15 February 2011

"Giveaway- Special Gift From Mia-Ina"

Bismillahirrahmanirrahim...







Alhamdulillah berjaya merealisasikan hasrat untuk join giveaway ni.. sudah lama nak join dan ini adalah yang pertama kalinya saya join. Saya tidak mengharapkan apa-apa di sebalik ini, cuma ingin menyahut seruan kak mia iaitu nak mengeratkan lagi ukhuwah fillah.. insyaAllah.


Buat kak mia, semua soalan yang perlu dijawab saya rungkaikan sekali dalam entri ini ya.. semoga tidak menyulitkan:).. sebenarnya sudah agak lama saya bercita-cita nak tulis entri ini tapi terpaksa postpone beberapa kali disebabkan line internet yang tersangatlah cemburu.. entri tasik kenyir saya (coming soon) pun tidak terpost lagi..


[Setahun lalu]- Ex roommate sangat suka baca blog, makanya habit itu terjangkit kepada saya. Walhal sebelum ini saya tidak mengenali dunia blog. Ketika itu, saya sangat suka buka 1 blog ni sebab bagi saya blog itu sangat menepati hati saya. Melalui blog itu, saya jumpa blog kak mia tapi masa tu belum jadi Istana Cinta 'Adin-Mia' lagi sebab kak mia belum kahwin lagi.. hehe. Saya suka baca blog kak mia masa tu sebab nak tahu perkembangan dietnya. Kagum sangat sebab beliau bersungguh ingin mengurangkan berat badan.


Setelah itu.. lama sangat saya tidak mengunjungi blog kak mia, sesekali sahaja. Sampailah awal tahun ni, tergerak hati nak mengunjungi semula blognya. Saya terpana juga masa sampai di muka pintu 'istananya' itu.. apa tidaknya, kak mia dah kahwinlah. Ketinggalan sungguh saya. Lepas tu, blognya pun semakin cantik dan sedap mata memandang. Pandai kak mia touch up blog.. :)


Sejak saya dah mengunjungi semula dan follow istana kak mia, setiap kali buka Sangkar Mustika saya mesti klik blog beliau. Walaupun tiada entri baru saya tetap akan klik untuk lihat teman-temannya pula atau lihat kalau-kalau ada sesuatu yang baru di istananya. Sambil itu saya boleh baca semula entrinya yang lepas-lepas yang saya belum sempat baca.


Terlalu banyak perubahan pada istana kak mia jika dibandingkan setahun yang lalu ketika saya menjadi silent readernya.. Jika dahulu lebih kepada entri diet dan kesihatan tapi sekarang sudah pelbagai. Entri berunsur islamik pun ada, itu yang paling best. Selain tu, banyak yang saya boleh pelajari melalui blog kak mia, antaranya saya pelajari bagaimana nak menghargai teman-teman blogger yang lain dengan saling menziarah dan bertukar-tukar komen yang membina di samping tinggal pesan kat chatroom. Membaca tinta kak mia juga beri saya semangat untuk berusaha mendapatkan apa yang kita hajatkan. Cuma bezanya kak mia dengan plan diet dan saya dengan plan study. Thanks kak mia.. kerana itu saya merasakan Istana Cinta 'Mia-Adin' sangat istimewa.


Maaf jika saya berlebih-lebih tapi saya menulis entri ini dari hati.. saya juga hanya mengenali kak mia hanya di alam maya tapi besar harapan saya semoga ukhuwah berlanjutan ke realiti.. Ukhuwah kita fillah, di sini kita bertemu dan semoga petemuan ini akan terus membuahkan kebahagiaan.


Harapan saya, teruskanlah membina istana kak mia.. ramai yang suka baca tinta kak mia. Semoga Istana Cinta yang dibina berkekalan ke akhir hayat, insyaAllah.

P/s: Jeles la tengok orang lain dah kawin.. wawawa.

13 February 2011

~Kembara Tasik Kenyir~

Bismillahirrahmanirrahim...





Alhamdulillah berjaya terjah Tasik Kenyir pada 11 Februari yang lalu. Kali ini tak nak cerita panjang-panjang sebab gambar-gambar kat bawah ni akan ceritakan segala-galanya ya.. jom lihat.




Lihat tanda merah.. tasik kenyir kat terengganu:)






Tasik Kenyir tersangat luas.. kami cuma mampu datang situ, hehe.






Haa.. spa pun ada tau



Ini semua adalah kaunter tiket bot..




Percaya tak yang klasik ni adalah balai polis? hehe..




Betul tak saya kata.. hehe




Sebelum meneruskan ekspedisi (cewah!) mari isi tenaga dulu..




Selamba sungguh kan mereka ini makan di taman dengan beralas kertas.. lalala




Sangat berselera.. nyam-nyam..



Lets go.. itu jetinya ya.





Abang pemandu bot yang sangat sporting.. hehe




Jeti.. kami dah sampai.


Ini destinasi kami.. jom!



4.30 pm- baru tiba..




6.00 pm- balik..



Jom...





Sangat indah.. subhanallah!






Erk.. beratnya!



Cantikkan pemandangan matahari terbenam ni..



Maha Suci Allah yang menciptakan..



Okey, nak balik dah..



Ini makan malam saya yang tak habis dimakan.. ish-ish.



Suel suruh tulis camni- 'ini makanan suel..' hehe.



Syukran farah untuk sate yang sedap ni.. nyam-nyam.




Hm..sangat seronok + puas sebab impian nak ke Tasik Kenyir sudah tercapai. InsyaAllah akan datang nak pergi lagi, nak terjah Gua Taat.. :) Jom lihat lagi banyak gambar.. hehe.






08 February 2011

~Selamat Tambah Umur~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih berkesempatan bernafas dan menghirup udara di bumi Allah ini.. syukran ya Rabb atas nikmat sihat dan umur panjang ini.. insyaAllah. Abah dan mak, lihatlah anak gadismu kini.. kian meningkat dewasa. Ibarat mawar yang sedang berkembang mekar di taman larangan. Semoga kematangan akal fikiran dan kesolehaan mengiringi kedewasaan.. insyaAllah.


9 Februari 2011.. hari lahir yang ke berapa ya agaknya, hehe. Saya bagi pembayang dan silalah selesaikan ya.. hehe. Mak menjadi isteri abah pada usia 19 tahun dan ketika usianya mencecah 21 tahun, saya telah dilahirkan. Semasa umur saya 2 tahun, itulah umur mak yang sama dengan saya kini. Macam pening je kan baca pembayang ni.. lalala. Cuma beza yang nyata ialah saya belum ada anak berumur 2 tahun pada ketika ini.. hehe. Mak, abah.. lagi 2 tahun ya ke arah itu..:)


Bila sudah bertambah umur ni, teri
ngat pula kenangan-kenangan hari tambah umur yang lalu.. saya tidak pernah celebrate birthday, hanya sesekali itupun diraikan teman-teman dan keluarga. Namun dalam berbanyak kenangan itu, ada satu yang paling menusuk kalbu sehingga ke hari ini.. hehe.


Al-kisahnya ketika itu saya berada di tingkatan 6 atas.. kebetulan adalah hari sukan sekolah. Kira-kira pukul 10.30 pagi saya bersama teman hendak pulang ke asrama. Tiba-tiba saya terlihat kereta kerja abah.. saya pun cepat-cepatlah bertemu abah. Rupa-rupanya abah bawa kek birthday yang beeesar untuk saya. Beserta dengan kad sekali.. hehe. Perasaan saya sudah dan amat tentu sangat terharu. Abah
sanggup tunggu berjam di situ semata-mata ingin beri kejutan kepada saya. Menangis terharu juga saya dibuatnya. Abah pesan, ' kek ni nanti makan dengan kawan-kawan'. Terima kasih abah dan mak atas kejutan itu.. Itulah kenangan hari tambah umur yang amat meninggalkan kesan di hati saya.



Inilah kad itu..




Comel kan.. sampai sekarang still kagum dengan abah sebab pandai pilih kad yang amat cute ni..









kata-kata hikmat yang menjadi sumber inspirasi tatkala malas + lesu tika study.. hehe


Siapa sangka kan anak abah yang dulunya ampus ini kini sudah besar rendah.. hehe. Tak boleh kata besar panjang sebab saya tak panjang pun, 145cm je.. lalala. Doa dan harapan buat diri sendiri semoga terus berusaha menjadi anak yang solehah + bersungguh-sungguh dalam pelajaran + menjadi muslimah yang sejati dan... terus menulis dan menulis lillahi taala..


Nak ucap selamat hari lahir juga buat ukhti Ummu Hani.. seronok kan berkongsi tarikh lahir, ada saja yang mengingati setiap tahun. Semoga terus menjadi muslimah solehah dan semoga redha Allah sentiasa mengiringimu.. insyaAllah.


P/s: Selangkah umur meningkat, makin hampir jualah langkah menuju ke alam sana.. subhanallah. Syukran kepada sahabat-sahabat yang tidak putus mengirimkan sms mendoakan saya ..:)


06 February 2011

Kenapa Perlu Jujur??

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengar tajuk entri ni macam nak dengar ceramah pula kan... hehe. Jangan bimbang, usah risau entri biasa-biasa saja. Sekadar renungan dan pedoman untuk kita bersama. Sebelum tu nak tunjuk gambar-gambar ni dulu supaya kalian semakin faham tajuk entri yang macam tajuk ceramah ni.. hehe.











































Hakikatnya gambar-gambar itu nampak biasa saja kan. Tapi kesemuanya menggunakan prinsip yang sama iaitu KEJUJURAN. Tuan punya jualan hanya tinggalkan di lorong jalan kaki dan atas meja sahaja serta menyediakan bekas duit. Kalau berlaku ketidakjujuran, sudah pasti fenomena seperti di atas tidak boleh diaplikasikan kan..


Dalam setiap gambar seperti yang kita lihat telah disediakan bekasnya beserta nota sekali bagi memudahkan pembeli. Moral yang dapat disimpulkan melaluinya, seandainya semua manusia di muka bumi ini jujur dan amanah mudah kehidupan kita kan.. nak tinggalkan kedai sekejap untuk mengerjakan solat pun tidak mengapa. Tidaklah berlaku situasi tinggalkan solat atau qada solat semata-mata kerana risaukan jualan dicuri orang. Urusan seharian pun jadi mudah kan..


Apa-apa pun, renung-renungkanlah:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...