25 May 2012

Si Bulat Yang Rangup + Sedap


 Bismillahirrahmanirrahim...


Ada resepi yang ingin saya kongsikan kali ni.. setiap kali pergi kundasang mesti tak lupa beli kerepek ni. Sekarang dah boleh buat sendiri tak payahlah nak pergi jauh-jauh kat kundasang sana.. resepinya pun mudah saja. pejam celik boleh terus siap tapi saya tipu..lalalala.

Masa duduk Terengganu hari tu pernah juga beli kerepek ni versi mentah tapi yang tu tebal sikit. Kira yang saya buat ni ala-ala yang tu juga la sebab saiznya yang bulat. Kalau yang selalu saya beli kat kundasang tu saiznya 4 segi & besar sikit.

Tapi yang pasti biar apa pun saiznya dan di mana pun saya beli, persamaannya tetap sama iaitu SEDAP!

Agaknya apalah kerepek si hana merepek ni kan.. kita tengok je lah gambar-gambar ni supaya lebih jelas..hehe.


Ni dia rupa kerepek yang selalu saya beli kat kundasang tu..



Minta gambar dari google..:)


Ni pula proses pembuatan versi Hana Farhana:)

 
Bahan utama iaitu si ubi kayu.. saja tunjuk yang dah tak ada kulit.


 si ubi kayu tadi telah diparut sehingga menjadi sebegini rupa..



 sediakan daun pisang sebagai acuannya..ikutlah nak buat bentuk apa pun. kemudian sapu dengan sedikit minyak masak supaya tak melekat.




ubi yang telah diparut tadi setelah digaul dengan sedikit garam, soda bikarbonat, dilenyek sehingga nipis di atas acuannya si daun pisang yang bulat.



Kemudian dijemur di bawah sang mentari dan daun pisang dibuka..beginilah rupa parasnya setelah kering dan siap untuk digoreng.



setelah digoreng..rupa mungkin tidak begitu menawan namun rasanya tetap mengancam.. hehe.



 Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.. sekian resepi mudah dari Hana Farhana:)


28 April 2012

..Pengalaman Yang Mahal..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mula-mula sampai kat sekolah dulu selalu rasa terasing sebab asyik balik lambat sorang-sorang kena tasmik budak-budak. Tapi sekarang bila dah pandai adjust masa, dah tak rasa semua tu lagi. Rasa sangat seronok bila setiap kali balik sekolah semua guru akan konvoi.. balik sama-sama. Naik jambatan gantung sama-sama kemudian akan rasa macam gempa bumi sama-sama sebab jambatan tu akan sangat bergoyang bila ramai-ramai naik. Dah la budak-budak dengan tak rasa bersalah berlari-lari atas tu.. huh, sengaja la tu nak aniaya guru-guru dia yang seriau ni, haha.

Turun dari jambatan semua pening-pening lalat kemudian capai motor masing-masing dan ambik bahagian siapa yang nak duduk depan sekali. Biasanya yang sampai dulu akan berada kat depan. Waktu banjir hari tu lagi seronok walaupun semua terkejar-kejar nak balik sebab takut tak dapat lalu. Waktu tu semangat kerjasama sangat terserlah, memang rasa macam wonderpet sangat masa tu. Guru Besar jadi leader kat depan, pemimpin konvoi motorsikal kami dan guru-guru lain semua ikut rapat-rapat kat belakang. Bayangkanlah 13 orang guru berbaris dengan motor masing-masing.. memang best.

Tujuannya supaya kalau ada salah seorang dari motor guru yang mati enjinnya dalam air atau tak boleh lepas dalam air tu, yang lain boleh tolong. Memang betul pun, ada 2 buah motor yang tersekat dalam perjalanan dan kebetulan masa tu hujan lebat pula memang pengalaman yang sangat berharga rasanya mengajar di sebuah sekolah pedalaman.. terharu sangat tengok semangat wonderpet kami masa tu. Masa tu memang rasa rugi juga sebab tak sempat nak candid saat-saat kami saling tolong-menolong. Masing-masing nak lindungi handphone dari basah kena hujan.. sangat rugi!



InsyaAllah andai satu hari ditakdirkan saya berpindah ke sekolah lain, pasti saat-saat ini tidak akan saya lupa sebab saya tak pernah jumpa lagi kat tempat lain guru-gurunya semua naik motor ke sekolah dan berkonvoi setiap kali balik dari sekolah.. pengalaman yang sangat indah dan tak boleh tukar dengan emas kat bank.. lalalala. Siapa nak rasa pengalaman ni jomlah bertukar ke sekolah saya.. hehe.

11 April 2012

Perlukah Makan Bersama??

Bismillahirrahmanirrahim...


Saat 'khusyuk' dan 'seronok' menulis RPH, seorang cikgu yang duduk di depan saya menoleh dan bertanya. " Ustazah dan keluarga makan bersama tak kalau kat rumah?".. dengan pantas dan tidak fikir panjang terus saya jawab, "ish, mestilah makan bersama tapi waktu malam je lah sebab waktu siang tak semua ada kat rumah".


Cikgu tu ketua keluarga dan dia pun ceritalah kat saya yang dia sendiri tak tau kenapa keluarganya tak makan bersama.. yang pasti anak-anaknya akan makan dulu sebelum maghrib. Tapi itupun makan sendiri-sendiri depan tv.


Saya terfikir, sepatutnya cikgu ni yang mulakan dulu ajak keluarga makan bersama memandangkan dia adalah ketua keluarga dan anak-anaknya pun masih lagi kecil. Kata pepatah, melentur buluh biar dari rebung.


Secara kebetulan, beberapa malam yang lalu isu makan tidak bersama ini juga menjadi bualan ayah dan rakan-rakan di masjid. Abah cerita, seorang kawannya ni kat rumah memang tak makan bersama. Kadang dia balik dari masjid lauk kat rumah dah habis sebab yang lain dah makan dulu, terpaksa dia goreng telur untuk makan sendiri. Abah siap bergurau lagi bagi contoh keluarga kami yang setiap malam makan bersama. Abah ke masjid kami kat rumah akan masak dan bila balik semua akan duduk makan bersama.


Kadang nampak macam remeh, kenapa kena makan bersama.. tapi sebenarnya sangat penting walaupun cuma sekadar makan. Bayangkan saja kuasa makan bersama tu, orang yang tak ada selera pun boleh jadi berselera.. saya la tu, lalala. Bila dah makan bersama, masing-masing akan makan sambil ingat orang lain yang makan bersama. Tak adalah berlaku insiden ada yang tak dapat lauk. Kalau ada lauk yang lebih-lebih masing-masing akan bersama-sama habiskan..maka tak berlakulah pembaziran.


Bila makan bersama juga boleh mendidik cara hidang makanan dan mengemas bekas makan yang banyak-banyak tu.. secara tak langsung adab makan dan minum tu terus terpelihara. Selain dari tu, waa.. ni dah macam buat esei pula.. hehe. Masa makan tu lah boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Dapat bersembang tentang hal-hal keluarga dan mak ayah juga dapat lihat sendiri perkembangan anak-anak di depan mata.


Jadi siapa yang kata makan bersama tak penting? Agama sendiri sangat menganjurkan makan bersama.. kalau boleh makan sepinggan lagi kan, hehe. Nak buat la dengan bakal zauj, makan sepinggan dan segelas.. bukan kedekut tapi menyuburkan kasih sayang dan kemesraan. Okeylah, jangan lupa amalkan dalam keluarga ya..:)


11 March 2012

..Sehari Yang Membakar Kulit..

Bismillahirrahmanirrahim..


Budak-budak cuti sekolah..saya pula masuk sekolah. Tapi sebelum menghadap buku segala yang penting kena hargai juga saat cuti itu. Maka saya telah pun pergi membakar kulit seharian di bawah panas mentari.. hehe. Saya pergi lawat makhluk-makhluk tuhan yang comel.. jom lihat!




Inilah destinasi saya sempena cuti sekolah..





18sx!!!! seksi gitu.








Hm..sayang awak!




Saya tak tau apakah nama binatang ini..nak pinjam tanduk kejap bukan nak bagi.





Oh..beginilah saya..




Mula-mula ingatkan ni meow..




Sila abaikan reaksi muka saya..



















Mula-mula ingatkan patung je..mulut nganga tapi tak bergerak langsung. Sorry mr croc..hehe












Patuk je kaki dia tu..














Balik je dari zoo.. muka dah macam kuda belang, hehe. Payung tak bawa, panas pula terik sangat. Apa pun dah boleh balik maktab lepas tengok binatang-binatang tu.. kena menghadap buku, assignment segala pula.. sekian, dari saya:)


17 February 2012

Dunia Baruku..

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni saya nak tunaikan janji pada entri yang lepas.. nak tunjuk gambar-gambar di tempat baru, hehe. Lepas je ambik surat dari PPD Beaufort hari rabu yang lalu, terus ajak mak pergi jenguk dunia baru saya yang saya tak pernah sampai lagi tu. Sebelum ni macam-macam saya dengar, kena naik bot la.. naik sampan la.. naik jambatan gantung la.. so saya dan mak datang lihat sendiri.


Nama je dekat dengan kampung tapi nak drive ke sana mak aihh... dekat 30 minit juga. Kawasan kampung tak boleh drive laju-laju, jalan pun batu-batu kasar je belum berturap. Kalau musim hujan alamatnya rosak teruk la jalan tu.. memang mencabar. Lepas 30 minit baru sampai kat jambatan gantung.. Fuh! tinggi yang amat. Patutlah mak tak berani naik.














Dalam gambar nampak tak tinggi tapi sebenarnya tinggi aihh.. gayat!






Masa nak naik jambatan tu rasa macam naik bukit je.. tinggi betul. Bila dah sampai kat atas sekali, saya toleh ke bawah.. tu la hasilnya yang dalam gambar. Lepas tu baru teruskan lagi perjalanan melalui bahagian yang tergantung yang memang sangat bergoyang. Nak pegang tepi tak boleh sebab jambatan tu lebar.. wawawawa.





Ni view bila saya baru sampai kat atas lepas tercungap-cungap mendaki.. hehe




dan ini pula view di hadapan saya..bahagian yang bergoyang-goyang dan menggayatkan amat.




Terpaksa beranikan diri ambil gambar kat tengah-tengah jambatan.. nangis woo kalau hp jatuh ke bawah..


Bila dah sampai seberang sungai sangat lega dan tengok jam.. hm, around 5 minit nak lintas jambatan tu. Seram kan.. pertama kali jejak jambatan tu dalam hati berkata, " kalau ditakdirkan jatuh masa nak pergi kerja harapnya dapatlah syahid..". Hehe.......



13 February 2012

Hadiah Hari Lahir

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni alhamdulillah dah dapat tau sekolah mana saya bakal ditempatkan sebagai guru pelatih selama setahun setengah ni. Hm.. boleh dikatakan dekat dengan rumah, tak sampai pun sejam. Boleh dikatakan saya boleh ulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari. Tak perlu nak fikir cari tempat tinggal lain dan sebagainya.


Tapi apa yang sebenarnya masih merunsingkan fikiran? Sebabnya.. saya kena mengharungi sungai yang besar setiap hari sama ada menaiki sampan atau pun melalui jambatan gantung yang mak saya selalu cakap kalau dia kena upah RM100 untuk lalu jambatan gantung tu dia tak nak. Hm.. tak apalah, cabaran buat saya di tempat sendiri (sedapkan hati je..). Kereta pun tak boleh sampai ke sana.. kena tinggal kat seberang sungai. Boleh bayangkan kereta naik sampan? hehe..


InsyaAllah jika berkesempatan, saya share keadaan di tempat baru itu nanti di sini.. sebenarnya dah lama teringin nak naik jambatan gantung tu, tapi tak tercapai. Akhirnya kini peluang itu datang bergolek-golek di kaki saya tak dapat dielak lagi. Walaupun kampung tu dekat je dengan kampung saya tapi tak pernah pun jejakkan kaki ke sana. Syukurlah walaupun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tapi saya akan sentiasa dekat dengan keluarga..


InsyaAllah lusa sampailah saya ke sana..:)

Eh, kejap.. tapi apa kena mengena tajuk entri dengan sekolah? hehe.. saya anggap ni la hadiah hari jadi tuk saya tahun ni. Yup.. hari lahir tanpa wish dari mak dan abah.. wawawa. Tak mengapalah, mungkin mereka wish saya dari jauh.. insyaAllah.

11 February 2012

~Jalan-jalan Pergi Makan~

Bismillahirrahmanirrahim...


Sangat teruja bila dapat jemputan makan-makan di rumah kak Khatty @ kak Ejang.. hehe. Tanpa fikir panjang terus angkat tangan setuju nak pergi dengan set2 kelate.. hehe. Nasib baik rumahnya dekat aje. Maka dengan penuh semangat kami berkumpul di hadapan pagar IPG seawal jam11 pagi.









Posing dengan Ustazah Fairus..




Bersama Anis & kak Jiha..



Panas terik pun sanggup posing lagi.. hehe.




Ni la teman-teman saya set-set kelate..




Nyam2...




Ambuyat Fairus..1 st time dia makan ni.




Kami di rumah kak khatty..








Sedap puding-puding ni, bentuk pun comel je..jagung!




Ni ambuyat yang teman-teman semenanjung saya masing-masing berlumba nak try..










Kami panggil ni kuih penjaram..hehe




Inilah rupa santapan saya kat rumah kak khatty:)


Alhamdulillah sangat kenyang makan di rumah kak khatty.. syukran atas segala hidangan dan layanan mesra yang diberikan.:) Banyak lagi sebenarnya makanan yang dihidangkan tapi sikit je yang dapat saya upload, lapar dah tak larat nak ambil gambar banyak-banyak.. lalala.


Alhamdulillah masing-masing sudah dapat penempatan dan kena lapor diri kat PPD masing-masing rabu ni.. insyaAllah segalanya berjalan lancar.


10 February 2012

..Kisah Temuduga Saya 2..

Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah lama berangan nak kongsi pengalaman temuduga saya kali kedua ni tapi tak berani lagi sebab masa tu keputusan temuduga belum pasti. Kini setelah berjaya baru berani dan yakin nak kongsi pengalaman masa temuduga kpli j-Qaf hari tu.


Interview hari tu terbahagi kepada 3 sesi. Sesi pertama- bertulis (B. Arab), sesi kedua- berkumpulan, kena bincang 1 topik. Masa interview kedua tu memang kena bercakap je selagi masa berjalan walaupun dah habis modal tak tau nak cakap apa. Sampai benda yang sama diulang 2-3 kali.. hehe. Terpaksalah buat macam tu daripada tak bercakap langsung kan..:)


Tapi yang saya nak kongsi ialah sesi ketiga tu..interview individu. Fuh! jadi orang yang terakhir memang sangat menyesakkan jiwa. Cuak betul tengok reaksi setiap teman temuduga yang keluar dari bilik temuduga tu. Bila tiba giliran saya, sangat teruja dengan soalan penutup sesi temuduga tu..


Penemuduga: Sebelum kita berakhir, kami bagi awak peluang bagitau apa keistimewaan yang ada pada diri awak yang akan membuatkan kami rugi tidak memilih awak menjadi guru.. silakan.


Saya: ..saya seorang yang periang, saaaaaangat sukakan kanak-kanak. Kalau saya jadi guru, saya akan berusaha mengajar murid-murid saya dengan bersungguh-sungguh sebab saya sukakan mereka. Perkara yang kita sukai pasti kita dapat laksanakan dengan baik. Lagi satu, saya sangat menggemari kartun-kartun. Seperti kita tau kanak-kanak sinonim dengan kartun maka saya akan gunakan teknik itu dalam pengajaran untuk bagi mereka seronok, cepat faham dan tak bosan belajar. Saya juga boleh menggunakan teknik nyanyian dalam kelas atau mengajar menerusi animasi berunsur keagamaan....(kalau nak tau, sambil mengutarakan kata-kata ini saya bercakap dengan muka yang dibuat-buat penuh kecomelan untuk meraih hati penemuduga.. hehe).


Walaupun soalan penutup interview tu macam nak suruh saya masuk lif tekan sendiri atau masuk bakul angkat sendiri tapi nampaknya tidak sia-sia usaha saya itu. Senyuman saya masa tu usah cakaplah.. tak lekang dari bibir. Syukur ya Allah.. syukur alhamdulillah.


Sekian entri penuh perasaan perasan dari saya..lalala:)

..Back To School..

Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur alhamdulillah berjaya juga saya menembusi kesibukan dan publish entri ini. Agak terlambat sedikit berkongsi cerita kembali ke sekolah ini tapi tak mengapalah. Alhamdulillah saya kini berada di IPG meneruskan perjuangan sebagai seorang bakal guru. Sudah hampir 2 minggu berada di sini namun baru kali ni dapat menulis entri. Walaupun saya gembira kerana impian hampir tercapai namun sedih juga sebenarnya melepaskan tanggungjawab saya di klinik..hampir 5 bulan bekerja sebagai pembantu klinik sangat menyeronokkan sekalipun itu bukan bidang saya. Syukurlah segala usaha, penantian dan kesabaran akhirnya menghasilkan buah yang enak dan lazat.


Menghabiskan tugasan-tugasan terakhir di tempat kerja lama sangat menyedihkan.. terpaksa pula melangkah meninggalkan rakan-rakan sekerja yang mula bertakhta di hati. Selepas ni tak dapat dah jumpa baby yang comel-comel sebab akan berdepan dengan kanak-kanak riang je. Semoga keadaan adalah lebih baik hendaknya.


InsyaAllah minggu depan akan mula posting di sekolah walaupun saya tak tahu lagi ke manakah saya akan terdampar.. hehe. Kursus ni berasaskan mod LPBS (Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah), sebab tu dapat posting terus. Masa cuti sekolah nanti baru datang interaksi di IPG. Gerun juga memikirkan yang saya akan bergelar pendidik. Confirm bagaikan berdiri di depan cermin melihat sifat-sifat sendiri masa sekolah dolu-dolu pada murid saya nanti. Mahu tak mahu kenalah standby dari sekarang. Akhirnya saya kembali juga ke sekolah..)


p/s: Chaiyok-chaiyok to me!

30 December 2011

Entri Akhir Tahun..


Bismillahirrahmanirrahim...



Beria-ia mahu menulis 'sesuatu' pada akhir tahun masihi ini.. akhir tahun hijrah hari tu tak ada pula beria macam ni. Bukan seperti itu sebenarnya tapi hanya sekadar menghargai kehadiran tahun baru masihi yang memang agak berbeza dari sambutan tahun baru hijrah yang dirai di masjid-masjid dengan bacaan doa akhir dan awal tahun.


Mencecah ke tahun baru bermakna umur pun makin meningkat.. waaaa, tak mau la jadi tua. Dalam hati ni tak tau la macam mana nak gambarkan naluri keibuan yang semakin meronta-ronta kebelakangan ini. Pantang nampak insan yang bergelar baby hati jadi tak menentu. Macam orang jatuh cinta pandang pertama kot.. hehe.



Syukurlah kerjaya di klinik sangat memberi peluang untuk bertemu baby.. macam-macam ragam yang saya temui. Ada yang mudah mesra, ada yang takut dengan orang, ada yang kuat nangis dan tak kurang juga yang kuat main.. penat main cak-cak dengan diorang, hehe. Paling susah bila kena handle baby atau budak yang takut dengan doktor. Meloncat-loncat sambil menangis nyaring bila kena timbang berat. Fuh.. mencabar tapi saya seronok!



Beberapa kali bertemu dengan anak kembar yang datang minta rawatan, hati saya kuat menyatakan saya pun nak ada anak kembar juga suatu hari nanti.. semoga diizinkan dan diperkenankan olehNya. Sangat terhibur melihat
mereka bermain bersama sementara menunggu giliran berjumpa doktor. Pakai pakaian yang sama pula tu.. bila ada anak kembar, secara tak langsung ibu dan ayah kena hadir bersama. Yalah, mana mungkin seorang ayah atau seorang ibu mampu berseorangan membawa kembar ke klinik. Seronok sungguh saya melihat situasi itu.. kemesraan antara suami isteri dan kerjasama yang terjalin sangat erat.



Waa.. saat menulis entri ini hati semak
in menggebu-gebu, wawawa. Tahap excited yang sangat melampau ini sampai menyebabkan saya pernah mencari info-info macam mana nak mudah dapat baby kembar bila dah kahwin nanti. Mujurlah teman-teman dan insan tersayang menasihati dan menyedarkan yang itu semua rezeki ketentuan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu bersabar dan berdoa.. keinginan dan naluri yang terlalu kuat membuatkan saya menjadi insan yang terlalu mengharap. Namun perlahan-lahan kini mula belajar menerima hakikat, kalau dapat alhamdulillah dan kalau tak dapat pun mungkin ada hikmahnya... insyaAllah.



Rasa nak tergelak pun ada bila pernah berangan nak ada sampai kembar 4.. hehe. Angan-angan hana farhana ni bukan boleh percaya sangat.. imaginasi kuat sangat. Tapi tak ada yang mustahil kan..:) Dalam pada berangan tak sudah tu sempat lagi men'culik' beberapa gambar kembar dari mr google.. hehe. Confirm geram tak abis tengok gambar-gambar diorang ni.
























Okey.. lepas dah tengok gambar-gambar tadi mari bersama-sama saya letak tangan kat dada dan kemudia perlahan-lahan sabarkan diri sendiri.. sabar, sabar. InsyaAllah, Allah bersama orang-orang yang sabar.. amin!


Cukuplah setakat ini kot entri saya kali ni.. tak sanggup dah nak tulis panjang-panjang lagi pasal baby.. selamat tahun baru dan selamat menjamu mata di laman entri akhir tahun ini:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...