11 September 2012

..Dating..

 Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dapat meluangkan masa untuk dating setelah sekian lama tidak bertemu.. hanya berhubung melalui mesej saja. Syukur segala urusan dan perancangan dipermudahkanNya.. dapat juga peluang melepaskan kerinduan, hehe.

Kami bertiga dapat bersama lagi.. biarpun status mereka sebagai tunangan orang tetap tidak menghalang kami untuk keluar membuang sedikit masa, tenaga dan wang ringgit.. lalala.


Sementara tunggu saly pilih jam, posing dulu..




















 Kami tonton cerita 29Februari.. thanks buat kakak jaga kaunter yang baik hati semoga dimurahkan rezeki bagi kami tiket murah dan minuman saiz besar.. lalala


Dalam pawagam cuma ada kami bertiga dan sepasang penonton.. Rasa macam menonton di rumah, buat macam tonton tv sendiri.. lalala


Semoga dapat peluang bertemu lagi di lain hari walaupun mereka bakal isteri orang.. wawawa.
Syukran buat saly sudi datang jemput saya dan bawa kami pusing-pusing KK. Semoga ukhuwah kita berpanjangan:)






07 September 2012

Suatu Masa Dulu..


Bismillahirrahmanirrahim…

Dulu saya tak minat B.Arab, dulu saya tak pandai B.Arab, dulu saya rasa terpaksa belajar B.Arab sebab sekolah agama wajib ambil subjek B.Arab. Masa di tingkatan 1 dan 2 memang saya sangat tak peduli subjek yang 1 itu.. apa nak jadi, jadilah. Gagal subjek tu setiap kali test dan exam memang satu kemestian.. lalala.




Tapi bila dah di tingkatan 3, saya mula cuak + risau + takut dan berdebar-debar memikirkan subjek yang satu ini dalam PMR nanti. Kalau gagal subjek ni bermakna saya dah tak boleh meneruskan tingkatan 4 di sekolah ni tahun depan. Tambah pula mak dan abah berkali-kali ingatkan jangan sampai gagal B.Arab dalam PMR nanti. Malu kat orang kampung, jiran-jiran kalau tau pindah sekolah sebab gagal B.Arab.. adoi.



Mau tak mau saya usaha juga meningkatkan prestasi diri yang sangat tidak seberapa.. dah tingkatan 3 baru nak mula balik macam tingkatan 1 memanglah sangat payah. Mujur kawan-kawan sentiasa ada membantu. Malam sebelum paper B.Arab masa PMR tu memang nangis sungguh-sungguh berdoa tak henti.. minta mak abah doakan sekali. Kiranya masa PMR tu memang takut sangat-sangat nak menghadapi B.Arab.. hehe, dashyat kan.


Alhamdulillah berjaya dapat D.. bolehlah, kira berbaloi juga dengan usaha last minit nak menguasai silibus tingkatan 1 dan 2 dulu.


Bila naik tingkatan 4, saya jumpa pula B.Arab tinggi.. trauma dengan kenangan lalu bersama B.Arab tak hilang lagi kini jumpa pula subjek sama yang lagi advance..adoi.


Tapi nak dijadikan cerita, kehidupan saya sebagai pelajar menengah atas (tingkatan4 & 5) bersama B.Arab tinggi ni tidak sesusah masa menengah rendah dulu. Alhamdulilah dapat guru B.Arab Tinggi yang best.. mudah difahami corak pengajarannya. Lagi 1, ustaz ni memang tau saya kureng subjek ni. Setiap kali masuk kelas nama saya memang wajib dipanggil untuk disoal terutama tentang pelajaran yang lalu..maka, setiap hari saya mesti peka dengan jadual B.Arab Tinggi. Ulangkaji siap-siap pelajaran yang lalu untuk kelas akan datang, kalau tak faham saya akan rujuk kawan yang pandai. Apa tidaknya, masa tu dah ada rasa malu kalau asyik tak dapat jawab je.. mana nak control ayu lagi, lalala.



Alhamdulilah keputusan B.Arab Tinggi saya masa SPM boleh dibanggakan tapi tak payah bagitau lah berapa. Masa STPM pun saya bersungguh juga dalam subjek B.Arab walaupun sangat susah.. dan sampai ke hari ini saya meminati subjek B.Arab yang dulunya 'musuh' utama saya.


 Alhamdulilah kini saya bergelar guru B.Arab, dan setiap hari saya sentiasa cuba memperbaiki diri supaya boleh menguasai dengan baik bahasa al-Quran ni.


Siapa sangka yang dulunya bergelar si lembap B.Arab ni dah menjadi guru B.Arab.. sesiapa pun boleh memajukan diri asalkan ada kesedaran. Minat terhadap sesuatu mata pelajaran juga boleh dipupuk, yang penting cari kegembiraan dan keseronokan dalam pembelajaran. Ada peluang belajar, kena ambil dan guna sepenuhnya.. cewah, ayat cikgu.. lalala.


Renung-renungkanlah dan selamat berusaha:)



24 July 2012

Bahan Bantu Dakwah


Bismillahirrahmanirrahim…


Siapa sangka nak berdakwah pun kena ada bahan bantu. Asalkan kena cara, apa-apa benda maujud pun boleh jadi bahan bantu. Mulanya saya tak sangka koleksi suka-suka yang comel ni berguna sebagai medan dakwah. Namun Alhamdulillah bila dah guna ianya sangat membantu.. bukan saja comel, menarik tapi sealiran dengan fesyen.. hehe.




 Betulkan comel.. hehe





 Saya kumpul mereka dalam bekas yang comel juga..





 Mudah dibawa ke mana-mana..


 
Setiap kali keluar rumah memang saya akan kenakan pin-pin ni.. ikut kesesuaian warna baju dan tudung. Selalu juga ditegur teman-teman bila nampak saya dan pin bunga-bunga serta reben ni. Ramai yang tanya mana saya beli.. 



Bila ke sekolah pula, si kecil di prasekolah sangat suka bila lihat saya bertukar bunga dan pin setiap hari.. seorang-seorang datang tengok dekat-dekat dan pegang. Sampailah satu hari seorang dari murid saya pun dah pakai pin bunga macam ni juga.. secara tak langsung saya dah mengajaknya untuk bertudung. Betul-betul dia ikut macam saya buat, pin kat bahu. Mak si kecil ni cerita yang anaknya dah tak mau pakai tudung saiz budak-budak tu sebab kecil.. dia nak juga pakai yang besar. Katanya nak macam ustazah, pakai tudung lubuh.. hehe. Pernah si kecil itu datang dekat pada saya dan tanya, 'ustazah, ni tudung lubuh kah..'. Sambil menahan geli hati dengar sebutan lubuhnya saya cuma iyakan saja sambil betulkan sebutannya.



Subhanallah.. si kecil saja sudah mengerti tentang tudung lubuh dan fesyen. Apatah lagi kita si dewasa yang mampu membaca isi al-Quran dan maksudnya kan.. pasti tahu dan maklum tentang hukum mengenainya. Secara tak langsung saya juga muhasabah diri..



Syukur ya Rabb kerana hikmah yang telah disediakan di sebalik semua ini.. Alhamdulillah. 


p/s: Berfesyen tak salah asalkan bertepatan dengan syariat. Comel di mata, comel pada agama:)






Bagaikan Public Figure


Bismillahirrahmanirrahim…


Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. insyaAllah berpeluang meneruskan puasa pada tahun ini. Kali ini bukan cerita berkaitan puasa yang ingin saya kongsikan tapi berkaitan dengan karier.


Sebelum ni saya tak pernah menyangka kerjaya guru umpama public figure.. bukanlah bermaksud berkaitan dengan populariti.. jangan salah sangka pula. Beberapa kali juga saya terkena berkaitan dengan perkara ni. Sebab tu lah nak share dalam entri ni.. mungkin boleh dijadikan panduan dan peringatan bersama, insyaAllah.

  
  •  Suatu pagi ketika berada di kelas tahun 2,ketika sedang tasmik hafalan murid. Tiba-tiba lalu seorang guru di hadapan kelas.. murid di sebelah saya bersuara kepada rakan di hadapannya. " Eh, tu teacher lalu.." Rakannya jawab, " teacher tak datang lah hari ni". " Betul, aku nampak tadi. Rambut dia kusut lagi tau.

  •  Perkara paling sesiapa pun tak suka, tumbuh jerawat di muka.. adoi. Sedang memberi  penerangan secara individu kepada seorang murid tiba-tiba dia bertanya, " ustazah, jerawat kah dekat muka ustazah tu?" Adoi….
 
 
  • Masa nak tanda buku aktiviti murid tiba-tiba tersedar bekas pensil tertinggal di bilik guru. Lalu saya meminta seorang murid tolong ambilkan.. setelah dia kembali dia pun berkata, " bekas pensil ustazah ni sudah koyak, ustazah belilah yang baru. Murah aje……" Alahai anak muridku..
 
 
  • Sewaktu sedang memberi penerangan di hadapan anak-anak murid, tiba-tiba seorang daripada mereka membuka mulut. Ingatkan nak tanya tentang apa yang saya sedang terangkan tapi rupanya……… " ustazah, kenapa kerongsang ustazah sebelah lain warna?" Aduhai.. prihatinnya si kecil itu.

Adakalanya karenah mereka membuatkan saya tergelak dan terhibur.. siapa sangka ada yang memerhatikan penampilan, gaya dan perwatakan kita seharian sampai sedemikian rupa.. kanak-kanak memang hamba Allah yang jujur. Sangat ikhlas menuturkan apa saja yang mereka lihat.. pantang penampilan bertukar atau berbeza sedikit pasti ada komen mereka. semoga anak-anak kecil itu membesar sebagai hamba-Nya yang jujur dan sentiasa bercakap benar sebagaimana sewaktu kecilnya mereka..

Karenah mereka secara tak langsung membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menjaga penampilan, juga menghiasi peribadi.. orang dewasa umpama cermin kepada kanak-kanak. Apa yang mereka lihat, itu yang mereka amalkan dalam kehidupan. Mereka masih terlalu mentah untuk membezakan baik dan buruk sesuatu.. kitalah yang membimbing dan menjadi contoh terbaik kepada mereka.

Keprihatinan mereka membuatkan saya sedar betapa mereka peka dengan guru mereka.. Syukur ya Allah kerana mengurniakan anak-anak murid yang baik-baik belaka. Merekalah perunding imej terbaik buat saya:)

Renung-renungkanlah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...