11 March 2011

Oh.. Schedule


Bismillahirrahmanirrahim...


Terlebih dahulu entri ini adalah khas buat diri sendiri.. Peringatan agar diri ini tidak lagho dan berusaha membahagi masa sebaik mungkin. Salah satu sebab saya post kan di sini sebabnya saya sangatlah malas rujuk kalendar, hehe. Selalu rajin tanya roomate sahaja atau teman-teman. Paling rajin pun rujuk kalendar handset, itupun tidak sesuai nak letak sebagai reminder atau apa-apa sahaja sebab bimbang lupa nak rujuk. Tapi kalau letak dalam ' rumah kedua ' saya ini insyaAllah akan selalu lihat sebab paling kurang pun dua hari sekali saya akan bertandang ke sini. Banyak lagi sebenarnya tarikh yang tidak tersenarai di bawah, sekadar menyenaraikan yang paling penting dan utama sahaja.

  • Mesyuarat agung tahunan (AGM) PSSCM UniSZA – 15 Mac 2011
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola (JKP) 1 – 16 Mac 2011
  • Raptai Majlis Mesyuarat Agung Cawangan 1 – 18 Mac 2011
  • Ujian Hafalan al-Quran – 20 Mac 2011
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola (JKP) 2 – 23 Mac 2011
  • Raptai Majlis Mesyuarat Agung Cawangan 2 – 25 Mac (siang)
  • Mesyuarat Agung Cawangan Terengganu – 25 Mac 2011 (malam)
  • Lawatan ke Parlimen Kuala Lumpur – 28 hingga 31 Mac 2011
  • Tarikh akhir submit tesis – 17 April 2011
  • Final exam bermula – 24 April 2011


Agak gentar juga sebenarnya apabila bergelar pelajar tahun akhir.. pelbagai cabaran dan rintangan perlu diharungi. Kena bersiap dari segi mental dan fizikal. Semalam semasa berbual dengan mak di telefon, mak sempat ceritakan yang abah tidak sabar nak jahit baju batik. Kain sudah dibeli, tinggal nak jahit sahaja.. bila tanya mak nak jahit kenapa, mak jawab macam ini.. " anak dia nak konvo kan tak lama lagi, tu yang abah nak jahit baju batik tu.. ". Okey, saya tahu saya perlu berusaha dengan sebaik mungkin agar impian mereka yang tersayang tercapai.. insyaAllah.


Semoga tuhan beri saya kekuatan untuk terus mengharungi kehidupan yang mendatang ini.. kuatkan kaki saya ya Rabb untuk terus melangkah tanpa berpatah sedikit pun.. Tapi walau apa sekalipun, ' rumah kedua' ini akan tetap saya kunjungi dan penuhi ruangnya seperti biasa.. jadikan kesibukan sebagai cabaran untuk terus ke hadapan ya. Chaiyok-chaiyok princess.. hehe.


Ini adalah entri buat saya.. :)

10 March 2011

~Doa Selamat + Makan-makan~


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah buat pertama kalinya entri dapat disiapkan terus tanpa perlu peram dalam draft beberapa hari atau masa.. juga dapat menaip dengan tenang sambil berehat sesudah mengemas rumah tadi. Alhamdulillah juga sangat kenyang, lihat saja gambar-gambar di bawah.. semua enak-enak. Sedikit pun tak tinggal tau dalam entri ini. kalau tertinggal juga nak buat macam mana kan.. hehe.

Persiapan sebelum bermula majlis..














Persiapan di dapur...






Kedua-dua di atas adalah 'bakal' puding..



'Bakal' berdegil.. eh, begedil.. hehe.

Okey.. ni yang sudah siap..



Puding..



Rojak buah..



Kek lapis Sarawak..



Yang ini tidak perlu perkenal rasanya.. hehe



Gulai ikan tongkol..



Ini pasangan gulai tadi ya..



Kaum kerabat soto..



Erk, yang ini lari tema. macam mana boleh masuk ni??



Camera woman yang tidak profesional.. lalala



Smile from us.. :)

Mak, ayah.. selamat berkelah di Tasik Kenyir.. saya pula ada meeting esok pagi, kena rehat dulu..:)



08 March 2011

Bukan Tips Tapi Cuma Perkongsian..

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap orang ada masalah dalam menguruskan masa kan.. saya pun sama (angkat tangan). Situasi yang sama bagi seorang pelajar- bangun lambat ---> mandi ala kadar ---> tidak sempat sarapan pagi---> pakaian tidak terurus dengan baik.


Okey, saya nak kongsi sedikit bagaimana caranya agar pagi
kita yang ceria tidak terlepas sarapan pagi. Sarapan sangat penting tau.. juga bagaimana agar dapat mandi dengan sempurna dan berpakaian dengan kemas dan terurus terutama tang tudung, hehe.


Just a simple step..

1. Susun buku-buku mengikut jadual kuliah pada waktu mala
m. Jangan sesekali buat last minit pada waktu pagi kerana tinggi risiko untuk tertinggal buku. Cara ini juga efektif, pagi-pagi hanya tinggal ambik buku-buku yang sudah disusun dan kemudian terus ke kuliah.


2. Gosok baju siap-siap pada waktu malam, jangan sesekali gosok last minit. Risikonya kalau bangun lambat pasti sarung terus je kan. Lagi satu, kalau ditakdirkan tiada elektrik kena pakai kusutlah la kan.. hehe. Katakan tidak untuk ini okey. Jaga peribadi tau sebagai seorang Muslim/ Muslimah.





2. Tentukan kerongsang atau pin yang hendak dipakai pada esok hari. Biasanya nak match dengan warna tudung atau baju kan.. kalau tak b
uat macam ni, kelam kabutlah jawabnya pilih-pilih kerongsang yang banyak dalam bekas tu. Ini juga mempengaruhi penampilan tau (dah macam perunding imej pula.. hehe).





3. Ini pula supaya tidak terlepas sarapan pagi yang penting.. untuk yang sama menu macam saya bolehlah cuba, kalau nasi goreng atau mi goreng sah-sahlah tak boleh diaplikasi, hehe. Caranya ialah sapu jem @ mentega kacang kat roti siap-siap lepas tu masukkan dalam bekas. Pagi hari cuma tinggal nak bancuh air sahaja dan terus bersarapan. Kala
u tak sempat juga, boleh bawa roti tu ke kuliah.. ada masa free bolehlah makan, hehe. Jimat masa di situ, perut pun tidak terabai.









Alhamdulillah setelah saya aplikasikan semua cara ini, masalah kelam kabut pada waktu pagi dapat diatasi. Tidak rugi pun mencuba kan. Selamat mencuba! Tapi tak lupa nak bagi kredit kat sahabat saya suel sebab hampir setiap hari cop tempat duduk untuk saya.. syukran suel, jasamu dikenang. Jazakillah khairan kathira..:)



06 March 2011

~Kem Belukar Bukit~

Bismillahirrahmanirrahim...

Yeah.. baru kembali dari kem. Perasaan? Seronok kot.. hehe. Tempatnya tiada line telefon, celcom pun di tempat tertentu sahaja yang ada. Kawasannya pula merupakan dataran pacat. Eww.. gerun kan! Tapi yang paling best mestilah sumber airnya yang sejuk.. air b
ukit kan. Nama pun belukar bukit, terpencil je tempatnya. Waktu tengahari rasa macam nak tidur je dalam bilik mandi sebab sejuk.. lalala.


Okeylah, tak nak celoteh banyak sangat. Kita tengok gambar-gambar dulu ya. Nanti saya celoteh lagi di pertengahan dan akhir entri:)




saya sangatlah terpana saat pertama kali lihat binatang ini.. sangat panjang okey. Agaknya ini king of gonggok kot.. erk, ye ke?




Ini pelan universiti kumpulan saya, budget 500 juta tu..... hehe




Sangat suka kuliah maghrib ni, serius tidak mengantuk :)


Saya kongsi sedikit ilmu yang disampaikan Encik Tarmizi (gambar) tapi bukan isi kuliah maghrib tu tau. Ini versi lain.. hehe.

3 Golongan Yang Harus Dijauhi Dalam Majlis Ilmu:

  • Orang yang lelap- telah disapu dengan maskara syaitan.
  • Golongan yang bercakap-cakap- telah disapu dengan lipstick syaitan.
  • Golongan yang asyik mahu keluar- telah dipukul dengan tongkat syaitan.
Sesungguhnya saya insaf.. katakan tidak pada alat solek syaitan, wawawa. Bersamalah kita menjadi golongan yang mencintai majlis ilmu, insyaAllah.

Ini adalah sesi kembara pada hari terakhir..










Bukit botak.. kami datang ni.




Itu laluan kami..




Hai aboh.. nanti jumpa lagi ek.




Subhanallah.. sangat indah! sayalah pencinta alam sekitar, hehe.


Seterusnya adalah penampilan untuk berhadapan dengan mr. pacat.. hehe..



Inilah dressing saya pada sesi kembara.. hehe. Zamri (coursemate) kata saya askar jepun, sampai hati sungguh.. hehe.


Alhamdulillah kem yang best, dapat ilmu + kawan baru + pengalaman baru + lebih mengenali alam ciptaanNya.. syukur sangat tidak menjadi mangsa mr. pacat :)

p/s: credit for miss Nuyu.. thanks a lot for the pictures, so sweet. Ukhuwah fillah..

01 March 2011

Cepat-cepat.. Sini Ada Jawatan Kosong!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya nak iklankan satu jawatan ni.. pendapatannya sangatlah lumayan. Tidak terdapat di mana-mana. Tak percaya? Hm.. mari kita lihat.


Jawatan:
  • Makmum solat jemaah 5 waktu

Pendapatan Lumayan:
  • 27 kali ganda pahala 5 kali sehari

Elaun Perjalanan:
  • 1 langkah ke masjid / surau = 1 pahala dan terhapus dosa

Bonus Bulanan / Mingguan:
  • Khutbah Jumaat, kuliah Maghrib dan kuliah Subuh

Kelayakan:
  • Baligh, lelaki dan perempuan, tidak gila dan uzur syarie

Tempat Temuduga:
  • Masjid dan surau berdekatan kediaman anda




Waktu / Masa Temuduga:
  • Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak

Tarikh Tutup:
  • Sebelum mati atau tiba hari kiamat

Betulkan apa saya telah katakan. Jadi apa tunggu lagi, ganjaran yang sungguh lumayan bukan.. meh la kita pergi berduyun-duyun, hehe.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...