31 January 2010

Pacar Baru..

Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu yang baru bermula ni dapat saya rasakan kehadiran 'seseorang' dalam diri saya.
Secara tak langsung ketenangan peribadi mula terhakis dek kehadiran 'seseorang' itu..
Jika sebelum ini letak kepala atas tilam dah boleh lelap.
Kini nak tidur tak lena, mandi tak selesa, makan tak kenyang..
Segala-gala serba tak kena..argh...tidak!!
Beberapa kelas juga terpaksa ditinggalkan dengan penuh penyesalan kerana penangan pacar baruku ini..huahua..

Kehadirannya benar-benar merubah separuh dari kehidupanku..
Itulah pacarku yang baru..jeng..jeng..diperkenalkan..

~SAKIT GIGI~

Amat teruk sekali kehidupan di samping sakit gigi..
Nak buat apa pun asyik tak kena je..
Tapi yang peliknya, yang sakit bukan tang yang berlubang..
Sakitnya pula sekejap atas, bawah, kiri dan kanan..
Memang pelik tapi itulah kebenarannya..
Selain dari berjumpa doktor gigi apa yang harus saya lakukan ya sahabi wa sahabiah..
Agaknya gigi ni nak merajuk kot sebab dah letih didera kunyah dan gigit any types of food..hehe.

Tapi dalam melayan pacar baru ni, saya akhirnya dapat beberapa pengajaran..
  • Kalau dah tau ada gigi yang berlubang, sila lah berhubung dengan dentist seberapa segera yang mungkin ( ni dah terhantuk baru terngadah..hehe. padan muka mu.. ).
  • Dah tau makan manis tak elok, buat juga.. ( lepas ni kena lah berehat atau bersara kot dari makan waffle..oh, tidak!! ) .
  • Kesakitan tu menyedarkan setiap hamba akan nikmat yang perlu disyukuri. Mungkin sebelum ni saya tak pernah hargai kesihatan gigi yang dikurniakan kepada saya.. Kiranya sakit ni adalah ruang untuk menginsafi diri..
P/s: Buat teman-teman, jaga kesihatan diri dengan sebaiknya. Hargai dengan sebaiknya nikmat sihat yang dikurniakan buat kita. Kesihatan yang dikurniakan adalah sekadar ujian tahap kesabaran kita sebagai hambaNya.. Bersyukur dengan setiap rahmatNya.. bersamalah kita menjadi muslimin wa muslimat yang sentiasa berada di bawah redhaNya..InsyaAllah Taala...

Innallaha ma'as sobirin...


30 January 2010

B.U.S.Y

Bismillahirrahmanirrahim...

Title di atas adalah dirujuk..hehe.
Kasihan sungguh kat tangan, kaki, seluruh badan ni lah kiranya..
Semua mengadu letih, tak cukup rehat..
Jangan sampai merajuk dah la ye wahai kaki dan tanganku sekalian..hehe.

Sepanjang minggu ni memang teramatlah sibuknya..
Seiring dengan sibuk dan letih, dalam kelas asyik pancing ikan paus je..hehe.
Memang amat menggeramkan la.

Ahad~ kelas bermula jam9 pagi dan berakhir jam5 petang..huhu. Malamnya pula kuteruskan
dengan kelas silat sehinggalah jam11 malam baru dapat berehat kat bilik.

Isnin~ Dapatlah rehat sikit bila jadual berakhir jam11 pagi..tapi minggu ni je lah sebab kelas
petang dah dianjak ke pagi..

Selasa~ Kelas bermula seawal 8 pagi dan berakhir jam4 petang..rutin hidupku.

Rabu~ Kelas bermula jam8 pagi dan berakhir jam 1 petang. Hari ni awal-awal pagi da pancing
paus..hehe. Memang nak kena sekeh ni.. Jam2 petang pula terus ke kelas teori
motor.. ( padan muka kan, hehe ).

Khamis~ Kelas ada 2jam je sepatutnya hari ni yang bermula jam9 pagi tapi disebabkan ada test
yang perlu dilangsaikan, ditambah lah lagi sejam pada waktu petang. Lepas test,
bergegas pula ke perjumpaan silat. Sebelah malamnya pula, ada perbincangan sikit
tentang study group yang mana telah mencapai kata sepakat yakni setiap malam isnin,
rabu dan khamis akan diadakan study group..wawawaaa..

Jumaat~ Pagi yang cerah merupakan saatnya ku membasuh dan mengemas bilik ( tu pun nak
bagitau ke.. ). petangnya pula sehingga ke malam adalah time berada kat rumah ayah..
Lama tak balik rumah ayah..nak buat macam mana kan, huhu. Selewat jam12.30
tengah malam baru dapat berada di bilik merehatkan diri. Fuh, memang letih amat.

Sabtu~ Nasib baik minggu ni kokurikulum bermula jam9.30 pagi.. dapat la rehat banyak sikit,
hehe. Jam2 petang pula bergegas ke kelas teori kereta pula ( padan muka lagi..hehe ).
Jam6 baru jejakkan kaki ke bilik tau.. terus bergegas siapkan kerja Bahasa Arab untuk
present esok.. hehe. Selesai je kerja tu terus ambil peluang post entry.. hehe.
Jam 9 malam pula terus ke kelas silat lagi..

Demikianlah rutinku seminggu ini..
Tu tak tersenarai lagi masa menyiapkan assignment yang berlambak.
Sesekali terasa juga, tak jadi artis pun boleh merasa sibuk.. hehe.
Apa-apa pun, life must go on..
Biar sibuk macam mana sekali pun, tanggungjawab sebagai muslimah tidak harus dipinggirkan..
Renung-renungkan...

28 January 2010

Sekadar Bercerita..

Bismillahirrahmanirrahim....

' Awak anak sulung ye..mesti rapat dengan mak kan.'
' Tak rapat sangat, biasa-biasa aje...'
Agak pelik sedikit tapi yang pelik tu ada benarnya. Apatah lagi jika si anak adalah seorang gadis. Agak pelik sekiranya tidak rapat dengan si ibu.. di manakah silapnya??

' Mak awak umur berapa?'
' 43 tahun..'
' mudanya..ni mesti rapat dengan mak kan.'
Indah sekali tanggapan insan-insan sekeliling..namun hakikatnya tidaklah seperti yang disangkakan. di manakah silapnya??

Mungkin pada individu yang mengalami ianya agak biasa kerana sudah terbiasa sejak dari kecil lagi. Maka betulkanlah yang biasa itu kerana sudah sepatutnya kita merasa yang luar biasa..
Mungkin individu ini seorang yang egois tapi tidak salah mencuba kan..

1. Sekiranya ada masalah peribadi luahkanlah pada ayah atau ibu..biarpun pahit tapi hasilnya pasti manis.

2. Jangan segan bercerita apa sahaja..jadikan mereka sebagai teman baik.

3. Tegur ibu bapa kita secara berhemah jika ada yang kurang berkenan di mata kita sebagai anak..berani kerana benar, takut kerana salah.

4. Buang rasa segan untuk peluk cium ibu bapa.

5. Jadikan senda gurauan dalam keluarga sebagai agenda penting setiap hari.

6. Biar berjauhan hubungi lah mereka selalu..jauh di mata dekat di hati. Kalau rasa kedekut, sms je lah..( terasa pula, hehe ).

Itu je lah kot setakat yang terlintas di fikiran..
Nak bagi tips untuk ibu bapa, tak layak lagi setakat ni..hehe.
Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa..( eh, betul ke? hehe..jangan marah my cikgu BM ye ).
Mula-mula memang lah agak susah tapi lama kelamaan pasti jadi habit..
Mak ayah kita tengok kita mesra semacam pun mereka mesti rasa nak bermesra je dengan kita..
Mungkin janggal pada awalnya tapi jika diamalkan selalu insyallah berhasil..

Melentur buluh memang dari rebungnya tapi kalau rebung tu direbus, dimasak elok-elok pasti akan jadi lembut juga..( ada kena mengena kah?hehe.. )
Renung-renungkan...

24 January 2010

Santai..

Bismillahirrahmanirrahim....

Saja je nak tunjuk gambar-gambar..hehe.
Nak tau gambar apa..tak nak bebel panjang-panjang, jom terjah..!!





Jeng..jeng..jeng..nak tunjuk gambar-gambar sekitar majlis penerangan dan demonstrasi PSSCM tempoh hari sebenarnya.. ( fuh, suspen je kan.. ).







Demonstrasi Silat Cekak Malaysia...

Selain demonstrasi, kaunter jualan turut dibuka.. jom serbu ( serbu dalam gambar je lah ye.. hehe ).




Wajah-wajah gadis penjaga gerai..















Hehe..menyibuk je kan kat meja pendaftaran tu..




Promote air mangga tu..





Ala-ala pendekar ayu..hehe


Apa-apa pun, memang happening sekali majlis malam tu.. rasa best sangat walaupun ada penat sikit. Sikit je tau, hehe.
Kepada yang berminat nak join PSSCM, kedatangan anda amatlah dialu-alukan ( macam skema je ayat tu.. ).
Bersamalah kita memartabatkan seni warisan melayu..:)

23 January 2010

Jom Beramal...

Bismillahirramanirrahim...

Agak terlambat sikit post entry ni tapi walau apa pun saya berjaya realisasikan juga..hehe.
Agak excited juga nak tunjuk gambar-gambar sekitar malam konsert tersebut.
Konsert Amal Tour De Tahfiz Nazrey Johani ni bertujuan kutip derma sempena nak menubuhkan sekolah tahfiz yang dinamakan Tahfiz Syahadah kat Ranau, Sabah.
Sesiapa yang hadir pada malam konsert tu memang agak teruja la melihat pelan Tahfiz Syahadah yang memang menarik lagi sedap pancaindera melihat..hehe.





besar gitu gambar abang Nazrey..



Turut menyerikan malam konsert tersebut ialah kumpulan Brotherz, as-Saufee dan Algebra ( ceh, ayat macam nak buat laporan karangan BM..hehe ). Tapi yang tak tahan tu, ramai sungguh peminat Ahnaf, vokalis kumpulan Algebra pada malam tersebut. Sungguh tak ku sangka..huhu.



Kumpulan as-Saufee..


Haa..yang kat sebelah kanan abang Nazrey tu la Ahnaf..



Antara penonton pada malam itu..


Memang agak berbaloi beli tiket RM5 untuk konsert amal ni.. puas hati sangat-sangat tau.

Usaha abang Nazrey ni memang wajar dapat pujian.. nak bina sekolah tahfiz yang pertama kat Sabah, kagum sungguh saya dibuatnya. Teringat gurauan seorang akak kat saya.. ‘nanti hantar anak pergi mengaji kat Tahfiz Syahadah ye..’. Saya pun dengan selambanya jawab la.. ‘ bukan setakat hantar anak, kalau boleh nak kerja kat sana.. hehe’.

Kepada sesiapa yang nak mengikuti perkembangan Tour De Tahfiz Syahadah abang Nazrey ni boleh la klik sini. Gambar-gambar sepanjang konsert pun ada tau, hehe ( ceh, promote ye.. ).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...