05 July 2012

Antara Hormat & Geram


Bismillahirrahmanirrahim…


Pernah tak rasa terancam bila keseorangan di rumah pada waktu malam kemudian datang tetamu tak diundang masuk ke dalam?? Kalau perempuan mungkin boleh dimaafkan, wajar dirai sebagai tetamu tapi yang ini lelaki dan suami orang.. berseorangan pula tu.. tidaaaak!


Alkisahnya bermula bila mak dan abah bertandang ke rumah nenek saudara di kampung sebelah sebab anaknya nak kahwin pada hujung minggu. Maka tinggallah saya seorang di rumah.. tak jadi masalah pun sebab dah biasa ditinggal begitu kalau mak abah nak ke mana-mana.


Tapi pada malam itu tiba-tiba saya didatangi tetamu yang bermotorsikal.. sudah dengan tiada salam, menyapa saya yang di dalam rumah dengan bunyi hon yang membingitkan pula berkali-kali.. kelam kabut saya mencari penutup aurat tanpa melihat dahulu siapa yang datang itu.


Segera saya membuka pintu..gulp! pakcik itu rupanya.. memang  selalu datang ke rumah tapi berurusan dengan abah. Saya segera jelaskan ketiadaan abah dan mak dengan harapan dia cepat-cepat beredar pulang. Tidak enak rasanya dipandang orang apatah lagi saya sendiri sangat tidak selesa.


Lain saya harapkan lain pula yang terjadi.. pakcik tadi turun dari motor dan menyatakan hajatnya. Katanya mahu meminta tolong dibukakan mesej-mesej dalam handfon sebab mahu melihat mesej penting dari anaknya. Saya tahu pakcik itu memang tidak tahu membuka apatah lagi menaip mesej dalam telefon. Lalu dengan penuh husnudzon  saya membantu pakcik tu.


Saya tunjukkan mesej yang pakcik tu mahu tapi pakcik tu suruh salin atas kertas pula.. serba salahnya ketika itu. Lalu saya minta diri mengambil pen dan kertas tapi pakcik itu pun turut ikut masuk ke dalam rumah.. aaaaargh, saya tak ajak pun.. (jerit dalam hati penuh geram). Cepat-cepat saya menyalin mesej pakcik tu dan serahkan padanya.. syukurlah pakcik tu meminta diri selepas selesai pertolongan tu.  


Syukur.. Allah menjaga dan melindungi saya. Walaupun saya nyata sangat takut tapi berjaya juga membantu pakcik tu biarpun perasaan bercampur antara hormat dan geram. Mungkin juga silap saya kerana membuka pintu sedangkan saya seorang diri.. tidak mengapalah, saya jadikan ini 'ibrah sebagai pedoman pada masa hadapan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah sentiasa ada menjaga walau di mana saja..


Renung-renungkanlah..

4 Hari


Bismillahirrahmanirrahim…











Comel kan Anis Sumayyah yang baru berumur 4 hari ni.. gambar ni saya ambil masa datang melawat si kecil ni dan ibunya beberapa hari lalu. Lena sangat tidurnya, lebih-lebih lagi bila Cikgu Apnah bedongkan dia.. aiiiiii, comelnya kamu. Indah dan sempurna sungguh kejadian yang diciptakan-Nya.. masya Allah.



Tak nak cakap banyak-banyak dalam entri ni.. nanti saya tak boleh kawal perasaan pula bila bercakap soal baby.. hehe. Semoga Anis Sumayyah membesar menjadi wanita yang solehah, anak yang solehah dan hamba-Nya yang solehah.. aminnnn. Doa yang baik-baik semua untuk kamu si comel.



Senaman Tommy


Bismillahirrahmanirrahim…


Usah pelik tiba-tiba hana farhana menulis pasal senaman.. hehe. Senaman santai yang menyeronokkan dan boleh mengeluarkan peluh juga. Pakai baju kurung pun boleh buat.. siapa yang rasa-rasa malas nak senaman boleh ajak anak-anak buat ni kat ruang tamu je. Tak percaya lihat sajalah video senaman tommy ni.





 
Saya telah aplikasi senaman ni dalam pembelajaran b.arab murid-murid prasekolah saya.. lalala. Saya telah tukar beberapa lirik ke b.arab seperti kaki dan tangan supaya mudah untuk mereka ingat pada bila-bila masa.


Hasilnya setiap kali saya masuk ke prasekolah, masing-masing rengek nak senaman tommy.. hehe. Seronok tengok mereka bersenam sambil tergelak-gelak..






 Saya seronok melihat mereka seronok.. dan saya sangat senang hati melihat mereka enjoy belajar b.arab sambil tawa riang :)



Sekian entri seorang guru..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...