05 July 2012

Senaman Tommy


Bismillahirrahmanirrahim…


Usah pelik tiba-tiba hana farhana menulis pasal senaman.. hehe. Senaman santai yang menyeronokkan dan boleh mengeluarkan peluh juga. Pakai baju kurung pun boleh buat.. siapa yang rasa-rasa malas nak senaman boleh ajak anak-anak buat ni kat ruang tamu je. Tak percaya lihat sajalah video senaman tommy ni.





 
Saya telah aplikasi senaman ni dalam pembelajaran b.arab murid-murid prasekolah saya.. lalala. Saya telah tukar beberapa lirik ke b.arab seperti kaki dan tangan supaya mudah untuk mereka ingat pada bila-bila masa.


Hasilnya setiap kali saya masuk ke prasekolah, masing-masing rengek nak senaman tommy.. hehe. Seronok tengok mereka bersenam sambil tergelak-gelak..






 Saya seronok melihat mereka seronok.. dan saya sangat senang hati melihat mereka enjoy belajar b.arab sambil tawa riang :)



Sekian entri seorang guru..


Perjalanan Yang Mengujakan


Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur Alhamdulillah saya ditempatkan bertugas di tempat sendiri.. jauh dari kesesakan lalu lintas dan kesesakan penduduk. Tapi Teknologi maklumat memang sangat-sangat lengang la di sini.. itu saja yang tak berapa suka, hehe.

Pemandangan-pemandangan di bawah adalah suasana yang saya lalui beberapa kali setiap kali ke sekolah… sangat indah. Terpegun saya di atas motor sambil terpesona. Pemandangan seperti ni tak selalu ada.. syukur diberi peluang menikmati keindahan ini. Dapat lihat matahari naik, embun di hujung rumput.. fuh, rasa macam nak bersantai dulu menikmati semua tu sebelum meneruskan perjalanan.. lalala.









 Pemandangan di jalan raya sebelum masuk jalan kampung..


 Selalu angan-angan macam kat kundasang.. berkabus, hehe.



 Ni dah masuk jalan kampung..


 Perjalanan saya setiap hari berdepan matahari terbit.. sangat indah.


Jalan ni nampak elok tapi kalau musim hujan memang banjir..




Semangat ke sekolah kalau tiap-tiap hari pemandangan macam ni :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...