Alhamdulillah rasa seronok berada dalam alam pekerjaan walaupun agak letih..
Rasanya letih belajar lagi menyeronokkan.. hehe.
Apatah lagi dapat berdamping dengan kes-kes mahkamah, rasa seronok dan teruja..
Bercerita tentang kerja, teringat pertemuan kali kedua dengan 'seseorang' semalam.
Pertemuan singkat yang agak menggeramkan juga namun saya sabarkan sahaja.
Teringat beberapa hari yang lalu semasa singgah membeli lauk di sebuah cafe, saya telah bertemu dengan bekas senior semasa di sekolah menengah dahulu. Tidak sangka pula cafe itu dimiliki oleh keluarga akak senior itu.. betapa saya merindui zaman sekolah dulu-dulu.. dalam pertemuan kali pertama itu, saya sekadar menyapa ringan sambil bertukar senyum memandangkan dia sendiri sibuk melayani pelanggannya.
Semalam setelah habis waktu pejabat, saya bersama sahabat-sahabat singgah membeli barang keperluan. Takdir menemukan saya sekali lagi dengan akak senior tersebut.. Saya tetap menegurnya seperti biasa. Tidak elok rasanya membiarkan orang menganggap saya sombong nanti.
' Beli barang kak? '
' A'ah.. beli barang untuk cafe ni. Kamu kat mana sekarang ni? '
' Saya tengah praktikal sekarang kak, kat atas je kat JHEAINS. '
' Oo... patutlah labuh semacam je tudung.. '
Selepas berbual ringkas saya segera meminta diri.. teringat-ingat kata-kata akak tersebut. Rasa sedih, geram semua bercampur-campur. Sedemikian rupa anggapan terhadap yang bertudung labuh. Setiap perbuatan itu hendaklah disertai niat.. Jika niat kita bertudung labuh kerana sesuatu, hasilnya tidak akan ke mana. Betapa menyedihkan sekali keadaan kita pada hari ini. Dalam hati saya berkata betapa berat tanggungjawab sebagai insan yang belajar ilmu agama lebih-lebih lagi yang bertudung labuh.
Semoga mentaliti umat Islam pada hari ini tidak tertumpu kepada suatu perkara sahaja. Jika begitulah anggapan umat Islam sendiri entah bagaimana pulalah anggapan mereka yang tidak beragama Islam. Bersama-samalah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan perkara yang betul. Semoga kita menjadi hamba yang diredhai, lebih-lebih lagi muslimah yang sejati.
' Wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah....'
Renung-renungkanlah....


