10 November 2011

What I Did Last Raya??

Bismillahirrahmanirrahim...


Tidak banyak aktiviti saya di rumah pada raya haji yang lepas, cuma menghadiri kenduri dan berehat di rumah sahaja. Namun ada yang telah saya berjaya laksanakan yang memang favourite saya dan bff ukhti suel.. hehe. Jeng..jeng..jeng.. tu dia.






Saya berjaya menghasilkan sebuah char kuey tiaw yang memang sangat saya gemari. Sanggup keluar malam-malam naik motor bersama suel masa zaman study dulu biarpun hujan lebat demi sepinggan char kuey tiaw pakcik gerai 24 jam. Sanggup meredah hujan dengan berpakaian hujan dan pernah juga sambil berpayung sampai patah payung roomate dibuatnya.. hehe. Masihkah kau ingat memori itu suel?? hehe..



Saya ingatkan dah tak boleh merasai lagi makanan itu setelah kembali ke kampung halaman.. namun alhamdulillah berkat berguru dengan internet saya berjaya menghasilkannya. InsyaAllah akan cuba untuk memahirkan diri lagi selepas ini agar setanding dengan pakcik gerai 24 jam itu.. semangat gitu!



Cuma agak sedikit frust bila abah tak suka makan sebab abah dengan terus terang menyatakan dia tak minat kuey tiaw sebab besar macam 'bladar'.. sampai hatimu bah, hehe. Tapi tak mengapa, asalkan saya gembira dengan pencapaian kecil ini.. yeehah! Sebelum mengakhiri entri, tataplah gambar-gambar resepi yang kurang hitam ini.. nampak pudar je kan tapi insyaAllah rasanya tidak sepudar warnanya.. :)





Lets nyam-nyam..:)

4 comments:

  1. nyam3! tahniah long.. hehehee.. nnti aku dtg uma, jgn lupa kasi msk r..

    ReplyDelete
  2. aduih kak mia tgk mknn...lapar la pulak..huhu

    kak mia rindu wajah blog lama hana...cantik sgt2x kartun tu

    ReplyDelete
  3. ala.. yeke kak mia. Hana sj tkar, nak ubah slera.. hehe.

    ReplyDelete
  4. suel..aku br prasan suda bleh post comment, hehe.nntla kta msk sama2 r..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...