25 February 2011

Keutamaan Dalam Perhubungan

Bimillahirrahmanirrahim...

Hampir setiap hari melawat dan menyapu sawang di halaman ini akhirnya hari ini dapat juga post entri yang semoga dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Bukan apa, kalau saya simpan sahaja dalam dokumen laptop ini entah saya akan baca atau tidak. Barangkali juga sudah tidak ingat dalam folder mana saya letak. Tapi kalau post kat sini insyaAllah akan baca kerana itu fitrah kan.. hehe. Sambil menyelam minum air, boleh kongsi dengan sesiapa sahaja kan.. biiznillah.


Kita semua mempunyai ibu bapa dan insyaAllah sangat sayang dan hormatkan mereka kan. Tapi antara ibu atau bapa, yang mana kita perlu lebih utamakan? Mungkin ada yang kata, "ala.. sama je mak atau ayah dua-dua kita kena hormat. Kenalah adil, mana boleh lebihkan siapa-siapa". Hm, memang betul tapi sebenarnya ibu adalah lebih utama. Sebabnya ibu sudah mengalami kepayahan mengandung, melahirkan dan menyusukan.


‘ Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya ( memisahkan susuan) dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

(Surah Luqman: 14)

Oleh sebab itulah, sekiranya ibu dan bapa memanggil kita serentak lebih afdal menyahut panggilan ibu dahulu kerana keutamaannya. Nama pun syurga di bawah tapak kaki ibu kan.. tapi, jangan abaikan bapa pula ya. Bersamalah kita bir al walidain..


Dalam perhubungan suami isteri pula, suami merupakan keutamaan bagi seorang isteri. Sebab itulah seorang isteri wajib taat kepada suami selagi tidak disuruh melakukan perkara yang dilarang syarak. Antara ibu bapa dan suami, suami adalah lebih utama bagi wanita yang bergelar isteri. Semoga kita sama-sama sedar dan cakna dengan keutamaan dalam perhubungan ini. Rasulullah saw bersabda:


‘ Apabila seorang perempuan itu solat 5 waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya maka dikatakan padanya: masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang dia mahu’.

(Riwayat Ahmad dan Tabrani)


Oleh kerana keutamaan seorang isteri adalah suaminya jugalah isteri kena meminta izin suami apabila keluar rumah, menutup keaiban suami dan memenuhi kehendak suami.


Antara kita dan sahabat, sahabat adalah lebih utama lagi oleh itu perlulah berbuat baik kepada sahabat dengan menyayanginya, menolongnya ketika diperlukan sama ada dengan diri mahupun harta dan mendoakan baginya dengan kebaikan . Sebagaimana sabda Rasulullah saw daripada Abu Darda’:


' Tidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya tanpa pengetahuannya melainkan malaikat akan berkata: "Dan bagimu juga kebaikan yang sama" '.

(Riwayat Muslim)


Lepas ni jangan buli kawan-kawan kita lagi ya.. hehe.


Perhubungan dengan jiran tetangga juga ada keutamaannya. Perlulah diutamakan jiran yang berada lebih dekat dengan rumah kita berbanding jiran yang duduk jauh.. contohnya kalau kita menghulurkan makanan, utamakanlah jiran yang lebih dekat sebelum jiran yang lebih jauh. Allah swt berfirman:


‘ Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki’. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri’.

(surah an-Nisa’: 36)


Perhubungan dengan tetamu macam mana pula ya.. sudah pasti tetamu lebih utama lagi. Hendaklah diutamakan dari sudut makanan, minuman, tempat tidur sekiranya bermalam dan juga tempat duduk. Berusahalah kita memberi layanan yang terbaik kepada tetamu melebihi diri sendiri.. seperti kisah Nabi Ibrahim yang begitu memuliakan tamu padahal tidak dikenalinya sebagaimana dalam Firman Allah swt:


‘Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tamu Ibrahim (malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan, “Salaman (salam)”, Ibrahim menjawab, “Salamun (salam)”. (Mereka itu) orang-orang yang belum dikenalnya. Maka diam-diam dia (Ibrahim) pergi menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk (yang dibakar)….’

(surah az-Zariyat: 24-26)


Selain itu, kita sebagai golongan muda perlu mengutamakan golongan yang tua dengan menghormati dan memuliakan mereka. Sebagaimana telah Rasulullah khabarkan kepada pemuda-pemuda yang menghormati orang yang lebih tua daripada mereka:


‘ Tidaklah lebih mulia seorang pemuda yang menghormati orang yang lebih tua darinya melainkan Allah menetapkan siapa yang akan memuliakannya ketika tua nanti’.

(Riwayat Tirmizi)


Bagi orang yang kaya atau berkemampuan pula, keutamaan mereka adalah orang fakir. Sekiranya mereka mempunyai harta sama ada emas, perak, ladang, binatang ternakan atau perniagaan yang luas wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat hartanya kepada orang-orang fakir. Janganlah sakali-kali bakhil kerana ianya tidak akan terhalang dari azab Allah sebagaimana disebutkan dalam al-Quran:


‘ Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya pada jalan Allah maka berilah khabar gembira kepada mereka iaitu azab yang pedih’.

(surah at-Taubah: 34)


Sebenarnya ada banyak lagi perhubungan kita sesama manusia yang mempunyai keutamaannya namun sebahagian ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama secara ringkas. Semoga ia bermanfaat untuk kita. Sebagaimana saya sendiri juga kurang tahu mengenai beberapa perkara mengenainya sebelum ini. InsyaAllah kita sama-sama praktikkan dalam kehidupan ya..:)


15 February 2011

"Giveaway- Special Gift From Mia-Ina"

Bismillahirrahmanirrahim...







Alhamdulillah berjaya merealisasikan hasrat untuk join giveaway ni.. sudah lama nak join dan ini adalah yang pertama kalinya saya join. Saya tidak mengharapkan apa-apa di sebalik ini, cuma ingin menyahut seruan kak mia iaitu nak mengeratkan lagi ukhuwah fillah.. insyaAllah.


Buat kak mia, semua soalan yang perlu dijawab saya rungkaikan sekali dalam entri ini ya.. semoga tidak menyulitkan:).. sebenarnya sudah agak lama saya bercita-cita nak tulis entri ini tapi terpaksa postpone beberapa kali disebabkan line internet yang tersangatlah cemburu.. entri tasik kenyir saya (coming soon) pun tidak terpost lagi..


[Setahun lalu]- Ex roommate sangat suka baca blog, makanya habit itu terjangkit kepada saya. Walhal sebelum ini saya tidak mengenali dunia blog. Ketika itu, saya sangat suka buka 1 blog ni sebab bagi saya blog itu sangat menepati hati saya. Melalui blog itu, saya jumpa blog kak mia tapi masa tu belum jadi Istana Cinta 'Adin-Mia' lagi sebab kak mia belum kahwin lagi.. hehe. Saya suka baca blog kak mia masa tu sebab nak tahu perkembangan dietnya. Kagum sangat sebab beliau bersungguh ingin mengurangkan berat badan.


Setelah itu.. lama sangat saya tidak mengunjungi blog kak mia, sesekali sahaja. Sampailah awal tahun ni, tergerak hati nak mengunjungi semula blognya. Saya terpana juga masa sampai di muka pintu 'istananya' itu.. apa tidaknya, kak mia dah kahwinlah. Ketinggalan sungguh saya. Lepas tu, blognya pun semakin cantik dan sedap mata memandang. Pandai kak mia touch up blog.. :)


Sejak saya dah mengunjungi semula dan follow istana kak mia, setiap kali buka Sangkar Mustika saya mesti klik blog beliau. Walaupun tiada entri baru saya tetap akan klik untuk lihat teman-temannya pula atau lihat kalau-kalau ada sesuatu yang baru di istananya. Sambil itu saya boleh baca semula entrinya yang lepas-lepas yang saya belum sempat baca.


Terlalu banyak perubahan pada istana kak mia jika dibandingkan setahun yang lalu ketika saya menjadi silent readernya.. Jika dahulu lebih kepada entri diet dan kesihatan tapi sekarang sudah pelbagai. Entri berunsur islamik pun ada, itu yang paling best. Selain tu, banyak yang saya boleh pelajari melalui blog kak mia, antaranya saya pelajari bagaimana nak menghargai teman-teman blogger yang lain dengan saling menziarah dan bertukar-tukar komen yang membina di samping tinggal pesan kat chatroom. Membaca tinta kak mia juga beri saya semangat untuk berusaha mendapatkan apa yang kita hajatkan. Cuma bezanya kak mia dengan plan diet dan saya dengan plan study. Thanks kak mia.. kerana itu saya merasakan Istana Cinta 'Mia-Adin' sangat istimewa.


Maaf jika saya berlebih-lebih tapi saya menulis entri ini dari hati.. saya juga hanya mengenali kak mia hanya di alam maya tapi besar harapan saya semoga ukhuwah berlanjutan ke realiti.. Ukhuwah kita fillah, di sini kita bertemu dan semoga petemuan ini akan terus membuahkan kebahagiaan.


Harapan saya, teruskanlah membina istana kak mia.. ramai yang suka baca tinta kak mia. Semoga Istana Cinta yang dibina berkekalan ke akhir hayat, insyaAllah.

P/s: Jeles la tengok orang lain dah kawin.. wawawa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...