28 September 2011

..1st Trip Together..

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur biiznillah akhirnya bersempena dengan konvokesyen yang lalu saya berjaya membawa walidain bercuti ke Terengganu sekaligus menyampaikan hajat terpendam mak yang sangat teringin nak naik flight.. hehe. Mulanya agak sedkit risau juga kalau mereka culture shock di negeri orang.. (ceh, bajet macam ke luar negara). Namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga kembalinya kami ke kampung halaman.



Sepanjang 6 hari di sana, saya tidak lepaskan peluang bawa mereka lawat tempat-tempat yang biasa menjadi persinggahan saya dan geng karas.. cuma sedikit terkilan bila saya dan suel kempunan nak pekena char kuey tiaw pakcik gerai 24 jam.. wawawa. Abah sedikit merungut kerana di sana tidak putus dengan pelbagai jenis makanan sampaikan abah yakin duduk sebulan di sana pasti dia akan jadi gemuk.. haha.



Bukan sahaja bertemu kawan-kawan lama dan seisi keluarga angkat tapi juga kedatangan kami turut disambut dengan beberapa pelajar Indonesia yang mengikuti program di sana.. biarpun bertemu cuma sekejap tapi ukhuwah antara kami mula terjalin erat. Meriah sangat suasana di rumah ayah.. paling seronok juga bila dapat jumpa wafi lagi, cucu sulung ayah. Semakin comel dia kini.. geram sangat-sangat dengan budak taat seorang itu.


Okeylah, tak mahu bebel lagi.. bukk! saya hidangkan gambar yang banyak untuk entri kali ini, haha. Selamat menjamu mata:)





Di tapak pesta konvo..




Saya bawa mereka mengelilingi dunia di Taman Tamadun Islam..












Keluarga saya dan suel..












Singgah berteduh di masjid China


















Konon di Oasis.. hehe









Macam kanak-kanak riang kan.. hehe


Berkelah di pantai beramai-ramai..










Sila abaikan pemandangan atas..hehe



Geram betul dengan si taat seorang ni!





















Jamu selera di tepi pantai.. nyam-nyam.

















Udang celup tepung



Sotong celup tepung



Jagung parut
Petang di waterfront Kuala Terengganu..
















Pekena air buah pior.. hehe.





Wafi seorang je makan nasi air..



Abah dan bapa suel 'terseksa' dengan gelas besar.. haha













Kami sudah mahu pulang.. tatata


InsyaAllah nak kembali lagi ke Terengganu.. Semoga dimurahkan rezeki untuk merealisasikan niat ini.. amin:)


23 September 2011

Konvokesyen.. Hari bahagia :)

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah.. akhirnya dapat meluangkan sedikit masa untuk membersihkan sawang di sangkar mustika. Tiada apa yang lebih mengujakan selain dapat kongsi gambar-gambar konvo baru-baru ini. Seronok dan teruja sebab dapat jumpa semula teman-teman walaupun tidak lama mana pertemuan itu dan juga dapat bersama lagi dengan keluarga angkat yang dirindui. Semoga kesempatan itu akan tiba lagi.. insyaAllah.


InsyaAllah akan datang saya akan kongsikan pula gambar-gambar bersama keluarga sepanjang berada di Terengganu hari tu.. kali ni hanya sempat kongsikan ini sahaja dulu. Semoga kesempatan untuk mengupdate lagi tidak terlalu lama..




Sebelum majlis bermula..






control ayu kot.. hehe










Mak saya dan mak suel.. thanks for the flower:)







Bersama mak & abah



Bersama mak & ayah





Thanks siti sebab datang juga walaupun nak ke kelas..


Bersama cik Nisa


Syok sendiri dengan cik mai.. hehe


Kami lah ni si geng karas..


Geng karas bersama parents masing-masing



Ini pula geng sabah yang sama kos..








Bersama peminat-peminat kami.. hehe




Tengok gambar-gambar ni rasa macam nak konvo setiap hari.. hehe. Confirm dapat banyak bunga, patung.. amboi! Tapi jealous tau tengok kawan-kawan usung suami pada hari konvo.. wawawawa. Next time saya update lagi ya.. tata.



14 September 2011

Ke Mana Saya Selama Ini??

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih dapat meluangkan masa menjenguk sangkar sepi ini.. wawawa, agak sedikit janggal sebab boleh tahan lama juga la menyepikan diri.. hehe. Saya masih di sini, di sisi abah dan mak namun agak sedikit sibuk dengan pelbagai tugasan di klinik. Oops, sudah bergelar nurse kini.. wawawawa.


Kala hujung minggu pula masa dicuri oleh si adik untuk ambil pulang dari kerja.. memang sangat jarang dapat menatap wajah blogger.com, wajah en. google malahan en. yahoo juga kini. Sabarlah.. nak buat macam mana kan.


Best ke kerja klinik???
Beeeeeeeeeest! Sebab boleh jumpa ramai baby yang amat comel + petah + gebu.. geram yang amat. Selain tu juga dapat belajar banyak perkara macam cek group darah patient, sediakan peralatan cucuk2, belajar jahit luka yang mengerikan, paling takut bila kena assist patient yang buat pap smear.. ngeri tau.


Ada banyak lagi kisah saya dan klinik, insyaAllah akan datang saya kongsikan lagi.. cukuplah dulu kot setakat ini sebab Im on the way to Terengganu.. hehe. Membuak-buak rindu nak ke sana.. Sedikit masa lagi akan update gambar-gambar yang comel lote.. hehe.

16 August 2011

.:Kisah Qalbi:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa belajar kat universiti, selalu tak dengar makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat kampung kata kat mak ayah kita macam ni.. ' untunglah kamu, anak kamu si polan tu tak lama lagi boleh kerja elok pakai kereta besar'.. ---->Sangat selalu dengar.. teramat sangat. Maka si anak yang mendengar pun berusaha mengawal hidung yang semakin kembang dan kempis, hehe.


Tapi sebenarnya perkara itu tidak semestinya.. wawawa. Hari ini saya sudah mengalaminya, mendapatkan pekerjaan itu tersangatlah susah. Rasa nak nangis selalu bila fikir pasal kerja. Tapi, usah fikirkan sangat nanti stress pula.


Tahu tak apa hikmah di sebaliknya.. selain boleh tengok tv puas-puas kat rumah sampai dah boleh ingat intisari rancangan semua chanel kat astro, boleh juga mempraktikkan bakat memasak yang terpendam dek kerana tak dapat memasak kat hostel kampus dulu-dulu. Selain itu juga boleh berbakti dengan jayanya kepada kedua orang tua.. bila lagi nak tolong ringankan beban kan. Esok-esok dah kerja kena tinggalkan mereka lagi seperti masa lalu kita di universiti yang sangat jarang lekat kat rumah..


Maka dengan itu, janganlah cepat melatah dengan rezeki yang belum tiba itu.. masih ada banyak perkara bermanfaat kita boleh lakukan sambil duduk di bawak ketiak mak ayah.. hehe. ( Kata-kata ikhlas untuk diri sendiri). Melihat adik yang sudah 2 kali menghadiri temuduga membuatkan saya benar-benar sedar bahawa rezeki Allah itu ada di mana-mana dan untuk siapa sahaja. Darjat dan kelulusan bukan jaminan yang tetap untuk mendapat kerja. Buktinya sangat ramai bukan yang berkelulusan tinggi menganggur.


Oleh itu, sesuai dengan pepatah arab 'siapa yang menanam maka dia yang mendapat hasilnya'.. jangan putus asa ya menghadapi cabaran hari esok. Selamat bersabar dan teruskan perjuangan buat saya sendiri dan yang seangkatan :)


13 August 2011

Ahhhhhh....... Saya Trauma!


Bismillahirrahmanirrahim...

Waa.. sekian lama tidak menulis blog apa sudah jadi dengan Hana Farhana? Sebenarnya bukan saja-saja menyepikan diri tapi ada perkara lain yang lebih aula untuk dibereskan. Tersangat rindu mahu menulis dan menulis tapi idea-idea dan perkongsian hanya terlekat di minda sahaja.


Memang saya masih dalam keadaan sedikit trauma. Sedikit saja okey.. hehe. Alkisahnya seperti biasa setiap malam hujung minggu asalah menjadi rutin saya untuk ambil adik balik dari kerja. Tiba-tiba semalam yang telah malang tidak berbau, saya secara tidak sengaja terlanggar anjing yang kebetulan melintas jalan.


Pertama kali setelah menjadi pemandu saya terlanggar objek yang bernyawa.. Saya sangat terkejut dan agak blur sedikit setelah kejadian. Tapi, serius memang ianya tidak disengajakan. Anjing tu tiba-tiba saja muncul dari tepi jalan dan terus melintas jalan dan sangatlah hampir dengan tayar kereta. Saya memang tidak sempat untuk brek.


Hmm.. mengingati kejadian itu memang cukup membuatkan saya sedih mengenang nasib anjing malang tu. Masih terdengar-dengar lagi raungan anjing tu selepas dilanggar. Sangat sayu.. wawawawa.


Mujurlah saya dan adik-adik selamat, cuma no flat kereta yang patah teruk. Syukur juga kereta tidak remuk.. Peristiwa itu benar-benar membuat saya sedikit trauma setiap kali melihat ada anjing atau binatang-binatang lain di jalan. Kalau nampak binatang dalam jarak 1km lagi saya dah slow kan kereta.. hehe. Tipulah tu, dah lah rabun jauh mana nak nampak objek dalam jarak 1km di hadapan.. lalalala.


Pengajarannya, pandu cermat jiwa selamat. Biar lambat asal selamat. Ingatlah orang yang tersayang.. lalalala.

P/s: Semoga trauma ini akan segera pergi.. fuhhhhh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...