24 December 2012

Walimah Sahabat..


 Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah semalam berpeluang menghadiri walimah sahabat baik di kampungnya di Kota Belud.. syukur dipermudahkan perjalanan ke sana walaupun baru pertama kali dan sentiasa dipelihara oleh Allah SWT sepanjang perjalanan yang cuaca hujan.. alhamdulillah. Rasa nak cakap panjang-panjang tak sempat kot sebab agak kesuntukan masa.. tengok jelah gambar-gambar yang sempat diambil sebelum balik..

Agak kecewa sedikit sebab tak sempat tunggu dan lihat saly bersanding bersama suami sebab kekangan masa namun syukur sempat juga melihatnya berpakaian tradisi suku kaumnya iaitu Iranun..










Di belakang tu lah zauj saly tapi pemalu kot, tak dapat ambil gambar mereka bersama



























Pengantin dengan pengapitnya..








Ada 2 pelamin, satu yang biasa satu lagi yang tradisi..



Sebelum balik ganbar dulu.. thanks jun tolong ambil gambar:)







Semoga perkahwinan antara saly dan suaminya Redzuwan kekal bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh solehah... amin!



07 December 2012

My Girl

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni mood jiwang sikit, saya ingin bercerita tentang my girl yang ada di sisi saya selama ini.. biar kini kami tidak lagi duduk bersama bersembang bergosip dan membebel tentang itu dan ini tapi kami tetap akrab seperti dulu kerana dia adalah my girl.


Dulu semasa zaman u, my girl ni lah yang sering cop tempat untuk saya di kelas sebab hampir setiap hari saya akan datang lewat. Dia pasti akan cop tempat di sebelah dia.. jarang lah kami duduk jauh-jauh sebab nanti tak ada geng bergosip atau beritu ini masa boring dengar kuliah. 


Malam-malam atau hujung minggu bila keboringan melanda my girl ni lah yang akan bawa saya merempit ke bandar atau ke mana saja. Kadang tak ada duit pun jadi juga kami keluar membuang masa.. lalala.


Apa saja masalah, cerita dan apa lagi gosip terbaru pasti kami berdua saling berkongsi dan meluah rasa.. sangat rindu kenangan masa lalu itu, zaman kami masih muda remaja.. hehe.



 Kenangan hari bahagia kami..










 Lihatlah sampai dalam tandas kami abadikan kenangan bersama..


Even muka mengantuk dan penat pun still boleh posing bersama..:)



Hari ni sempena ulang tahun kelahiran my girl, sahabat baik saya dunia dan akhirat saya buat entri khas untuk dia.. walau kita jauh dari pandangan mata tapi sentiasa dekat di hati. Selamat hari lahir sahabatku suel.. semoga dipermudahkan segala urusanmu dan hidupmu akan lebih diberkati. Sanah helwah:) 


P/s: Rindu sangat-sangat kenangan masa lalu...



03 December 2012

Saat Mengingati Kematian


 Bismillahirrahmanirrahim...


Salam tengah malam.. tiada bezanya siang atau malam bagi student seperti saya. Orang lain sibuk menganyam mimpi indah, saya pula sibuk dengan assignment 'blog'.. :) Bak kata seseorang, sangkar saya ni sudah bersawang siap dengan tikus sekali.. lalala.

Agak sibuk sebenarnya dengan kelas serta tugasan tertangguh di IPG. Tapi sempat juga akhirnya berkongsi sedikit pengalaman dan gambar-gambar sepanjang kursus pengurusan jenazah yang telah berjaya saya dan rakan-rakan anjurkan.. alhamdulillah.

Bukan sahaja mengajak diri mengingati kematian tapi juga mengingatkan diri tentang fardu kifayah ini yang tidak pernah sama sekali saya cuba. InsyaAllah lepas ni jika diizinkan-Nya, saya mahu mencuba dan mengambil peluang menguruskan jenazah.. yang penting niat itu baik:)

Kata ustazah Aisyah yang jadi penceramah, kalau tak beri peluang sekarang kepada orang muda bila lagi?? sangat setuju sebenarnya! Lagi kata ustazah Aisyah, kalau semua orang tua-tua yang buat esok siapa nak menguruskan jenazah orang tua?? hmm..sangat terkesan di hati.



 Maksudnya: Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.

(Surah al-Anbiya': 35)


Secara tak langsung saya setuju, memang bukan mudah mendapat kepercayaan orang berumur untuk menguruskan perkara sepenting itu tetapi kita yang muda ni boleh cuba menonjolkan diri sedikit demi sedikit. Tidak mengapalah hari ini bermula sebagai tukang siram air je atau tukang pegang hos je.. insyaAllah esok-esok kita jadilah tukang cebok dan seterusnya. Sikit-sikit lama-lama mahir dan boleh dipercayai:)





 Barisan kepimpinan kami di pagi yang berkah itu





 Bentang kain kapan




 Ceramah + teori




 Bersama ustazah Aisyah di sudut praktikal wanita




 Aktiviti memotong kain kapan




 ustazah dah macam tailor yang ajar kelas jahitan:) kelas jahitan kain kapan..lalala




Kain kapan untuk 3 lapis pertama sudah terbentang luas




Tadaa..ni hujung kaki yang telah siap dikapan, jangan berfikir yang bukan-bukan sehingga mengganggu lena tidur kalian:)






















Ustazah kata mula-mula memang rasa takut dan tak berani nak mendekati jenazah tapi insyaAllah kita boleh hadapi, yang penting kuatkan semangat.. jujur sebenarnya saya sangat mengagumi ustazah Aisyah.. dalam dirinya penuh keikhlasan. Semoga saya mampu menjadi sepertinya.. amin.


Akhir kalam ini saya menyeru (ayat macam nak kempen) agar kita golongan muda boleh berada sebaris dengan yang lebih berusia dalam memartabatkan agama sendiri..jom sama-sama hazaf mentaliti, 'ko orang muda apa tau'....:)


 

06 October 2012

Ragam Budak Sofi

 Bismillahirrahmanirrahim...


 Pada suatu pagi ketika tidak ramai guru berada di sekolah, budak yang bernama sofi ni datang bersembang dengan saya di bilik guru seperti kebiasaannya.. masa tengah bersembang dengan sofi, tiba-tiba si kecil itu bergerak ke meja cikgu Razif dan memakai cermin mata hitam yang ada di atas mejanya.

Terus saya minta sofi posing elok-elok sebab saya nak ambil gambarnya untuk kenangan dan simpanan peribadi. Sofi dengan penuh sporting terus posing macam ni.....






Tiba-tiba sofi buka cermin mata tu dan hulur pada saya sambil cakap macam ni, 'ustazah lagi pakai, saya ambil gambar ustazah'.. adoi, tergelak saya dengan telatahnya itu. Saya pun layan aje dengan penuh sporting dan ini hasilnya.........





 Gambar separuh  muka inilah yang diambilnya dan saya tunjuk pada sofi sambil gelak-gelak dan bandingkan dengan gambarnya yang saya ambil tadi.. hehe. Lalu si budak sofi ni pun suruh saya pakai lagi semula cermin mata sebab dia nak ambil gambar saya cantik-cantik katanya. Lalu hasilnya...............






Tadaaa.... okeylah banding yang tadi kan, lalala. Kembang kempis si budak sofi dapat pujian dari saya. Kalau nak tau budak sofi ni baru tahun 1 dan agak manja dan nakal sedikit budaknya tapi saya suka bersembang dengan dia setiap pagi sebelum mula kelas. Semoga ukhuwah antara kami terjalin erat selamanya..:)


..Entri Yang Sudah Berlalu..

 Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ini sepatutnya saya share beberapa minggu yang lalu lagi tapi nak buat macam mana pelbagai kekangan ada. Alhamdulillah berjaya juga share entri ini sebagai kenangan pada masa depan:)

Majlis ni sebenarnya majlis merdeka raya yang lalu.. sebut je raya terus terbayang betapa ketinggalannya entri ini.. lalalala. Tak kisahlah yang penting update juga dalam blog.. kan.. kan.



 Kanak-kanak ribena yang sangat suka posing:)




 Pasangan pengacara majlis




 Serius konon.. hehe











Tiba-tiba ada gambar si comel ini..







Bersama kak ita..






Kembar tidak seiras






Sekian.. itu saja untuk kali ini. Lain kali saya tulis lagi:)


11 September 2012

..Dating..

 Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dapat meluangkan masa untuk dating setelah sekian lama tidak bertemu.. hanya berhubung melalui mesej saja. Syukur segala urusan dan perancangan dipermudahkanNya.. dapat juga peluang melepaskan kerinduan, hehe.

Kami bertiga dapat bersama lagi.. biarpun status mereka sebagai tunangan orang tetap tidak menghalang kami untuk keluar membuang sedikit masa, tenaga dan wang ringgit.. lalala.


Sementara tunggu saly pilih jam, posing dulu..




















 Kami tonton cerita 29Februari.. thanks buat kakak jaga kaunter yang baik hati semoga dimurahkan rezeki bagi kami tiket murah dan minuman saiz besar.. lalala


Dalam pawagam cuma ada kami bertiga dan sepasang penonton.. Rasa macam menonton di rumah, buat macam tonton tv sendiri.. lalala


Semoga dapat peluang bertemu lagi di lain hari walaupun mereka bakal isteri orang.. wawawa.
Syukran buat saly sudi datang jemput saya dan bawa kami pusing-pusing KK. Semoga ukhuwah kita berpanjangan:)






07 September 2012

Suatu Masa Dulu..


Bismillahirrahmanirrahim…

Dulu saya tak minat B.Arab, dulu saya tak pandai B.Arab, dulu saya rasa terpaksa belajar B.Arab sebab sekolah agama wajib ambil subjek B.Arab. Masa di tingkatan 1 dan 2 memang saya sangat tak peduli subjek yang 1 itu.. apa nak jadi, jadilah. Gagal subjek tu setiap kali test dan exam memang satu kemestian.. lalala.




Tapi bila dah di tingkatan 3, saya mula cuak + risau + takut dan berdebar-debar memikirkan subjek yang satu ini dalam PMR nanti. Kalau gagal subjek ni bermakna saya dah tak boleh meneruskan tingkatan 4 di sekolah ni tahun depan. Tambah pula mak dan abah berkali-kali ingatkan jangan sampai gagal B.Arab dalam PMR nanti. Malu kat orang kampung, jiran-jiran kalau tau pindah sekolah sebab gagal B.Arab.. adoi.



Mau tak mau saya usaha juga meningkatkan prestasi diri yang sangat tidak seberapa.. dah tingkatan 3 baru nak mula balik macam tingkatan 1 memanglah sangat payah. Mujur kawan-kawan sentiasa ada membantu. Malam sebelum paper B.Arab masa PMR tu memang nangis sungguh-sungguh berdoa tak henti.. minta mak abah doakan sekali. Kiranya masa PMR tu memang takut sangat-sangat nak menghadapi B.Arab.. hehe, dashyat kan.


Alhamdulillah berjaya dapat D.. bolehlah, kira berbaloi juga dengan usaha last minit nak menguasai silibus tingkatan 1 dan 2 dulu.


Bila naik tingkatan 4, saya jumpa pula B.Arab tinggi.. trauma dengan kenangan lalu bersama B.Arab tak hilang lagi kini jumpa pula subjek sama yang lagi advance..adoi.


Tapi nak dijadikan cerita, kehidupan saya sebagai pelajar menengah atas (tingkatan4 & 5) bersama B.Arab tinggi ni tidak sesusah masa menengah rendah dulu. Alhamdulilah dapat guru B.Arab Tinggi yang best.. mudah difahami corak pengajarannya. Lagi 1, ustaz ni memang tau saya kureng subjek ni. Setiap kali masuk kelas nama saya memang wajib dipanggil untuk disoal terutama tentang pelajaran yang lalu..maka, setiap hari saya mesti peka dengan jadual B.Arab Tinggi. Ulangkaji siap-siap pelajaran yang lalu untuk kelas akan datang, kalau tak faham saya akan rujuk kawan yang pandai. Apa tidaknya, masa tu dah ada rasa malu kalau asyik tak dapat jawab je.. mana nak control ayu lagi, lalala.



Alhamdulilah keputusan B.Arab Tinggi saya masa SPM boleh dibanggakan tapi tak payah bagitau lah berapa. Masa STPM pun saya bersungguh juga dalam subjek B.Arab walaupun sangat susah.. dan sampai ke hari ini saya meminati subjek B.Arab yang dulunya 'musuh' utama saya.


 Alhamdulilah kini saya bergelar guru B.Arab, dan setiap hari saya sentiasa cuba memperbaiki diri supaya boleh menguasai dengan baik bahasa al-Quran ni.


Siapa sangka yang dulunya bergelar si lembap B.Arab ni dah menjadi guru B.Arab.. sesiapa pun boleh memajukan diri asalkan ada kesedaran. Minat terhadap sesuatu mata pelajaran juga boleh dipupuk, yang penting cari kegembiraan dan keseronokan dalam pembelajaran. Ada peluang belajar, kena ambil dan guna sepenuhnya.. cewah, ayat cikgu.. lalala.


Renung-renungkanlah dan selamat berusaha:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...