20 April 2010

Kami Dianiaya !!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis biarpun laptop tengah koma dan belum dapat dipastikan puncanya. Special thanks to my roomate atas kesudiannya meminjamkan laptop untuk melakarkan bait-bait ni.. ( meremang bulu roma taip ayat ni.. hehe ).

Kala mengisi peluru habis-habisan untuk paper Bahasa Arab esok hari ( suka sangat study last minit.. hehe ) teringat akan wajah-wajah kesayangan di kampung. Teringat saat bekerja sebagai cashier di kedai ayam segar dahulu semasa menunggu result SPM.

Banyak sangat penindasan terhadap saya dan sepupu pada masa itu tapi kami sabarkan sahaja. Suatu hari tu, saya bercuti sehari sebab menguruskan hal nak sambung study. Maka sepupu sahajalah yang bertugas menjaga kaunter wang pada hari itu. Keesokannya saya pergi bekerja, saya terkejut apabila dikhabarkan duit semalam susut sehingga RM200 ++...

Apa yang lebih mengejutkan apabila saya dan sepupu dituduh berkomplot melesapkan duit sejumlah itu. Bayangkan perasaan saya dan sepupu pada ketika itu.. Dalam pada terkejut + tergamam itu, saya yakin sepupu tidak sekali-kali melakukannya. Ya, kami dianiaya !!

Saya segera menelefon abah yang tengah bekerja dan mengadu perkara tersebut. Abah yang juga terkejut ( mujur abah tiada penyakit jantung ) bergegas tiba. Maka berlakulah ' peperangan ' antara abah dan pengurus kedai tersebut. Sesekali saya menyampuk juga mempertahankan diri. Geram rasanya difitnah sedemikian rupa.. sudahnya, pengurus nekad tidak mahu membayar gaji kami sebagai ganti rugi.

Akhirnya abah yang tidak mahu memanjangkan perbalahan berkata kepada pengurus kedai dengan disaksikan oleh saya, sepupu, penyelia kedai dan beberapa pekerja lain.

" Saya bersumpah jika betul ini perbuatan anak saya dan sepupunya,
mereka tidak akan selamat di dunia dan akhirat.
Tapi jika ini satu penganiayaan kedai ini tidak akan kekal.. "

Tersentak juga saya mendengar kata-kata abah.. jujur saya takut. Selepas berkata-kata sedemikian, abah terus mengajak kami meninggalkan tempat tersebut dengan perasaan marah yang masih membara.

Sejak kejadian itu, saya sekeluarga tidak pernah lagi menjadi pelanggan di kedai tersebut.. fobia rasanya. Kini setelah lebih kurang 2 tahun peristiwa itu berlalu, kedai itu telah tiada. Telah berganti dengan kedai yang lain.. Maksudnya ??
Kedai itu sudah gulung tikar...

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan menerima doa mereka yang teraniaya. Yang jahat tidak selamanya terbela.. Alhamdulillah tuhan tunjukkan kebenaran biarpun kejadian itu telah lama berlalu..
Renung-renungkan..

# Semoga kita lebih berhati-hati sepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jadilah ketua yang adil dan bekerjalah dengan penuh jujur dan amanah...


13 April 2010

Terima Kasih Abah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang itu Ika pulang ke kampus dengan hati dan perasaan yang bercelaru..
ketenangannya diragut mendengar berita yang disampaikan oleh guru memandunya tadi.
Memang selama ini, berita itulah yang ditunggu-tunggu olehnya. Tapi hari ini semua itu seakan tidak bererti padanya.

Sesi pembelajarannya hampir tamat namun dia harus melangsaikan baki bayaran memandu sebanyak RM400 sebelum menduduki ujian memandu. Ika begitu runsing, di mana harus dicari duit sebanyak itu. Biasiswanya untuk semester ini belum masuk lagi, haruskah dia meminta pertolongan sesiapa sedangkan semasa mendaftarkan diri di akademi memandu itu dulu Ika nekad untuk menggunakan duitnya sendiri.

Sudahnya, petang itu Ika menangis semahu-mahunya di dada teddy bearnya..
Sedih sekali rasanya saat itu, impiannya hampir tercapai namun mendapat halangan.
Hampir sahaja Ika mengambil keputusan untuk menangguhkan pelajarannya di akademi itu namun bila difikirkan semula rugi pula. Hanya tinggal selangkah sahaja lagi sebelum impiannya tercapai. Kepalanya mula ligat mencari jalan penyelesaian.

Akhirnya handphone di hujung katil dicapai, jari-jemari mula menari manaip mesej buat abah di kampung. Namun sekerat jalan hasratnya dibatalkan. Ika terus mendail nombor abah.
" Assalamualaikum abah.. " sapa Ika saat talian di hujung bersambut. Setelah saling bertanya khabar dan berbual mesra Ika menyuarakan hasratnya dengan teragak-agak. " Bah, Ika dah nak habis belajar memandu, dah nak ambil test ni. Tapi....... ". " Tapi apa.. tak ada duit nak bayar ya..". Bijak sekali abah meneka apa yang bermain di hati anak daranya itu. Ika sedaya upaya cuba menahan rasa sebak di dada. Bukan dia tidak tahu keadaan keluarganya yang sederhana sahaja, tambahan pula adik-adiknya semua masih bersekolah. " Abah cuba tolong, nanti abah telefon Ika semula ya ". Abah memberi jaminan setelah Ika memberitahu jumlah yang diperlukan.

Tidak lama selepas itu abah menelefon Ika semula memberitahu akan memasukkan jumlah wang yang Ika perlukan keesokannya. Ika yang merasa amat terharu menangis sepuasnya..
Dalam hati Ika berjanji wang itu hanya pinjaman, dia nekad hendak membayar semula duit abah setelah biasiswanya masuk kelak.

Hari yang ditunggu tiba, dalam debar Ika tidak putus-putus berdoa semoga dia lulus dalam ujian ini. Semoga berkat duit abah yang dipinjamnya.. Namun sekali lagi Ika kecewa apabila dia gagal dalam ujian tersebut. Ika nekad hendak mengulangnya semula. Sekali lagi kepada abah Ika mengadu. Abah berjanji membantu Ika mengambil ujian JPJ tersebut di daerahnya sahaja.
Dalam hati Ika terharu.. abah malahan memberi semangat dan galakan kepadanya.

Begitulah ayah dan ibu.. tidak pernah sekali-kali membiarkan anak-anaknya berduka dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat anak-anak. Namun bagaimana kita sebagai anak, telah laksanakah tanggungjawab kita sebagai anak..Adakala kita tanpa sedar melukai hati mereka. Nauzubillah.... semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah.


Dua ibu bapa tak boleh derhaka,

Besar jasanya kepada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka...


" Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
rahmatilah mereka sepertimana mereka
memeliharaku sejak kecil ".

# Sayang abah & mak sangat-sangat, semoga diberi ketenangan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah..


08 April 2010

~ Trip To Kelate ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Im back.. hehe. Rehat yang agak lama dan kembalinya saya menulis blog dengan cerita tentang trip ke Kelantan baru-baru ini. Sebelum itu laptop telah masuk ke wad icu atas sindrom yang tidak dapat dielakkan.. hehe. Alhamdulilah kini telah sihat walafiat..

Saya bersama-sama rakan course yang lain telah ke Kelantan bukan untuk enjoy tau.. tapi atas tuntutan study. Menimba ilmu dan semestinya kena buat report tentangnya.. Teruja juga ke sana kerana ni adalah kali pertama menjejak kaki ke Kota Bharu.. So excited.. hehe.








Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan..
Unik sungguh tempatnya kerana bangunannya yang bercirikan Thailand. Kami dibawa melawat ke sekitar tempat oleh pengawal yang bertugas. Terima kasih yang amat buat En. Nasruddin atas kerjasamanya. Apatah lagi orangnya amat peramah dan mesra.. teringat akan pesanannya kepada kami semua semasa berada di dewan persidangan,
' Esok kalau kamu semua jadi pegawai jangan jadi orang yang sombong
' . Agak terkesan di hati saya mendengar kata-katanya.. dalam hati saya segera berkata InsyaAllah...

Beliau juga sempat berpesan, ' Kalau letak agama di hadapan, dunia akan follow. Tapi kalau letak dunia di hadapan, agama akan jauh ketinggalan.. ' .







masing-masing tengah sibuk nak ' bersidang '.. hehe.



unik kan reka bentuk Pejabatnya...



Kenangan sebelum meninggalkan pejabat SUK..


Seterusnya kami telah melawat ke Jabatan Hal Ehwal Negeri Kelantan ( JAHEIK ).. apa yang dapat saya katakan saat melangkah kaki masuk ke pejabatnya ialah ' so nice and cute '.. hehe.
Suasananya seperti tadika.. ( ni bukan kutukan tau !! ). Hiasan dalam pejabat sangat menyenangkan, kreatif sungguh staf-staf JAHEIK. Terasa keinginan untuk bekerja membuak-buak melihatkan persekitaran pejabat yang amat selesa..

Selain itu, pentadbiran JAHEIK telah dibahagikan mengikut 4 zon iaitu Zon Abu Bakar, Zon Umar Al-Khattab, Zon Khalid Al-Walid dan Zon Sumayyah. Kagum ahli rombongan dibuatnya..

Staf-staf JAHEIK juga ramah mesra belaka.. memberi kerjasama yang amat diperlukan. Terima kasih kepada mereka juga kerana sempat menyediakan jamuan ringan untuk kami semua pada petang itu.. gendang gendut tali kecapi, sambunglah sendiri.. hehe.





Selepas Asar kami semua bertolak meninggalkan Negeri Kelantan.. InsyaAllah teringin nak berkunjung lagi di lain hari.. sedih juga hasrat nak ke Pangkalan Kubor tak kesampaian..









Wajah-wajah ceria + letih..



pemandangan menarik dalam perjalanan..


# Report untuk dihantar tak siap lagi tapi report dalam blog awal lagi dah update.. hehe.


29 March 2010

Yang Tua Dibaja Yang Muda Diracun..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin agak pelik sedikit tajuk entri kali ini tapi itulah hakikatnya yang kita lihat pada hari ini samada kita sedar atau tidak, beri perhatian atau tidak.
Syukran atas tutorial ust Wan yang memberikan saya idea tentang entri kali ini..

Ramai antara kita melihat situasi pada hari ini tapi sejauh mana kita sedar bahawa golongan muda, remaja terutamanya sedang diracun.. manakala golongan tua pula dibaja seeloknya. Macam tumbuhan pula.. hehe.
Seolah-olah menjadi fenomena pada hari ini masjid atau surau-surau menjadi rumah kedua bagi golongan tua. Golongan muda pula berada di clubbing dan sebagainya.

Tempat-tempat yang tidak elok itu menjadi pusat racun golongan muda.. Nauzubillah.
Semoga kita sedar dan tidak diracun sama..
Jika kita lihat di masjid atau surau, hanya beberapa orang sahaja golongan muda yang memenuhi ruang. Namun kita tidak boleh menyalahkan mereka 100%..
Jika sekiranya pengurusan surau dikongsi bersama golongan muda, sudah tentu sedikit sebanyak dapat beri galakan dan peluang kepada mereka memajukan diri.
Namun apa yang kita lihat organisasi surau dimonopoli oleh golongan veteran..
Apa salahnya beri peluang kepada insan-insan yang bakal memimpin umat pada akan datang..
Manalah tau kan ada pula yang memiliki bakat terpendam selama ini.. hehe.

Semoga konsep yang tua dibaja dan yang muda diracun bakal berubah kelak menjadi tua dan muda yang sentiasa dibaja.. InsyaAllah.
Bersama-sama lah kita meninsafi diri jika tergolong dalam golongan yang diracun..
Renung-renungkan...


25 March 2010

Tips Menjadi Wanita Paling Berbahagia..

Bismillahirrahmanirrahim...


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyuk


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang menutup aurat dan mempunyai rasa malu, yang berwibawa dan memiliki sikap teguh


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang terpelajar, terdidik, serta selalu menelaah dengan penuh kesedaran dan selalu dituntun oleh petunjuk


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang bersabar, bertaubat dan hanya tunduk serta berharap kepada ALLAH


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur dan berdakwah dengan giat dan cekal


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang meneladani Asiah (isteri Firaun ), Maryam dan Khadijah


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang mendidik anak-anaknya dan mencetak generasi sejati


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang memelihara nilai-nilai kesucian dan menjaga keteladanan Nabi-Nya


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati serta menjauhkan diri dari perkara-perkara haram

~ Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah Al- Qarni, M.A ~


# Sekadar perkongsian buat sekalian kaum Hawa.. semoga kita mengambil manfaat daripadanya. Bersama ke arah pembentukan khairunnisa.. InsyaAllah.


20 March 2010

Gementar Namun....InsyaAllah

Bismillahhirrahmanirrahim...

Semakin hari semakin sibuk.. itulah yang saya rasakan tika ini.
Mohon maaf buat insan-insan di sekeliling yang merasa tempiasnya..
Bukan tidak letih namun segalanya harus disettlekan kerana ianya adalah tanggungjawab buat diri ini..
Setiap hari saya mohon semoga ada hikmah yang tidak terhingga di sebalik semua ini.. insyaAllah.
Turut memohon semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Tidak sabar rasanya untuk menamatkan segala komitmen dengan penuh kecemerlangan lantas menumpukan perhatian pada final exam tidak lama lagi..
Dalam kelam kabut mengulangkaji pelajaran tempoh hari..
terasa sebentar saat terbaca seperenggan ayat nukilan Yusuf al-Qaradhawi..


" Seringkali manusia tidak mampu mencapai matlamat-matlamat
besar dalam kehidupannya secara serta-merta
meskipun dia bersemangat untuk mencapainya.
Tetapi dia boleh mencapai matlamat-matlamat besar tersebut
jika dia melakukannya sedikit demi sedikit
dengan mengambil kira kekuatan diri serta kadar
potensi yang dimilikinya.
Usaha seperti ini tidak sekali-kali bercanggah dengan
syariah, tradisi atau akal sihat.
Bukankah para cendekiawan telah berkata :
jika sesuatu tidak dapat dicapai secara keseluruhan,
tidak semestinya kita meninggalkannya secara keseluruhan.. "


Saat keletihan lalu berperang dengan test yang bakal dilalui saya seolah-olah mendapat semangat setelah membaca ayat-ayat di atas..
besar maknanya buat mereka yang memahami..
Namun dalam hati tidak lepas dari kerisauan seandainya apa yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran..nauzubillahiminzalik....
InsyaAllah segala kepayahan ini mengajar erti ketabahan dan merupakan tutor yang baik untuk berusaha tanpa jemu..
April ini penamat kepada segala kepayahan saya selama ini..
3 perkara penting yang bakal saya lalui..
Jujur saya amat gementar... namun insyaAllah.

Buat teman-teman yang amat memahami terima kasih untuk segalanya..
Buat abang Asrul.. special thanks to you kerana amat memahami diri ini..
Sering beri nasihat yang berguna dan sentiasa berada di sisi saat susah dan senang..
Paling tak dapat dilupakan sokongan sambil pakai pakaian khas....hehe.
Sayang kamu sangat-sangat.........


16 March 2010

Walimatul Urus...

Bismillahirrahmanirrahim...

Merisik sudah bertunang pun sudah,
Tanda ikatan bakal termeterai,
Tiba hari akad dan nikah,

Meraikan bersama pasangan mempelai..

Alhamdulilah.. selesai majlis walimah yang diadakan di rumah mak da
n ayah pada 13 mac lalu..
Majlis yang meriah, sesuai dalam meraikan 3 pasangan pengantin iaitu mak s
audara dan 2 orang anak saudara..
Semoga pasangan-pasangan pengantin baru dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah..
Jom lihat gambar-gambar sekitar majlis..


Pelamin yang indah buat 3 pasangan..




Pasangan mempelai makan beradab..








Ala-ala cinderella gitu..















Antara menu pada hari tersebut..



kami lah anak-anak agkat ayah dan mak..


Semoga ikatan yang telah terbina kekal ke akhirnya ...
Selamat Pengantin Baru...


14 March 2010

Sandaran Hati....

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..terasa amat lama tidak update Sangkar Mustika atas tuntutan tugas yang tidak surut-surut..
Alhamdulillah juga presentation dan tasmi' pada hari ini dapat dilalui dengan baik..
Semoga beroleh hasil yang memberansangkan..
Hanya kepadaNya jua tempat kita memohon dan bergantung..

Hari ni nak ulas sedikit tentang kebergantungan kita selama ini..
Samada kita sedar atau tidak, walluahalam..
Bersama-samalah kita muhasabah diri..

Saya datangkan beberapa situasi sebagai ta'kid kepada apa yang nak dikongsi pada hari ini..

1. Seorang guru dilihat anak-anak muridnya mampu berjalan di atas air lalu mereka bertanya akan rahsianya lalu si guru menjawab rahsianya ialah dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim..lalu anak-anak murid seramai 10 orang mengikut jejak langkah guru itu berjalan di atas air. Namun malangnya hanya seorang yang berjaya berjalan di atas air..

2. Seorang pelajar universiti hendak menghadapi peperiksaan akhir semester lalu menghubungi ibunya di kampung mohon si ibu mendoakannya akan tetapi usaha pelajar itu sendiri tidaklah sekeras impiannya ingin mencapai CGPA 4.0..

3. Seorang pengamal seni bela diri berasa amat yakin apabila keluar ke mana-mana kerana ilmu bela diri yang dimilikinya, langsung tidak gentar akan apa pun kerana yakin ilmu yang dimiliki itu mampu melindunginya dari sebarang kecelakaan..

4. Seorang pelajar merasa amat bimbang akan pelajarannya yang tidak dapat diteruskan lantaran biasiswa/duit pinjaman belum masuk ke akaunnya. Tanpa duit tersebut seolah-olah pelajarannya bakal lingkup..

5. Seorang pemuda ingin melamar dan berkahwin pada usia yang muda bersama gadis yang dicintainya namun duit yang dikumpul belum mencukupi menghalang niatnya kerana bimbang keluarganya kelak hidup susah..

Situasi-situasi di atas menggambarkan betapa kita mudah alpa dan seterusnya rela menggantungkan diri kepada perkara-perkara lain selain Allah SWT.
Dalam situasi pertama walaupun kesemua anak murid mengucapkan lafaz Bismillah tapi mereka menggantungkan harapan kepada lafaz tersebut semata-mata melainkan seorang anak murid yang mengucap lafaz sambil mengharap kepada Allah SWT..

Situasi kedua pula memang sesuatu yang wajar dilakukan, tambahan pula doa ibu makbul disisiNya. Akan tetapi adalah tidak wajar sekiranya pelajar menggantungkan kejayaannya atas doa ibu semata-mata tanpa turut berusaha + berdoa + bertawakal..

Situasi keempat dan kelima pula adalah mengenai kebergantungan terhadap duit..
Duit bukanlah segalanya-galanya walaupun tidak dinafikan ianya amat penting. Walau sekeras mana kita berusaha sekiranya tidak diizinkan tuhan, duit tidak bertambah..Oleh itu, janganlah menjadikan duit sebagai sandaran untuk belajar atau sebagainya. InsyaAllah jika niat ikhlas dan betul akan dibukakan dan diperluaskan jalan rezeki..Siapa tahu sebelum berkahwin seseorang itu hidupnya susah namun murah rezekinya selepas berkahwin biiznillah...

Situasi ketiga pula menunjukkan bahawa ilmu yang kita ada bukan alasan untuk kita menjadi riak atau menyombong diri.. Setinggi mana ilmu yang dimiliki sekiranya tidak bersandar kepadaNya tidak akan ke mana..

Sebagai kesimpulannya, apa jua yang kita lakukan atas muka bumi ini segalanya bergantung kepada Allah semata-mata.. segala yang ada di sisi kita hanyalah jalan untuk sampai kepadaNya..bersamalah kita memuhasabah diri dan beristighfar atas segala keterlanjuran selama ini..

Renung-renungkan....

07 March 2010

Stress Oh Stress 2..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. dapat meluangkan masa upload gambar-gambar sesi pertama stress oh stress.. hehe.

Dalam sesi pertama ni, kami telah menyerbu ke Pesta Buku 2009 yang lalu namun hanya video yang sempat diambil di sana..
Hanya gambar-gambar makan bersama yang dapat diambil sebagai salah satu langkah yang kami pilih untuk hilangkan stress.. insyaAllah.
Jom lihat hasilnya...




























comel ke comot.. hehe



nyam-nyam..sedapnya


Sesekali makan bersama kat luar memang seronok..
Terbang segala tekanan dan masalah-masalah yang menghimpit..
( Boring makan kat cafe sebenarnya.. hehe )..
Buat teman-teman semoga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan hingga ke akhirnya.. insyaAllah..
Sayang kalian.......



06 March 2010

Stress Oh Stress 1...

Bismillahirrahmanirrahim...

Biarpun hujung minggu ini agak sibuk sedikit tapi adalah merupakan minggu yang terbest.. hehe.
Nak tau apa yang best nya..

Bermula minggu lepas saya bersama sahabat-sahabat group BI telah memulakan sesi projek baik punya..
Lalu minggu ini merupakan kesinambungan untuk sesi yang lepas..
Namun sesi yang pertama belum
dapat saya post kat sini atas sebab-sebab tertentu..
Tapi apa kaitannya tajuk di atas denga
n projek BI tu ye..
Sebenarnya projek yang kami pilih adalah bagaimana nak mengatasi stress..
so.. sesi yang telah kami jalankan memang agak berkesan dalam
menghilangkan stress..

Lets check it out....


* Beriadah di tepi pantai..







Biarpun panas terik, tetap posing juga.. hehe





Aksi apa lah agaknya ni ya..




Thanks to pakcik yang sporting..


* Next... main bowling, hehe.



Astaka... here we go..











Fuh... best sangat. Memang hilang stress dibuatnya.
Bowling pada hari itu berakhir dengan mata yang agak sengit antara 8orang pemain.. hehe.
InsyaAllah teringin nak main lagi...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...