itu Maha Adil.


Setelah mendengar kata-kata ayah itu saya sedar bahawa saya harus berubah.. segera berhenti dari menjadi orang yang berkira dan rajinlah bersedekah biarpun hanya sepuluh sen nilainya. Tidak rugikan.. mana tahu sepuluh sen yang dihulur dengan penuh keikhlasan akan berganda menjadi sepuluh ribu dalam akaun bank.. hehe. Alhamdulillah lah jawabnya:)


"Tidak dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya."
( Riwayat Muslim)


Renung-renungkan dan selamat muhasabah diri..


20 April 2011

.:Bertemu Kekasih Kenalah Tepati Masa:.


Bismillahirrahmanirrahim...

Siapa ada kekasih sila angkat tangan laju-laju.. hehe. Entri kali ini bukan untuk ceramah siapa yang ada kekasih (sendiri kena ingat) tapi ianya berkaitan dengan kamu dan kekasih.


Berapa ramai yang merajuk atau sakit hati atau marah atau geram dan bermacam jenis atau lagi bila kekasih atau teman atau siapa sahaja yang kita berjanji untuk bertemu lambat tiba.. ramai kan (termasuk saya juga).


Mulalah kan rasa macam nak membebel atau keluarkan dalil surah al-'Asr...


Sedangkan kita sebagai makhluk ciptaanNya merasa marah jika terpaksa menunggu lama inikan pula Pencipta kita yang Esa. Tidakkah kita terfikir bagaimana rasanya bila melengahkan solat tanpa sebab yang munasarawak eh munasabah. Solat itu adalah antara kita dengan Dia.. tapi seringkali kita lewat bertemuNya.


Bila terlewat, si dia merajuk dan kita berusaha pujuk bersungguh-sungguh.. tapi bila terlewat menunaikan solat, berapa kalikah sahaja kita memohon maghfirahNya.. astaghfirullah al-azim. Sedarlah kita, sebagaimana kita menjaga keharmonian hablu min an-nas lebihlah lagi perlu menjaga hablu min Allah..




Jadi saya dan kamu bersama-samalah muhasabah diri ya.. kalau tiada aral yang melintang atau bergolek semoga kita sama-sama dapat menepati masa saat bertemu Kekasih Yang Esa.. insyaAllah:)


19 April 2011

..Calon Menantu Mak Ayah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mak ayah saya sudah bertemu calon manantu mereka kah? Eh.. belum lah. Jangan terpedaya dengan tajuk entri.. hehe. InsyaAllah saya nak kongsi sedikit artikel sebagai panduan kepada ibu bapa hari ini mencari calon menantu mereka. Bukan mudah nak mencari calon menantu yang baik namun seorang pak haji berkongsi tipsnya..


Pak haji: "Intip-intiplah mana-mana anak teruna yang rajin ke masjid tu."

Si ayah: "Waktu siang-siang macam mana nak intip, kita kan kerja?"

Pak haji: "Intiplah waktu Solat Subuh atau Isyak. Kalau tengok anak muda tu selalu ke masjid, ada harapan jadi calon menantu."

Si ayah: "Apa maksud abang haji tu, saya tak faham."

Pak haji pun menceritakan kisahnya memikat menantu sulungnya dulu-dulu. Setahun beliau memerhatikan seorang anak muda yang kerap ke masjid pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Kebetulan beliau mengenali keluarga lelaki tersebut dan merisik khabar dari ayahnya yang juga 'kaki masjid'. Anak muda tersebut memang sejak kecil rajin mengikut ayahnya ke masjid. Namun apabila ayahnya sudah uzur, anak muda tersebut tetap ke masjid seperti biasa. Walaupun sudah bekerja tetapi apabila balik ke kampung anak muda tersebut antara jemaah muda yang memeriahkan masjid. Pada waktu maghrib dan isyak dia suka beriktikaf di masjid.

Si ayah: "Boleh percayakah zaman sekarang ni nak cari calon menantu macam tu? Entah-entah dia buat alim sebab nak tarik perhatian orang."

Pak haji: "Berdasarkan pengalaman saya yang pernah muda, bukan senang seorang anak muda nak ke masjid pada waktu subuh melainkan kerana kemahuannya yang kuat dan bersungguh-sungguh membesarkan Allah. Lebih-lebih lagi kalau masjid itu jauh namun dia sanggup datang. Ternyata orang yang dapat bangun subuh dan berjemaah di masjid adalah orang yang berdisiplin."

Si ayah: "Isyak pula bagaimana?"

Pak haji: "Waktu isyak ramai orang kepenatan dan lebih suka rehat di rumah sahaja. Maklumlah waktunya panjang dan boleh dilewatkan solatnya. Oleh itu apabila anak muda dapat melawan hawa nafsu malasnya dan berasa bahawa mati itu datang tiba-tiba, takut-takut tidak dapat keberkatan kalau melengahkan Solat Isyak maka mujahadahnya itu adalah jihad yang besar."


Antara khulasoh yang kita dapati dari hiwar di atas, sekiranya kita hendak mencari calon menantu yang baik terlebih dahulu kita juga perlu baik. Mana nak mencari anak muda yang datang ke masjid jika kita sendiri tidak berjemaah di masjid. Sebagai perempuan kita juga hendaklah menjadi baik, mana mungkin mendapat pasangan yang baik andai diri sendiri belum cukup baik.. Selain itu, didiklah anak agar berjemaah di masjid sejak dari kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya".


Alhamdulillah diri sangat terkesan dengan artikel tersebut.. terasa kerdil diri yang sering terlewat menunaikan subuh.. astaghfirullah al-azim.


Sumber: Memetik dan mengedit sedikit namun masih mengekalkan maksud sebenar dari Majalah Anis, bil.164, halaman 120. (macam nota kaki tesis pula.. hehe)

P/s: kak umi.. ketahuilah diri ini sentiasa berusaha mengejar perubahan diri:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...