26 May 2012

Travel Is a Friend

Bismillahirrahmanirrahim...


Sungguh lama rasanya tidak buat entri seperti ini dan kali ni saya kembali dengan kisah berjalan-jalan yang penuh suka tanpa sebarang duka.. ceh! Kali ni saya bersama rombongan kanak-kanak ribena telah melawat ke Taman Pertanian Sabah di Tenom.. rugi woo siapa yang belum pergi atau tak teringin nak pergi.. hehe. Ini dah kali kedua saya ke sini. Tak nak bebel panjang..jom cuci mata.




Perjalanan pergi kami menaiki keretapi dari Beaufort - Tenom



Rombongan kanak-kanak ribena di dalam train



View yang indah sepanjang perjalanan ke tenom.. sungguh tak puas menikmati!



Ini ialah Sungai Padas yang terkenal dengan aktiviti rafting para pelancong (ayat promo).. insyaAllah nak try juga nanti. Siapa yang tak tau tentang sungai ni & aktiviti ni sila google sekarang..lalala.




kanak-kanak ribena yang tidak pernah bosan bergambar.. hehe


sampai di TPS, kami naik trem untuk jimat tenaga dan masa..sila abaikan pemandu trem di atas.





Buah pelik yang tidak dikenali ramai..


Di taman Orkid kacukan

 


 










Sangat suka gambar ni..like!

















Kami jumpa dinosour.. lalala





Cikgu syam sedang tilik nasib dinosour..hehe




Cili purple..1st time jumpa ni.


Ini teratai giant..kononnya asal dari amazon & kena ada lesen untuk memiliki teratai ni. Memang besar pun saiznya.. kalau baby diletak atas tu kemudian dihanyutkan ke sungai pun boleh. Terbayang pula kisah Nabi Musa a.s dengan Firaun..



Kat TPS ni bukan sekadar taman tapi boleh juga nak camping.. hostel pun ada disediakan. Sesiapa yang sangat mencintai alam sekitar sangatlah sesuai ke mari. Sekian entri promosi dari saya:)

p/s: Indahnya alam ciptaan tuhan..masyaAllah.. Subhanallah.

25 May 2012

Si Bulat Yang Rangup + Sedap


 Bismillahirrahmanirrahim...


Ada resepi yang ingin saya kongsikan kali ni.. setiap kali pergi kundasang mesti tak lupa beli kerepek ni. Sekarang dah boleh buat sendiri tak payahlah nak pergi jauh-jauh kat kundasang sana.. resepinya pun mudah saja. pejam celik boleh terus siap tapi saya tipu..lalalala.

Masa duduk Terengganu hari tu pernah juga beli kerepek ni versi mentah tapi yang tu tebal sikit. Kira yang saya buat ni ala-ala yang tu juga la sebab saiznya yang bulat. Kalau yang selalu saya beli kat kundasang tu saiznya 4 segi & besar sikit.

Tapi yang pasti biar apa pun saiznya dan di mana pun saya beli, persamaannya tetap sama iaitu SEDAP!

Agaknya apalah kerepek si hana merepek ni kan.. kita tengok je lah gambar-gambar ni supaya lebih jelas..hehe.


Ni dia rupa kerepek yang selalu saya beli kat kundasang tu..



Minta gambar dari google..:)


Ni pula proses pembuatan versi Hana Farhana:)

 
Bahan utama iaitu si ubi kayu.. saja tunjuk yang dah tak ada kulit.


 si ubi kayu tadi telah diparut sehingga menjadi sebegini rupa..



 sediakan daun pisang sebagai acuannya..ikutlah nak buat bentuk apa pun. kemudian sapu dengan sedikit minyak masak supaya tak melekat.




ubi yang telah diparut tadi setelah digaul dengan sedikit garam, soda bikarbonat, dilenyek sehingga nipis di atas acuannya si daun pisang yang bulat.



Kemudian dijemur di bawah sang mentari dan daun pisang dibuka..beginilah rupa parasnya setelah kering dan siap untuk digoreng.



setelah digoreng..rupa mungkin tidak begitu menawan namun rasanya tetap mengancam.. hehe.



 Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.. sekian resepi mudah dari Hana Farhana:)


28 April 2012

..Pengalaman Yang Mahal..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mula-mula sampai kat sekolah dulu selalu rasa terasing sebab asyik balik lambat sorang-sorang kena tasmik budak-budak. Tapi sekarang bila dah pandai adjust masa, dah tak rasa semua tu lagi. Rasa sangat seronok bila setiap kali balik sekolah semua guru akan konvoi.. balik sama-sama. Naik jambatan gantung sama-sama kemudian akan rasa macam gempa bumi sama-sama sebab jambatan tu akan sangat bergoyang bila ramai-ramai naik. Dah la budak-budak dengan tak rasa bersalah berlari-lari atas tu.. huh, sengaja la tu nak aniaya guru-guru dia yang seriau ni, haha.

Turun dari jambatan semua pening-pening lalat kemudian capai motor masing-masing dan ambik bahagian siapa yang nak duduk depan sekali. Biasanya yang sampai dulu akan berada kat depan. Waktu banjir hari tu lagi seronok walaupun semua terkejar-kejar nak balik sebab takut tak dapat lalu. Waktu tu semangat kerjasama sangat terserlah, memang rasa macam wonderpet sangat masa tu. Guru Besar jadi leader kat depan, pemimpin konvoi motorsikal kami dan guru-guru lain semua ikut rapat-rapat kat belakang. Bayangkanlah 13 orang guru berbaris dengan motor masing-masing.. memang best.

Tujuannya supaya kalau ada salah seorang dari motor guru yang mati enjinnya dalam air atau tak boleh lepas dalam air tu, yang lain boleh tolong. Memang betul pun, ada 2 buah motor yang tersekat dalam perjalanan dan kebetulan masa tu hujan lebat pula memang pengalaman yang sangat berharga rasanya mengajar di sebuah sekolah pedalaman.. terharu sangat tengok semangat wonderpet kami masa tu. Masa tu memang rasa rugi juga sebab tak sempat nak candid saat-saat kami saling tolong-menolong. Masing-masing nak lindungi handphone dari basah kena hujan.. sangat rugi!



InsyaAllah andai satu hari ditakdirkan saya berpindah ke sekolah lain, pasti saat-saat ini tidak akan saya lupa sebab saya tak pernah jumpa lagi kat tempat lain guru-gurunya semua naik motor ke sekolah dan berkonvoi setiap kali balik dari sekolah.. pengalaman yang sangat indah dan tak boleh tukar dengan emas kat bank.. lalalala. Siapa nak rasa pengalaman ni jomlah bertukar ke sekolah saya.. hehe.

11 April 2012

Perlukah Makan Bersama??

Bismillahirrahmanirrahim...


Saat 'khusyuk' dan 'seronok' menulis RPH, seorang cikgu yang duduk di depan saya menoleh dan bertanya. " Ustazah dan keluarga makan bersama tak kalau kat rumah?".. dengan pantas dan tidak fikir panjang terus saya jawab, "ish, mestilah makan bersama tapi waktu malam je lah sebab waktu siang tak semua ada kat rumah".


Cikgu tu ketua keluarga dan dia pun ceritalah kat saya yang dia sendiri tak tau kenapa keluarganya tak makan bersama.. yang pasti anak-anaknya akan makan dulu sebelum maghrib. Tapi itupun makan sendiri-sendiri depan tv.


Saya terfikir, sepatutnya cikgu ni yang mulakan dulu ajak keluarga makan bersama memandangkan dia adalah ketua keluarga dan anak-anaknya pun masih lagi kecil. Kata pepatah, melentur buluh biar dari rebung.


Secara kebetulan, beberapa malam yang lalu isu makan tidak bersama ini juga menjadi bualan ayah dan rakan-rakan di masjid. Abah cerita, seorang kawannya ni kat rumah memang tak makan bersama. Kadang dia balik dari masjid lauk kat rumah dah habis sebab yang lain dah makan dulu, terpaksa dia goreng telur untuk makan sendiri. Abah siap bergurau lagi bagi contoh keluarga kami yang setiap malam makan bersama. Abah ke masjid kami kat rumah akan masak dan bila balik semua akan duduk makan bersama.


Kadang nampak macam remeh, kenapa kena makan bersama.. tapi sebenarnya sangat penting walaupun cuma sekadar makan. Bayangkan saja kuasa makan bersama tu, orang yang tak ada selera pun boleh jadi berselera.. saya la tu, lalala. Bila dah makan bersama, masing-masing akan makan sambil ingat orang lain yang makan bersama. Tak adalah berlaku insiden ada yang tak dapat lauk. Kalau ada lauk yang lebih-lebih masing-masing akan bersama-sama habiskan..maka tak berlakulah pembaziran.


Bila makan bersama juga boleh mendidik cara hidang makanan dan mengemas bekas makan yang banyak-banyak tu.. secara tak langsung adab makan dan minum tu terus terpelihara. Selain dari tu, waa.. ni dah macam buat esei pula.. hehe. Masa makan tu lah boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Dapat bersembang tentang hal-hal keluarga dan mak ayah juga dapat lihat sendiri perkembangan anak-anak di depan mata.


Jadi siapa yang kata makan bersama tak penting? Agama sendiri sangat menganjurkan makan bersama.. kalau boleh makan sepinggan lagi kan, hehe. Nak buat la dengan bakal zauj, makan sepinggan dan segelas.. bukan kedekut tapi menyuburkan kasih sayang dan kemesraan. Okeylah, jangan lupa amalkan dalam keluarga ya..:)


11 March 2012

..Sehari Yang Membakar Kulit..

Bismillahirrahmanirrahim..


Budak-budak cuti sekolah..saya pula masuk sekolah. Tapi sebelum menghadap buku segala yang penting kena hargai juga saat cuti itu. Maka saya telah pun pergi membakar kulit seharian di bawah panas mentari.. hehe. Saya pergi lawat makhluk-makhluk tuhan yang comel.. jom lihat!




Inilah destinasi saya sempena cuti sekolah..





18sx!!!! seksi gitu.








Hm..sayang awak!




Saya tak tau apakah nama binatang ini..nak pinjam tanduk kejap bukan nak bagi.





Oh..beginilah saya..




Mula-mula ingatkan ni meow..




Sila abaikan reaksi muka saya..



















Mula-mula ingatkan patung je..mulut nganga tapi tak bergerak langsung. Sorry mr croc..hehe












Patuk je kaki dia tu..














Balik je dari zoo.. muka dah macam kuda belang, hehe. Payung tak bawa, panas pula terik sangat. Apa pun dah boleh balik maktab lepas tengok binatang-binatang tu.. kena menghadap buku, assignment segala pula.. sekian, dari saya:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...