10 March 2011

~Doa Selamat + Makan-makan~


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah buat pertama kalinya entri dapat disiapkan terus tanpa perlu peram dalam draft beberapa hari atau masa.. juga dapat menaip dengan tenang sambil berehat sesudah mengemas rumah tadi. Alhamdulillah juga sangat kenyang, lihat saja gambar-gambar di bawah.. semua enak-enak. Sedikit pun tak tinggal tau dalam entri ini. kalau tertinggal juga nak buat macam mana kan.. hehe.

Persiapan sebelum bermula majlis..














Persiapan di dapur...






Kedua-dua di atas adalah 'bakal' puding..



'Bakal' berdegil.. eh, begedil.. hehe.

Okey.. ni yang sudah siap..



Puding..



Rojak buah..



Kek lapis Sarawak..



Yang ini tidak perlu perkenal rasanya.. hehe



Gulai ikan tongkol..



Ini pasangan gulai tadi ya..



Kaum kerabat soto..



Erk, yang ini lari tema. macam mana boleh masuk ni??



Camera woman yang tidak profesional.. lalala



Smile from us.. :)

Mak, ayah.. selamat berkelah di Tasik Kenyir.. saya pula ada meeting esok pagi, kena rehat dulu..:)



08 March 2011

Bukan Tips Tapi Cuma Perkongsian..

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap orang ada masalah dalam menguruskan masa kan.. saya pun sama (angkat tangan). Situasi yang sama bagi seorang pelajar- bangun lambat ---> mandi ala kadar ---> tidak sempat sarapan pagi---> pakaian tidak terurus dengan baik.


Okey, saya nak kongsi sedikit bagaimana caranya agar pagi
kita yang ceria tidak terlepas sarapan pagi. Sarapan sangat penting tau.. juga bagaimana agar dapat mandi dengan sempurna dan berpakaian dengan kemas dan terurus terutama tang tudung, hehe.


Just a simple step..

1. Susun buku-buku mengikut jadual kuliah pada waktu mala
m. Jangan sesekali buat last minit pada waktu pagi kerana tinggi risiko untuk tertinggal buku. Cara ini juga efektif, pagi-pagi hanya tinggal ambik buku-buku yang sudah disusun dan kemudian terus ke kuliah.


2. Gosok baju siap-siap pada waktu malam, jangan sesekali gosok last minit. Risikonya kalau bangun lambat pasti sarung terus je kan. Lagi satu, kalau ditakdirkan tiada elektrik kena pakai kusutlah la kan.. hehe. Katakan tidak untuk ini okey. Jaga peribadi tau sebagai seorang Muslim/ Muslimah.





2. Tentukan kerongsang atau pin yang hendak dipakai pada esok hari. Biasanya nak match dengan warna tudung atau baju kan.. kalau tak b
uat macam ni, kelam kabutlah jawabnya pilih-pilih kerongsang yang banyak dalam bekas tu. Ini juga mempengaruhi penampilan tau (dah macam perunding imej pula.. hehe).





3. Ini pula supaya tidak terlepas sarapan pagi yang penting.. untuk yang sama menu macam saya bolehlah cuba, kalau nasi goreng atau mi goreng sah-sahlah tak boleh diaplikasi, hehe. Caranya ialah sapu jem @ mentega kacang kat roti siap-siap lepas tu masukkan dalam bekas. Pagi hari cuma tinggal nak bancuh air sahaja dan terus bersarapan. Kala
u tak sempat juga, boleh bawa roti tu ke kuliah.. ada masa free bolehlah makan, hehe. Jimat masa di situ, perut pun tidak terabai.









Alhamdulillah setelah saya aplikasikan semua cara ini, masalah kelam kabut pada waktu pagi dapat diatasi. Tidak rugi pun mencuba kan. Selamat mencuba! Tapi tak lupa nak bagi kredit kat sahabat saya suel sebab hampir setiap hari cop tempat duduk untuk saya.. syukran suel, jasamu dikenang. Jazakillah khairan kathira..:)



06 March 2011

~Kem Belukar Bukit~

Bismillahirrahmanirrahim...

Yeah.. baru kembali dari kem. Perasaan? Seronok kot.. hehe. Tempatnya tiada line telefon, celcom pun di tempat tertentu sahaja yang ada. Kawasannya pula merupakan dataran pacat. Eww.. gerun kan! Tapi yang paling best mestilah sumber airnya yang sejuk.. air b
ukit kan. Nama pun belukar bukit, terpencil je tempatnya. Waktu tengahari rasa macam nak tidur je dalam bilik mandi sebab sejuk.. lalala.


Okeylah, tak nak celoteh banyak sangat. Kita tengok gambar-gambar dulu ya. Nanti saya celoteh lagi di pertengahan dan akhir entri:)




saya sangatlah terpana saat pertama kali lihat binatang ini.. sangat panjang okey. Agaknya ini king of gonggok kot.. erk, ye ke?




Ini pelan universiti kumpulan saya, budget 500 juta tu..... hehe




Sangat suka kuliah maghrib ni, serius tidak mengantuk :)


Saya kongsi sedikit ilmu yang disampaikan Encik Tarmizi (gambar) tapi bukan isi kuliah maghrib tu tau. Ini versi lain.. hehe.

3 Golongan Yang Harus Dijauhi Dalam Majlis Ilmu:

  • Orang yang lelap- telah disapu dengan maskara syaitan.
  • Golongan yang bercakap-cakap- telah disapu dengan lipstick syaitan.
  • Golongan yang asyik mahu keluar- telah dipukul dengan tongkat syaitan.
Sesungguhnya saya insaf.. katakan tidak pada alat solek syaitan, wawawa. Bersamalah kita menjadi golongan yang mencintai majlis ilmu, insyaAllah.

Ini adalah sesi kembara pada hari terakhir..










Bukit botak.. kami datang ni.




Itu laluan kami..




Hai aboh.. nanti jumpa lagi ek.




Subhanallah.. sangat indah! sayalah pencinta alam sekitar, hehe.


Seterusnya adalah penampilan untuk berhadapan dengan mr. pacat.. hehe..



Inilah dressing saya pada sesi kembara.. hehe. Zamri (coursemate) kata saya askar jepun, sampai hati sungguh.. hehe.


Alhamdulillah kem yang best, dapat ilmu + kawan baru + pengalaman baru + lebih mengenali alam ciptaanNya.. syukur sangat tidak menjadi mangsa mr. pacat :)

p/s: credit for miss Nuyu.. thanks a lot for the pictures, so sweet. Ukhuwah fillah..

01 March 2011

Cepat-cepat.. Sini Ada Jawatan Kosong!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya nak iklankan satu jawatan ni.. pendapatannya sangatlah lumayan. Tidak terdapat di mana-mana. Tak percaya? Hm.. mari kita lihat.


Jawatan:
  • Makmum solat jemaah 5 waktu

Pendapatan Lumayan:
  • 27 kali ganda pahala 5 kali sehari

Elaun Perjalanan:
  • 1 langkah ke masjid / surau = 1 pahala dan terhapus dosa

Bonus Bulanan / Mingguan:
  • Khutbah Jumaat, kuliah Maghrib dan kuliah Subuh

Kelayakan:
  • Baligh, lelaki dan perempuan, tidak gila dan uzur syarie

Tempat Temuduga:
  • Masjid dan surau berdekatan kediaman anda




Waktu / Masa Temuduga:
  • Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak

Tarikh Tutup:
  • Sebelum mati atau tiba hari kiamat

Betulkan apa saya telah katakan. Jadi apa tunggu lagi, ganjaran yang sungguh lumayan bukan.. meh la kita pergi berduyun-duyun, hehe.


28 February 2011

La Tahzan..

Bismillahirahmanirrahim..





Dengan penuh rasa rendah hati dan takutkan Yang Esa, saya memohon seribu kemaafan pada insan yang telah saya guriskan hatinya petang ini.. saya amat tidak sengaja. Begitulah lidah jika tidak dijaga dengan seeloknya. Semoga tuhan mengampunkan dosaku.. Astaghfirrullah al-azim. Sesungguhnya ukhuwah kita lillahi taala.. semoga terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.




Semoga lembut hatimu melihat kecomelan kanak-kanak ini.. InsyaAllah:)

p/s: La tahzan ya.. cek minta maaf tau. Cek tau cek salah..



27 February 2011

As-Sobru Minal Iman..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam keadaan yang agak sedikit serabut daripada biasa saya cuba selitkan entri ini.. serba tidak kena rasanya selagi masalah ini tidak setel. Tidak tahu mana silapnya.. mohon sesiapa sahaja boleh bantu ya.

Segalanya bermula selepas post entri Keutamaan Dalam Perhubungan.. lepas publish post tengok-tengok entri itu sahaja yang ada kat page.. mulanya fikir masalah internet yang slow tapi bila keadaan berterusan hati mula tidak tenang. Saya bukan orangnya yang mahir dalam dunia blog, kerana itu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Seingat-ingat tidak ada pula klik-klik mana yang tidak patut.. oh, ini ujian okey.

Bila jenguk kat blog teman-teman juga tidak ada entri terbaru dari Sangkar Mustika walhal sudah post entri baru.. agaknya apa yang telah terjadi ya. InsyaAllah hati cuba bertenang dan terus bertenang. Semoga segalanya bakal pulih.. InsyaAllah.


25 February 2011

Keutamaan Dalam Perhubungan

Bimillahirrahmanirrahim...

Hampir setiap hari melawat dan menyapu sawang di halaman ini akhirnya hari ini dapat juga post entri yang semoga dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Bukan apa, kalau saya simpan sahaja dalam dokumen laptop ini entah saya akan baca atau tidak. Barangkali juga sudah tidak ingat dalam folder mana saya letak. Tapi kalau post kat sini insyaAllah akan baca kerana itu fitrah kan.. hehe. Sambil menyelam minum air, boleh kongsi dengan sesiapa sahaja kan.. biiznillah.


Kita semua mempunyai ibu bapa dan insyaAllah sangat sayang dan hormatkan mereka kan. Tapi antara ibu atau bapa, yang mana kita perlu lebih utamakan? Mungkin ada yang kata, "ala.. sama je mak atau ayah dua-dua kita kena hormat. Kenalah adil, mana boleh lebihkan siapa-siapa". Hm, memang betul tapi sebenarnya ibu adalah lebih utama. Sebabnya ibu sudah mengalami kepayahan mengandung, melahirkan dan menyusukan.


‘ Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya ( memisahkan susuan) dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

(Surah Luqman: 14)

Oleh sebab itulah, sekiranya ibu dan bapa memanggil kita serentak lebih afdal menyahut panggilan ibu dahulu kerana keutamaannya. Nama pun syurga di bawah tapak kaki ibu kan.. tapi, jangan abaikan bapa pula ya. Bersamalah kita bir al walidain..


Dalam perhubungan suami isteri pula, suami merupakan keutamaan bagi seorang isteri. Sebab itulah seorang isteri wajib taat kepada suami selagi tidak disuruh melakukan perkara yang dilarang syarak. Antara ibu bapa dan suami, suami adalah lebih utama bagi wanita yang bergelar isteri. Semoga kita sama-sama sedar dan cakna dengan keutamaan dalam perhubungan ini. Rasulullah saw bersabda:


‘ Apabila seorang perempuan itu solat 5 waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya maka dikatakan padanya: masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang dia mahu’.

(Riwayat Ahmad dan Tabrani)


Oleh kerana keutamaan seorang isteri adalah suaminya jugalah isteri kena meminta izin suami apabila keluar rumah, menutup keaiban suami dan memenuhi kehendak suami.


Antara kita dan sahabat, sahabat adalah lebih utama lagi oleh itu perlulah berbuat baik kepada sahabat dengan menyayanginya, menolongnya ketika diperlukan sama ada dengan diri mahupun harta dan mendoakan baginya dengan kebaikan . Sebagaimana sabda Rasulullah saw daripada Abu Darda’:


' Tidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya tanpa pengetahuannya melainkan malaikat akan berkata: "Dan bagimu juga kebaikan yang sama" '.

(Riwayat Muslim)


Lepas ni jangan buli kawan-kawan kita lagi ya.. hehe.


Perhubungan dengan jiran tetangga juga ada keutamaannya. Perlulah diutamakan jiran yang berada lebih dekat dengan rumah kita berbanding jiran yang duduk jauh.. contohnya kalau kita menghulurkan makanan, utamakanlah jiran yang lebih dekat sebelum jiran yang lebih jauh. Allah swt berfirman:


‘ Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki’. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri’.

(surah an-Nisa’: 36)


Perhubungan dengan tetamu macam mana pula ya.. sudah pasti tetamu lebih utama lagi. Hendaklah diutamakan dari sudut makanan, minuman, tempat tidur sekiranya bermalam dan juga tempat duduk. Berusahalah kita memberi layanan yang terbaik kepada tetamu melebihi diri sendiri.. seperti kisah Nabi Ibrahim yang begitu memuliakan tamu padahal tidak dikenalinya sebagaimana dalam Firman Allah swt:


‘Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tamu Ibrahim (malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan, “Salaman (salam)”, Ibrahim menjawab, “Salamun (salam)”. (Mereka itu) orang-orang yang belum dikenalnya. Maka diam-diam dia (Ibrahim) pergi menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk (yang dibakar)….’

(surah az-Zariyat: 24-26)


Selain itu, kita sebagai golongan muda perlu mengutamakan golongan yang tua dengan menghormati dan memuliakan mereka. Sebagaimana telah Rasulullah khabarkan kepada pemuda-pemuda yang menghormati orang yang lebih tua daripada mereka:


‘ Tidaklah lebih mulia seorang pemuda yang menghormati orang yang lebih tua darinya melainkan Allah menetapkan siapa yang akan memuliakannya ketika tua nanti’.

(Riwayat Tirmizi)


Bagi orang yang kaya atau berkemampuan pula, keutamaan mereka adalah orang fakir. Sekiranya mereka mempunyai harta sama ada emas, perak, ladang, binatang ternakan atau perniagaan yang luas wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat hartanya kepada orang-orang fakir. Janganlah sakali-kali bakhil kerana ianya tidak akan terhalang dari azab Allah sebagaimana disebutkan dalam al-Quran:


‘ Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya pada jalan Allah maka berilah khabar gembira kepada mereka iaitu azab yang pedih’.

(surah at-Taubah: 34)


Sebenarnya ada banyak lagi perhubungan kita sesama manusia yang mempunyai keutamaannya namun sebahagian ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama secara ringkas. Semoga ia bermanfaat untuk kita. Sebagaimana saya sendiri juga kurang tahu mengenai beberapa perkara mengenainya sebelum ini. InsyaAllah kita sama-sama praktikkan dalam kehidupan ya..:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...